Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Kunjugan pertama kami adalah Impian Mushroom di Segamat Johor. Kami sapai dekat pukul 5 petang di Kampung Jawa Segamat. Ni adalah beberapa gambar tapak projek En Rais kita ni ...
So far ada 2 bijik rumah cendawan .... Tuan punya tempat ni En Rais yg tengah bukak pintu tu.
Ni pulak gambar di dalam rumah cendawan IM. Dah byk jugak cendawan yg di bawa masuk ke dlm rumah ni ... rasanya tak kurang dr 5K bungkah cendawan.
Beikut ada beberapa perkara yg kami notice dr lawatan ini ....
1) Penggunaan set tutup 4 blh membantu mempercepatkan process kematangan bungkah cendawan. Overall cuma perlukan dlm 30hari sahaja. So maybe kawan kita CM blh bagi comment sbb masa lawatan dulu ada jugak tgk beberapa bungkah yg mengunakan set tutup baru ni. Set ni jugak popular dan digunakan secara meluas oleh pihak C&C.
So pengusha yg pernah pakai set baru ni harap dpt memberikan comment anda .... rasanya x salah berkongsi pengalaman.
2) Penggunaan tapis utk abuk kayu .... saya pun mmg dah ada plan nak guna penapis ni sbb byk bongkah yg pecah masa preparation sbb kayu kecik kecik ni. So ada jugak baiknya utk kita tapis abuk kayu ni sblm process pembancuhan.
3) Sedikit kecewa sbb x dpt nak beli benih C&C kerana penjualan benih telah di freeze oleh pihak C&C sehingga 15hb April ... Sbb apa kawan pun x tahu.
Disebabkan oleh hujan yg begitu lebat perjalanan kami terpaksa ditunda. Kalau x silap dlm pukul 7.30 ptg baru bergerak ke Kuantan.
Alhamdulillah sampai di Kuantan dekat pukul 11 mlm. Dlm kegelapan mlm tu dpt jugak melawat tapak projek kawan kita di Kuantan ni. Kami di bawa oleh Pn Hani pengusha baru ke tapak projek sifu beliau. Kalau x silap dah lebih 2 tahun mengushakan projek cendawan tiram ni di Kuantan, Pahang.
Ni serba sedikit gambar yg dpt kami kongsikan ....
Blh tahan jugak hasil yg keluar ...
Beberapa findings yg kami dpt dr lawatan ini ...
1) Menurut pengusha ini ... bunkah kecil atau besar masih mengeluarkan hasil yg sama byk. So harap yg pernah ada experince bungkah kecil dan besar harap dpt berikan comment anda. Bagi saya ... kalau mengikut logik akal bungkah besar sepatutnya mengeluarkan hasil lebih baik. Tapi nampaknya logik akal ni tertolak mengikut experence pengusha ini.
2) Kelegaan diantara rak ... agak kecil. Rasanya ada dlm 2 kaki. Selalunya best practice dlm 3 kaki. So menurut beliau setakat ini pengeluaran adalah dlm range yg munasabah.
3) Rak management ... rupanya ramai pengusa yg mengikut ragam bungkah cendawan. Keluar hasil .. tutup dan asingkan ke rak lain. Ini just pendapat kami je dan ini juga yg kami share dgn pengusha di sana.
Dlm pengeluaran cendwan komersial. Kita perlu mengajar bungkah supaya mengikut jadual open & close kita. So maximum adalah 7 hari utk penghasilan cendawan. Dan kalau ada bungkah yg x mengeluarkan hasil adalah baik jika semuanya di tutup pada hari ke 7. Insya Allah dlm round yg seterusnya cendwan akan keluar.
Ni pulak ole ole yb di berikan opleh Pn Hani ... Katanya produk ni mmg popular di Kuantan.
Tepung Mengoreng Cendawan
Ni pulak hasilnya selepas digoreng .... Mmg sedap dan rangup. Berbaloi kalau beli.
Dalam pukul 1 pagi kami betolak balik ke Chini .... Alhamdulillah selamat sampai di Chini pada pukul 3 pagi.
Ni pulak adalah lawatan kami ke Chini Agro. Berjumpa En Lan dirumahnya dlm pukul 3.40ptg.
Nilah dia lori yg kami gunakan utk menghantar bahan pembuatan cendwan ni ... dlm lori tu ada dekat 50K set tutup cendwan.
Ni pulak gambar tapak projek Chini Agro ... Ada dua bijik rumah cendwan.
Ada pulak yg inter fram masa ambik gambar ( Anak sulung kami )
Nilah dia pengusha kita En Lan ....
Yg dpt kami share ...
1) Ada juga pengusah yg membiarkan dibawah rak tidak bersimen ... ni salah satu cara utk melembabkan suasana ... so tanah tu disiram air. So walk area semuanya bersimen. Tapi tulah ... tak sure pulak impact dr segi penyakit cendwan sbb ada potential utk serangan virus dr tanah.
2) Penggunaan buluh utk membuat rak cendwan. So En Lan jugak percaya bahawa penggunaan buluh sebagai rak boleh meningkatkan kerosakkan bungkah cendwan. So sapa sapa yg baru nak buat rak tu ... pikir pikirkanlah ya.
So far ni sahaja yg dpt kami kongsikan bersama pengunjung bolg kami ni dan .... he he he ada sedikit marketing info ...
Harap dpt menghubungi kami utk mendapatkan peralatan pembuatan bungkah cendawan ... Insya Allah di samping menghantar bekalan blh jugak kita berkongsi pengalaman dan idea.
Apa apa pun ... jutaan terima kasih kepada Impian Mushroon, Pn Hani & Chini Agro atas sambutan dan sokongan anda ... Hanya Allah je yg dpt membalasnya.
TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE
Tuesday, April 15, 2008
Gambar Lawatan
Posted by kulat at 8:20 AM 0 comments
Monday, April 14, 2008
Penat ... Letih & Mengantuk ... But Its Worth It
Alhamdulillah ... tour kami berjalan lancar seperti yg dirancangkan. Tp cuma sedikit kelewatan ( ke byk ). Hujan lebat pulak pada hari kami turun ke Johor ... so delay dekat 2 jam di sana. Insya Allah details dan gambar akan kami upload mlm ini.
Anyway TQ very much pada Impian Mushroom, Chini Agro & Cikgu Hani atas sambutan yg diberikan. Insya Allah panjang umur kita ketemu lagi. Kalau ada kesilapan pada tutur kata harap dpt maafkan.
So bilalah pulak org Johor & Kuantan nak turun ke Seremban ye ? Kalau ada masa tu jemputlah ketempat kami pula. Kawasan kami ni berdekatan dgn ... RASE, SUT, Mentah dan 2 3 lagi pengusha.
Pada semua yg mendoakan perjalanan kami ini ... kami ucapkan berbyk terima kasih.
Posted by kulat at 8:14 AM 0 comments
Friday, April 11, 2008
Besar Tapak Tangan
Assalamualaikum ... Alhamdulillah semlm dpt satu cendawan terbesar setakat ni. Actually mlm sblm tu ada chat dgn En Planta kita ... dia cerita kat tempat dia cendawan yg kluar besar besar tapak tangah. Terkejut jugak kawan sbb x pernah tgk sebesar tu. Tp Alhamdilillah dpt jugak tgk kat tempat kami ... Cuba tgk ni ...
Lepas tu dok belek belek dekat tepi office nampak pulak kat salah satu pasu bunga. Ambik kau kluar dua kelopak besar besar dan tebal tebal. Tp takut pulak nak ambik & makan ... takut kotor je sbb dia duduk kat atas lantai ... cuba tgk ni
Pelik jugaklah kan ingatkan cendawan tiram ni sensitive ... tp nampak gayanya mcm ok je kalau tanam kat tanah. Harap CM blh buat experiment dgn mengunakan method terbaru ni.
Ha satu lagi update, hari tu signboard kami dah siap dan gambar dia ada kat last post. Alhamdulillah semlm berjaya pasang sign board tu kat luar tapak projek kami. Ni dia ...
Sorrylah nampak semak sangat kat luar tapak projek tu ... bukan apa blm ada masa nak meracun rumput kat luar tapak projek kami tu.
Signboard satu lagi tadi tengah pasang kat jln besar menuju ke tapalk projek kami. Insya Allah in the next post kami akan sertakan gambar signboard yg kedua. Signboard ni lain sikit ... So tunggu ...
Aaa satu lagi. Hari ni Alhamdulillah palstik pp kami akhirnya siap. Pg tadi pegi collect kat kilang. Total ada dekat 500KG. Merangkak jugak kete nak membawaknya.
Lupa pulak satu lagi message penting. Insya Allah esok kami akan membuat trip ke Johor & Pahang utk lawatan ke tapak projek member member pengusha cendawan. Tujuan kami adalah ...
1) Sharing experince & best practice.
2) Potensi benih yg dihasilkan dikawasan yg dilawati. Jika baik ... Insya Allah blh di bawa ke pasaran pengusha cendawan di lain lain negri.
3) Melihat lihat potensi kerjasama antara pengusha cendawan
4) Mengeratkan silaturrahim di antara pengusha cendawan
5) Memanjangkan potensi business kami utk supply bahan mentah kepada pengusha cendawan pd harga yg berpatutan.
6) Dan lain lain lagi ..... berdasarkan imeginasi anda ...
Harap lawatan ini akan membuahkan hasil .... Amin ...\
Dan oleh sbb sbb ini ... blog ini tidak akan mempunyai sebarang update dlm masa 2 hari i.e. 12 & 13 April 2008.
Insya Allah kami akan cuba utk memberikan serba sedikit findings yg dpt kami simpulkan dr lawatan ini kepada pembacan blog ini. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kami utk terus memberikan maklumat & update berkenaan projek kami kepada pengujung blog ini .... Amin
Posted by kulat at 7:06 PM 0 comments
Wednesday, April 9, 2008
Kisah Sign board ...
Alhamdulillah signboard kami tu dah siap since last week ... masa last update x de gambar signboard tu. So ni lah dia signboard kami.
Dari siap hari tu samapi ke hari ni, masih belum ada masa nak tanam signboard ni kat depan tapak projek kami ni. Bab yg paling malas tu sbb nak kena simen kat bawah dia tu. Ingat ingat esok kalau x de hal nak pasang signboard tu. Kalau dok asyik delay je.
Posted by kulat at 9:34 PM 3 comments
Rak .. Update
Alhamdulillah hari ni tadi dah siap lagi 6 biji rak cendawan ... semuanya dibuat dr besi hollow. Harap harap design yg kami buat ni mampu bertahan lama. Byk dah investment yg kami taburkan dlm pembuatan rak ni.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, hari ni kami berjaya submit loan application kat MARA. Harap harap suntikkan modal dr MARA ni dpt di percepatkan. Bukan apa any delay has the chain impact on the overall progress for the project. Boleh katakan semua peralatan pembuatan bungkah dah di beli utk 50K bungkah. Cuma perlukan modal pusingan dan beberapa barangan yg masih belum dibeli. At least we may need about 2 to 4 months to stabilized. Insya Allah we can start to fly there onwards.
Apa apa pun keputusan dr permohonan ni kami berserah je pada Allah ... kalau approve .. Alhamdulillah ... kalau tak pun Alhamdulillah. Adalah sbbnya sesuatu perkara tu berlaku dan perancangan Allah itu adalah yg terbaik.
Insya Allah this weekend ada perjalanan jauh. Ke Johor dan Kuantan ... Insya Allah kalau sempat ingat nak singgah jugak kat kampung wife di Chini Pahang. Dah dekat 5 bulan tak balik kampung. At least dpt jugak melepaskan rindu. Sejak full time business ni semaking jarang balik ke kampung .... if not dulu boleh katakan sebln sekali.
Insya Allah once everything dah stable ... blhlah continue balik once a month balik kampung tu. Sekarang ni kena bagi full commitment kat projek ni. Harap harap masa depan terjamin ... Insya Allah.
Posted by kulat at 1:10 AM 0 comments
Monday, April 7, 2008
Small Renovation
Alhamdulillah hari ni dah complete konkrit kat one area ... luasny lebih kurang 25 kaki x 25 Kaki. Kami cadang nak guna tempat ni utk process bungkah cendawan. So senang sikit sbb di betul betul sebelah tempat letak abuk kayu getah. So Insya Allah blh improve productivity ... tak perlu nak sorong jejauh abuk kayu.
Insya Allah esok jumpa Pegawai MARA Daerah Seremban. Hari ni tadi baru dpt booking mamat tu punya time. Pehh sibuk jugka dia org ni ya ... siap kena buat appointment. Yg penting eosk semuanya berjalan dgn lancar. Kalau delay lagi ... masak kami. Modal pusingan tu penting .. tup tup nanti pekerja pulak lari.
Duit kami dah habis byk sbb nak save punya pasal. Brg brg kami order straight utk 50K bungkah cendawan. Bukan apa ... beli byk so ada sikit bargaining power.
Aaaa lupa pulak nak cerita pasal signboard kami. So dah buat sikit lateration pada bunting tu ... so skang ni dah jadi signboard. Ingat tadi nak ambik gambar .. tup tup bateri pulak habis. Sakit betul. Kami dah siap 2 signboard .. 1 utk signboard kat tapak projek dan yg satu lagi tu Marketing punya signboard. So ingat nak tanam dekat dekat dgn rumah je. Pikir punya pikir ... kami rasa hold dulu pasang signboard Marketing ni. Takut besok org call brg pulak yg tak de. Once yg 15K tu dah start blhlah pasang signboard tu.
Customer is always right ...... betul ke ????
Posted by kulat at 10:14 PM 0 comments
Sunday, April 6, 2008
Saturday & Sunday
Alhamdulillah hari ni kami dah hampir utk menyiapkan rumah cendawan yg ke 3. Insya Allah by end of next week boleh siap. Slow sikit sbb bantuan utk membuat rumah cendawan ni is only available on saturday and sunday je.
Rak yg ke dua kami dah hampir penuh. Cuma tinggal satu rak je yg blm penuh. Insya Allah by next week dah blh full kot. Kalu dah full tu ada jugak dlm 13K bungkah cendawan kat dlm tu. Kalu campur dgn bungkah awal yg kami masukkan kat dlm rumah no1 ... so in total ada dlm 15K bungkah. Skang ni cuma tunggu masa dia matang je. Kalau ada rezeki, Insya Allah kami planning utk bukak 1K daily. Kalau kena gayanya .. Insya Allah blh dpt dlm 50KG perday .... Alhamdulillah.
Esok nak repeat dgn MARA balik. Harap harap this time the officer in charge is around. Harap dpt terus submit dan dia org blh start process. DUit semakin hari semakin kurang ni. Sangkut kat modal pusingan harian je. Harap harap dpt suntikkan modal dr MARA ni secepat mungkin. Barang barang semuah dah beli ... cuma masa nak tunggu 2 3 bln ni je utk bayar gaji dan sewa tanah.
Posted by kulat at 10:48 PM 2 comments
Friday, April 4, 2008
Loan MARA
Alhamdulillah hari ni dah mula sikit kerja kerja merepair kawasan sewaan kami ni. Actually byk yg nak kena repair .. mostly atap bocor. Byk sgt kawasan yg bocor. Tp buat masa skang ni kami just ignore ne bocor bocor tu. Concentrate utk menyimen kawasan kawasan yg penting dulu.
Hari ni tadi pergi ke MARA, kononnya nak buat pinjaman. Borang semua dah siap isi sekali dgn document. Last last pegawainya pulak tak de .... MC da. So ada beberapa document lagi yg dia perlukan. So Insya Allah monday ni repeat sekali lagi. Harap harap dpt jumpa pegawai dia. Settle it once for all.
So far hasil semakin hari semakin menurun sbb ni dah masuk round ke 6. Kena tgu lagi 3 round barulah bungkah kami yg 10K tu blh start keluar hasil. Lama sgt pulak rasanya nak menungu
Posted by kulat at 8:09 PM 0 comments
Thursday, April 3, 2008
Serangan Kulat
Alhamdulillah so far bungkah yg kami buat belum kelihatan sebarang serangan kulat. Yg ada so far cume serangan kulat hijau ( ada dlm 30 bungkah ( dan kulat oren ( ada dlm 10 bungkah ). All togather yg rosak less than 1%. Harap x de lagi serangan kulat.
Nak share sikit ... ni pun dpt dr blog Tunas Alam. So mana mana bungkah baru process yg terkena kulat hijau. Ianya masih boleh di selamatkan dgn mengukus kembali bungkah tersebut. Korek benih yg dah kita dah suntik sblm tu dan kukus semula. Buat mcm bungkah baru. Rawatan ni cuma blh di gunakkan kalau dlm jangkamasa 2 minggu selepas benih di suntik dan terkena jangkitan kulat hijau.
So cuba 2 3 bungkah dulu dan monitor progressnya. Kalau berjaya Alhamdulillah. Kami juga ingin menyarankan disin. Kalu ada apa apa technique baru tu .. tlglah buat experiment dulu. Dah puas hati baru masukkan technique baru tu kedlm daily process. Bukan apa ada experince member yg main belasah je ... tak pasal pasal rugi puluhan ribu. So biar lambat asalkan selamat .... Insya Allah
Posted by kulat at 7:36 PM 0 comments
KENALI MUSUH ISLAM
Assalamualaikum…
Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.
Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.
Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.
Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.
Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.
Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.
Sedih jugak tengok masih ramai org Islam beli minyak kat SHELL ... ramai yg masih x sedar kewajipan kita sebagai org Islam. Harap Allah membuka hati hati mereka ini utk bersatu dia atas nama ISLAM ....
Bukanya kita mati kalau x isi minyak kat SHELL tu ... carilah alternative .. Petronas ada ... mcm mcm ada. Kita kena tundukkan mereka dgn kuasa beli kita. Nak guna senjata .. mungkin ramai yg tak mampu. So gunakan duit yg ada di tangan dan buat pembelian yg betul. Tolak barangan mereka yg mengkhianati ISLAM. ALLAH HU AKBAR
Posted by kulat at 2:42 PM 0 comments
Wednesday, April 2, 2008
Baru Nak Panas dah Sejuk ....
Alhamdulillah dlm 2 hari mamat baru tu keje ... bungkah yg kami buah mencecah jugak 1K bungkah. Dia punya personal contribution for 2 days = 705 bungkah. Kami buat arrangment dgn mamat tu utk trial for 1 week. So dlm trial ni kami buat mcm sub lah kat dia. Kami bayar 5sen bagi setiap bungkah yg dia buat. Once complete 1 week baru kami nak review arrangment ni. Ingatkan nak absorbed jadi pekerja gaji bulanan kalau performance dia ok.
Entah mcm mana pagi tadi tgk dia dah x de je kat site. Call member dia ... dia kata mamat tu dah try keje tp masih x blh nak sampai target. Tu yg dia belah je. Kami pun kesal jugak ... at least stay lah sehingga this week so that kita blh review performance dia. Kalu ada rezeki dia blh dpt gaji bulanan. Dah mmg bukan rezeki dia dgn kami kot...
Bungkah yg dah siap ada dekat 9K. Ada dlm 1K yg blm suntik benih. Insya Allah pagi esok blh start sentik benih & hopefully b4 lunch blh settle. So far abuk kayu dah habis dekat 6tan. Lain lai brg tok sah cerita lagilah byk.
Perit jugak nak menunggu sehingga bln mei ni utk start kutip hasil bungkah yg kami buat since awal bln March lagi. Hopefully hasilnya memberansangkan.
Posted by kulat at 9:36 PM 0 comments
Monday, March 31, 2008
Tenaga Tambahan
Alhamdulillah hari ni masuk lagi seorg pembantu utk membuat bungkah. So far tadi sblm balik dah siap dekat 500 bungkah. Tengok mamat baru ni blh tahan jugak .. dia start dr 9.30pagi dan expected to end at about 8mlm. Rasa rasanya dia seorg pun dah blh dpt dlm 400 bungkah. Ni baru first day ... Alhamdulillah. Insya Allah lepas ni blh lah kami target utk complete 1K bungkah dlm 2 hari. Hopefully this will help to expedite the whole process.
Nampaknya by end of next week ... rumah cendawan kedua blh full. So skang kena complete rumah cendawan baru yg dah lama di holdkan sbb masalah rak. Insya Allah 5 rak akan siap hari ahad ni so just nice utk masuk dlm satu lagi rumah cendawan yg baru.
Posted by kulat at 10:49 PM 0 comments
Saturday, March 29, 2008
Hasil ... Mcm KLSE lah pulak
Alhamdulillah hari ni hasil pick up balik dlm 8.5KG selepas kejatuhan teruk hasil semlm ... hanya dpt dlm 4KG je. Apa apa pun tu cuma dugaan Allah.
Bab pembuatan bungkah pulak ... so far dah siap dlm 7K. Lembab sikit sbb cuma 2 org je yg full time buat bungkah ni. Tu pun kenkadang tak jugak sbb kena buat lain lain keje. Kami kena speed up pembuatan bungkah ni kalau tak masak kami sbb overhead are quite high. So far maximum per day blh dpt dlm 400 bungkah je. Kalau harap 2 org tu daily cuma blh dpt dlm 300 bungkah je. Dah dekat 2 bln dia org buat benda yg sama ... tp masih tak de peningkatan.
Tu yg kami tengah cari formula terbaik dlm meningkatkan pengeluaran bungkah kami ni. Target nak dlm 60K bungkah ... so far baru dpt dlm 10% je. Pehhh jauh lagi perjalanan kami ni.
Hari ni Alhamdulillah ada seorg kawan lama dr office dtg melawat ... terubat jugak rindu di hati dgn member member di tempat keje. Apa apa pun TQ tak terhingga buat En Fendi atas lawatan hari ni tadi ... Mintak maaf bebyk sbb tak dpt nak bercerita panjang sbb masa yg ada terlalu singkat. Harap di masa akan dtg dapat meluangkan lebih masa bersama kami.
Bila dah berjumpa ni teringat balik masa keje dulu ... sibuk bagai nak gila kluar rumah dlm pukul 7 pagi .. sampai rumah pulak dekat dekat pukul 10 mlm. Kenkadang sabtu dan ahad pun pulun jugak. Org sebelah kita berhenti keje pun x perasan sbb terlalu sibuk .. tau tau dah tak de je. Lepas tu berulang naik motor pulak tu. Tapi yg paling best dulu waktu lunch sbb byk ustaz ustaz yg power power dtg bagi ceramah. Boleh kata hari hari dpt ilmu baru.
Skang ni sibuk lain pulak ... apa apa pun Alhamdulillah .. semua ni ketentuan Allah .. kita merancang tp at the same time Allah juga merancang dah rancang Allah adalah yg terbaik. Dulu anak buah ada lebih dr 10 org .. tu tak termasuk yg bergred 2 3 kali lebih tinggi dr kita ... semuanya Alhamdulillah boleh dikatakan terkawal. Bila dah business sendiri ni ... naik pening kepala nak jaga 2 org bangla ni. Lain suruh buat lain yg dibuatnya. Apa apa pun ni dugaan Allah ... Insya Allah mentari akan bersinar kembali ... Amin.
Eh sorrylah .. dah jadi mcm blog peribadilah pulak. Anyway TQ for the support from all the readers dan sahabat sahabat yg mengunjungi blong ini ... Semoga anda semua sucess ....
Posted by kulat at 9:08 PM 3 comments
Friday, March 28, 2008
Jln Lagi - Kursus Fetigasi
Alhamdulillah semlm telah berjaya mengikuti kursus fetigasi anjuran Jabatan Pertanian. Half day kursus ... mcm x cukup je. According to one of my fried at least we need 4 days training as to ensure that we are well verse about fetigasi. Ada jugak member yg dah attend 4 hari kursus fetigasi pun masih menghadapi masalah dgn system fetigasi beliau.
Fetigasi ni nampak menarik tp masalahnya kos begitu tinggi diperlukan dlm membangunkan system fetigasi ni. At least dlm 30K utk buat satu rumah fetigasi yg boleh muat dlm 1K pokok. Ni ada sedikit bauh tgn ... gamabr je lah
Ni pokok rock melon ... cantik je kan naik dia.
Ni pulak tempat baja dan pump air utk system dripping
Ni pulak benih melon yg teloah dibersihkan dan dah boleh terus semai
Cara utk menyemai benih melon ... Bhg yg paling tajam di cucuk ke tanah
Ni pulak timer dia utk automate the process of dripping
Esok pulak ada mtg dgn PERDASAMA tepat jam 3ptg kat Ex Hotel Hilton
Posted by kulat at 9:38 PM 2 comments
Wednesday, March 26, 2008
Rak Besi ... The Problem
Alhamdulillah hari ni dah settle semua pemotongan besi utk pembuatan rak cendawan. So far dah siap 2 biji rak. Nampak mcm ok .. tp x berani nak confirm 100% OK. Patutnya mamat yg buat rak tu ambik cuti empat hari utk settlekan semua rak tu. Tp tetiba tadi bos dia sudah call suruh dia balik sbb dah ada new projek.
Aduh sakit kepala dibuatnya ... discuss punya discuss dia agreed to come evry saturday and sunday as to complete the whole task. Hoping that he will keep his promise. Alhamdulillah satu sen blm bagi lagi kat dia. Kalau tak maun sakit dibuatnya. Sementara nak tgu mamat tu dtg .. Insya Allah kami akan assigned one of the staff to star with the painting work. Hopefully this will also help to expedite the process.
Bab hasil pulak ... terkejut kami kutipan pagi td dan mlm semalam dekat 14KG entah tetiba naik melonjak. Alhamdulillah semua terjual.
Kami ni sebenarnya mmg berhajat nak start buat training tp bila pikir balik its better to do it once we have complete all the important task i.e. rumah cendawan, 60K bungkah cendawan etc. This is to ensure that our focus is not distracted by some other activities. For us once we have complete everything it is easier for us and the participant to uderstand the whole process and the best way to start a new business like what we are doing today.
Alhamdulillah our first step to involved to this new venture ... we can call it as 99% in the right path. Even though there are so much obstacle but so far we manage to overcome it. For us this will make us more competitive in this market.
So what we have in mind also is to ensure that the new comer are well educate with the whole process in this mushroom business. Don't take it for granted as we will be responsible for any wrong doing being made by our trainee based on all the input that we had provided to them.
For whoever .. this is just my decent advice. Please do your own research and get as much experience first before u want to venture into any training.
Mintak maaflah sbb hari ni entah mcm mana tertulis dlm BI pulak. So kalau ada yg x betul tu harap maafkan.
Posted by kulat at 10:45 PM 0 comments
Tuesday, March 25, 2008
Jalan Lagi
Alhamdulillah semlm kami berjaya sampai ke rumah cendawan ... Cendawan Melaka di Kg Padang. Walaupun ada sedikit kekeliruan dlm membaca peta yg di sediakan di blog CM tp Alhamdulillah sampai jugak pada pukul 4.15ptg.
Semasa dlm perjalanan ke sana, kami bertiga ada terjumpa satu signboard yg menjadi perbincangan hangat di antara kami ....
Issuenya adalah ... ada ke dlm bahasa malaysia perkataan Sentral ni ? ejaan nya betul ke tak ...
Kami actually dtg kesana bertiga ... saya dan partner dr Kulat Enterprise dan En Kadir dr SUT. Tujuan kami kesana adalah utk melihat apa yg di war warkan didlm blog CM. Alhamdulillah kami juga berjaya berjumpa dgn pencipta BioPlant iaitu Dato Zaini. Begitu panjang lebar penjelasan dato kepada kami berkenaan dgn product ini. Masih baru bg pengunaan utk cendawan. So far x berani nak comment apa apa sbb kami blm mencubanya lagi. Apa apa pun ada jugak membeli utk percubaan di tempat kami.
Nilah dia Dato ... yg duduk tu berbaju belang biru ...
Ni pulak gambar rumah cendawan .. Cendawan Melaka.
Apa apa pun kami ucapkan terima kasih atas sambutan yg diberi oleh Cendawan Melaka ... siap belanja makan lagi tu ... Ingatkan pekena sup cendawan ke .... cendawan panggan ke ... tak pun asam pedas ... ( he he he jgn marah ye En Bakar ). Semoga Cendawan Melaka sucess ... Insya Allah
Posted by kulat at 10:33 PM 0 comments
Monday, March 24, 2008
Perjalanan Jauh
Alhamdulillah hari ni td kami berjalan jauh ke Langkap, Perak. Gi ambik dedak padi ... TQ En Nizam ( Paloh AgroTech )atas bantuan saudara dlm pembelian dedak tersebut. Kami bertolak dr Sbn dlm pukul 9 pagi dan sampai di Langkap pada pukul 1.30ptg. Makan tengahhari dan loading dedak dlm lori ... settle dlm pukul 2.45 dan bergerak pulang. Alhamdulillah sampai di Mambau pada pukul 7.30 ptg.
Dah bawak turun barang sibuk pulak nak kutip hasil. Siap packing dlm pukul 8.30 mlm. Sblm hantar cendawan singgah jap kat Nasi Lemak Mambau ( ni dulu tempat Nabil Raja Lawak keje sambilan ). Baru 2 3 suap .... hujan turun dgn lebatnya. Awak naik motor ... sangkut sampai dekat pukul 11.30mlm. Dah x sanggup nak tgu ... gerak je dlm hujan hujan tu. Alhamdulillah sempat jugak hantar cendawan tadi.
Sampai kat rumah dlm pukul 12mlm hujan masih x berhenti lagi.
Esok dah buat appointment dgn Cendawan Melaka nak gi site visit tempat dia org. Dgr cerita ada product baik yg dia org guna ( bioplant ). So nak pegi tgk sendiri hasil dr penggunaan bioplant ni. Insya Allah kalau tak de aral melintang kami akan share serba sedikit tentang lawatan kami ini. Insya Allah En Kadir dr SUT juga akan turut sama dlm lawatan ini.
Alhamdulillah hari ni hasil ada dlm 7KG.
Esok Insya Allah besi yg kami order hari sabtu lepas akan sampai. Harap harap semua rak blh siap by end of next week ...
Posted by kulat at 12:11 AM 0 comments
Saturday, March 22, 2008
The Decission Day
Alhamdulillah kami dah sebulat suara agreed utk buat 20 biji rak mengunakan besi. Sakit jugak bila tengok harganya. Hopefully Investment yg begini besar memberi pulangan yg berbaloi.
Hari ni hasil dah mula pick up balik .. Alhamdulillah dt collect dlm 8Kg. Moga moga berterusan.
Insya Allah esok ada trip jauh ke Perak utk ambik dedak yg kami dah order. Harap harap semuanya berjalan lancar seperti yg di rancang. Masak jugak bila di fikirkan mcm mana nak loading and unloading dedak sebyk tu.
Posted by kulat at 10:36 PM 0 comments
Rak Kayu vs Besi
Alhamdulillah hari ni bila tgk kat dlm bangsal cendawan ... nampak ada perubahan so Insya Allah in a day or two hasil akan pick up balik sbb at least ada 2 atau 3 rak sekaligus yg keluarkan hasil. Semlm jugak kami baru bukak dlm 200 beg cendawan baru. Harap dpt membantu dlm menambahkan hasil cendawan kami ni. Pembeli cendawan kami dah bersungut sbb semakin hari semakin kurang pulak hasil.
Dua tiga hari lepas kami ada cuba buat rak dgn menggunakan besi. Dah siap satu rak ... tapi nampak mcm x menarik je ... maybe sbb nak jimat besi kot. Just guna besi yg murah murah je. Actually kami ingat mmg nak buat semua rak gunakan besi sbb harga kayu pun dah melambung naik skang ni.
So Insya Allah hari ni last survey harga besi ... kalau kena harganya, Insya Allah kami akan buat remaining rak dgn besi. Kalau tak silap kami perlukan dlm 28 rak lagi ni.
Posted by kulat at 6:04 AM 0 comments
Thursday, March 20, 2008
Sign Board
Alhamdulillah hari ni sign board kami telah pun siap ... tp malangnya org yg buat tu pegi buat bunting lah pulak. Apalah punya kedai .. signboard dgn bunting pun x kenal. Nak buat camne duit dah bayar .. ambik jugaklah. Frame utk letak signboard tu dah lama siap cuma tgu signboard je. Bila siap lain pulak yg jadi. Hampeh betul. Ni tgh cari idea camne nak lekatkan bunting td pada farme yg kami dah buat tu.
Hari ni kami berjaya buat hanya 300 je bungkah cendawan. Hopefully in a week or two dah blh dpt at least 500 bungkah per day. Barulah sedap sikit. Nak buat dlm 50K ... bertahunlah kalau 300 perday.
Hasil hari ni menjunam lagi ... cuma dpt collect dlm 5KG je. Check punya check baru perasan rupanya hanya ada 5 lot yg di bukak. Sepatutnya ada 7 lot yg sentiasa open. So hari ni je tadi bukak lagi 2 lot. Hopefully lepas ni hasil blh pick up balik ... at least 10KG perday.
Posted by kulat at 11:30 PM 0 comments
Impact on Daily Collection
Alhamdulillah so far hari hari masih ada hasil dr bungkah cendawan kami tp off late ni hasil dia kurang memberansangkan i.e after the 4th round. Tak sure lah pulak kenapa ... maybe sbb dah round yg ke 5 kot.
Alhamdulillah so far bungkah baru dah mula di bawak masuk kedlm rumah cendawan yg ke 2. Ada dlm 5K bungkah yg dah ready. So far belum nampak any masalah kat bungkah yg kami baru buat ni. Harap harap sgt x de problem.
Kalau tak de aral melintang ... dlm bln 5 bungkah ni dah mula mengeluarkan hasil ... dekat 4 full cycle lagi tu .. harap bungkah lama tu masih blh bertahan.
In terms of daily production utk penghasilan bungkah ni agak slowlah. Daily cuma dpt dlm 300 bungkah je.
Insya Allah the following akan sampai di ladang kami ...
1) Dedak padi ... 2.5 tan ... yg ni Gred A ... terus dr Bernas. So kalau berminat sila hubungi kami .. 90 sen perKG. Expected to receive by 23rd March 08
2) Plastik Bungkah ... dekat 500 KG yg kami dah order. Insya Allah by first week of April akan ready ... Kami jual pd harga RM8.50 perKG
3) Set tutp 3 set ... Order dlm 50K. Insya Allah akan smapi dlm 2nd week of April. Kami jual pd hg 18sen utk setiap set
So pada mereka yg berminat sila hubungi kami segera.
Posted by kulat at 6:25 AM 0 comments
Monday, March 17, 2008
Kulat Hijau
Assalamualaikum .... Hari ni just nak share sikit pasal kulat hijau. Tp ni semua adalah dr kacamata kami berdasarkan pengalaman yg tak seberapa ni.
Mula mula kami terkejut jugak sbb byk bungkah cendawan yg kami beli terkena kulat hijau. Dekat dekat 35% yg kena.
So dari apa yg kami selidikki .. berikut adalah beberapa perkara yg mungkin menyebabkan kulat hijau
1) Terlebih air
Kenkadang masa membuat bancuhan abuk kayu ada yg terlebih air.
2) Masalah Kukus
Adalah sebaik baiknya mengukus bungkah sehingga 8 jam untuk ensure semua spora yg ada dlm abuk kayu dan campurannya telah mati. Ada jugak yg nak jimat just guna gas 10KG. Ni pendapat kami je ... ada baiknya kita spent lebih sikit guna yg 14KG. Bukan apa kalau nak jimat tapi akhirnya result tak baik pun x de gunanya. Sudahnya rugi berlipat kali ganda.
3) Air Rebusan
Adalah digalakkan untuk menutup bungkah di bahagian atas sekali dgn kain agar air yg menitik dr atas steamer tidak menitik keatas bungkah kita. Ini akan menyebabkan air tadi masuk kedlm bungkah.
4) Benih
Kenkadang ada jugak benih yg mmg dah spoil. So kena jugak hati hati. Kalu ada yg rosak maka tak pasal pasal 50 bungkah rosak.
5) Pembawaan Oleh Serangga
Saya ada cuba nak ambik gambar serangga tersebut tapi malangnya kamera tertinggal. Mungkin ramai yg x perasan. Actually serangga ni jugak pembawa spora kulat hijau ni. Dia suka merayau dr satu bungkah ke bungkah lain sambil menyuntik spora hijau ke dlm bungkah kita. So berhati hati. Kalu ada bungkah yg dah terkena kulat hijau asingkah dan jgn buka tutup. Kalau tak silap saya ada satu blog cendawan yg ada gambar serangga ni. Serangga ni halus je dan suka kat buah buahan.
Ada yg mencadangkan ... ambik sebiji buah nenas dan sprykan dgn racu dan bairkan kat dlm rumah cendawan ... Insya Allah settle. Tp kami x pernah cuba.
So ni je yg kami dapat kongsikan ... kalau salah tu tlg lah betulkan ya.
Alhamdulillah kami skang ni tgh cuba membuat lubang di belakang bungkah yg terkena kulat hijau ni ... tp make sure asingkan dulu. Takut nanti berjangkit dgn bungkah yg baik. Tp kalau yg dah kena semu tu x dpt nak tolong lah.
So far ni lah hasilnya ...
Posted by kulat at 11:02 PM 0 comments
Saturday, March 15, 2008
Suntik Benih .....
Alhamdulillah setakat hari ni dah ada dlm 2.4K bungkah cendwan yg telsh pun disuntik dgn benih. The first batch dah mula nampak misilia merebak di dlm bungkah cendawan.
Insya Allah esok kami akan menyuntik dlm 1.1K lagi bungkah cendawan dan dlm 1K pulak dikukus hari ni. So in total dah ada dekat 4.5K bungkah. Target utk penuhkan rumah cendawan kami dlm 13K .... pehh jauh lagi perjalanan.
Posted by kulat at 11:59 PM 0 comments
Thursday, March 13, 2008
Bungkah ... Bungkah ... Bungkah
Alhamdulillah hari ni tadi dah mula nampak misilia di sekeliling leher bungkah utk bungkah yg di suntik pada 10hb yg lepas. Harap harap semuanya tak menghadapi sebarang jangkitan atau masalah yg tak diingini.
Siang tadi Alhamdulillah buat suntikkan batch yg kedula dlm 700++ bungkah dan kalau tak de aral suntikkan utk bath yg ketiga akan dibuat esok.
So far ada dekat 2K bungkah yg pending utk kukus dan Insya Allah esok dah blh kukus dlm 1K bungkah. Lepas ni maybe slow sikit sbb beberapa pekerja sambilan dah mula nak siap sedia utk bukak sekolah.
Rasanya ada kemungkinan blh dpt cuma dlm 300 to 500 bungkah perday je kot. Insya Allah once both of our permenant staff tu dah familiary dgn pembuatan bungkah ni .. Insya Allah blh achive 1K perday.
Posted by kulat at 11:20 PM 0 comments
Wednesday, March 12, 2008
Suntik Benih
Alhamdulillah hari ni hasil dah mula pick up ... dpt dlm 11.1KG hari ni. Maybe cendawan ni baru nak serasi dgn tempat baru ni. Tp agak sedikit pelik sbb kat sini cendawan yg kluar tu besar besar dan agak tebal .... Maybe persekitaran dia lebih baik kot. Dulu colse concept sbb buat dlm building ni dah jadi open concept dah dekat dgn sungai dan dusun ... maybe pengudaran lebih baik dah kelembapan pun lebih baik.
Hari ni hajat di hati nak menyuntik 2nd round yg baru di rebus semlm. Bila bawak kluar dr pengukus bungkah tu masih lagi panas. So hajat nak menyuntik tu terpaksa kami tundakan ke hari esok. Lepas bawak kluar semua bungkah dr pengukus tadi .. terus je bawak masuk dlm 800 beg lagi kedlm pengukus. Insya Allah esok blh start bawak masuk ke dlm bilik suntik dan proceed with the next round. Hopefully hajat nak process 1K perday tu tercapai dlm 2 3 minggu lagi. So far an average about 600 bags yg berjaya di process.
Pagi tadi baru je pegi tgk sample signboard dgn receipt. Masih ada lagi pertukaran .. minor changes je. Hopefully blh finalized by tomorrow. Vendor tu janji nak complete b4 thi sunday. Dan receipt tu a bit late sbb kena pg binding. So the earliest may by thursday next week.
Signboard ni penting sbb dah nak kena start buat marketing utk cendawan yg tengah process setakat ni. Walaupun so far blm ada masalah nak jual cendawan tp kita kena ensure back up plan just in case if anything happened.
So kalau ada sesiapa yg nak share their marketing concept .. pls provide yr comment
Posted by kulat at 10:31 PM 0 comments
Daily Update
Alhamdulillah ... hari ni tadi sempat buat dlm 500 bungkah cendawan dan kalau tak silap tadi ada dlm 700 bungkah yg kami baru je kukus. Perancangannya nak suntik benih esok petang. Harap harap semua berjalan dgn lancar.
Alhamdulillah ptg tadi siap lagi 15 biji raga. So pending lagi dekat dlm 35 biji. Bila dah buat ni barulah nampak kepentingan raga ni. Kalau x de banyak masalh yg timbul ... antaranya ... payah nak kukus sbb kena susun bagi nak gila ... nak pindahkan bungkah pun jadi masalah ... nak masukkan benih pun payah jugak sbb dia x de dlm raga.
Actually kami perlukan at least dlm 56 biji raga ... just nice je masuk dlm pengukus kami. Tapi kalau blh cadanganya nak buat dlm 200 biji ... bukan apa senang nak biarkan dulu bungkah yg dah suntik dlm 2 3 hari dalam posisi menegak. Lepas tu dah blh masuk kat dlm rak.
Ikut perancangan ... kami nak kukus cendawan dlm 1K selang sehari. So kalau tekun Insya Allah blh penuh rak cendawan kami ni before this month end.
Posted by kulat at 12:10 AM 0 comments
Monday, March 10, 2008
Latest Update
!st of all .. nak mintak maaf be byk sbb dah 2 hari tak update blog. These few days banyak sgt activities tu yg tak sempat nak on line.
Alhamdulillah so far kami dah start suntik benih kat dlm bungkah cendawan. Hari ni tadi kami dah berjaya menyuntik dlm 700 beg cendawan. Harap harap menjadi.
Sekarang ni tengah sibuk membuat bungkah cendawan dan Insya Allah cadanganya nak kukus dlm 1,000 bungkah cendawan bagi setiap 2 hari.
Kalau ada sesiapa yg berminat nak dtg tempat kami ni .... map dia seperti berikut 
Posted by kulat at 11:19 PM 0 comments
Thursday, March 6, 2008
Next Lesson
Alhamdulillah petang tadi dpt kutip pulak dlm 3KG .... tapi yg ni tak termasuk hasil yg kat Mambau. Tapi rasa mcm x byk sbb hasil baru nak kluar.
Nilah dia raga yg kami tempah tu ... kami buat besar sikit so blh muat dlm 20 bungkah dlm satu raga.
Ni pulak lepas kami dah susun kat dlm pengukus kami. So one layer blh masuk dlm 8 raga dan blh masuk up to 6 layer ....
Ok ni pulak process nak buat bungkah cendawan.
1) Masukkan plastik kat bawah corong
2) Masukkan abuk kayu .... senang kalau guna corong
3) Mampatkan abuk kayu ... hentak hentak je
4) Masukkan leher bungkah
5) Mampatkan abuk kayu di sekitar leher bungkah ... nanti senang nak suntik benih
6) Last sekali ... masukkan penutup bungkah
Posted by kulat at 10:11 PM 0 comments
The Change ......
Alhamdulillah hari ni kutipan hasil utk pagi sahaja telah menjangkau ke 11.5KG. Harap harap petang ni blh kutip dlm 4KG.
Selalunya kami akan cuba perhatikan rumpun cendawan terberat sejak dr hasil mula keluar. So hari ni Alhamdulillah dpt rumpun terberat setakat ni iaitu 110gram.
Insya Allah petang ni raga akan sampai ... so Insya Allah esok dah blh start kukus cendawan yg dah siap dan hopefully by this saturday blh suntik benih.
OFF TRACK A BIT
Sebagai peringatan kepada sahabat sekelian sblm membuat keputusan utk mengundi. Ingat mengingati kearah kebenaran adalah dituntut.
As a food 4 tought ....
Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita
Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?
Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.
Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"
Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya." Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".
Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.
Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek". Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM. Allahuakbar.
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.
Posted by kulat at 2:29 PM 0 comments
Wednesday, March 5, 2008
The Long Pending Action ....
Alhamdulillah hari ni kutipan hasil merosot sikit ... dpt dlm 9.5KG. Ada possibility sbb kesinabungan cycle di gangu sbb perpindahan bungkah cendawan. So ada delay dekat 2 days x de rak baru yg dibuka. Hopefully this will regain again .. Insya Allah
Alhamdulillah hari ni jugak kami dah mula concentrate buat bungkah cendawan. So far baru ada dlm 200 ++ yg dah siap. Hopefully by end of tommorrow blh dpt dlm 400 bungkah. Ingat dah nak start kukus 1st batch. Dan kalau tak de aral by saturday dah blh suntik benih.
Hari ni ada ambik gambar serba sedikit berkenaan pembuatan bungkah cendawan ni. Bahan bahan yg diperlukan adalah seperti berikut ...
1) Dedak
2) Kapur Pertanian
3) Air .... Secukup Rasa
4) Dan yg paling penting abuk kayu getah
Cara cara nak mengaul ramuan di atas ..
1) Masukkan abuk kayu getah ke dlm mixer
Kalau blh digalakkan mengunakkan pelindung mata dan hidung bg mengelakkan habuk kayu masuk ke dlm mata dan hidung. Waktu ni abuk berterbangan ... nampak macm jerebulah pulak.
2) Masukkan kapur pertanian
3) Masukkan dedak
4) Masukkan Air ... secukup rasa ye
5) Dan hasilnya
6) Ni dia bungkah yg dah ready utk di kukus
Ni pulak gambar selingan ... utk preprare penutup peram
1) Gunting spounge
2) Masukkan spunge ke dlm penutup
3) Dah blh guna ...
Posted by kulat at 9:57 PM 3 comments
Tuesday, March 4, 2008
Progress on the movement
Alhamdulillah hari hasil masil blh bertahan pada tahap 10KG. Hopefully in these 2 3 days hasil akan meningkat balik.
So far semlm dpt buat dlm 120 bungkah cendawan je ... 2 org keje utk 4 jam. Slow sgt sbb both of them has no experience on this. Hopefully they will catch up soon.
Alhamdulillah hari ni dah rak ke 8 berjaya di pindahkan ke Mambau. SO tinggal lagi dlm 7 rak yg perlu dipindahkan. Ingat hari Jumaat ni blh buat 2 trip so that we can complete all the movement by end of this week.
Sabtu ni mengundi pulak ... maybe ada delay 1 day so need to plan properly so that there is no impact on our plan.
So just nak bagi peringatan sikit kat semua pembaca lama web ni dan terutamanya kepada mereka yg menggunakkan tenaga dr luar. Ada berita kurang menarik dr salah satu pengusha kita. Hari ahad lepas terima berita bahawa kesemua perkerja Kampuchea mereka telah meningalkan temapt kerja mereka. Dlm mengatasi masalh pekerja ni, sahabat kita ni ambiklah pekerja bangla 3 org.
Selepas mamat tu masuk kat tempat kawan kita ni, masa kemas kemas dia org jumpa kesan darah. Rupanya mamat Kampuchea tu dah bunuh salah seorg geng mereka.
So mana mana pengusha tu berhati hati agar perkara sebegini x berlaku .... ambil langkah langkah yg perlu dlm mengawal mereka ni. Dan satu lagi cara yg lebih parktikal carilah pekerja tempatan ... tp maybe rami yg x setuju. Apa apa pun pikirkan perkaran ni dan cari jln bg mengatasinya.
Posted by kulat at 9:32 PM 0 comments
Monday, March 3, 2008
Bungkah Pertama ...
Alhamdulillah hari ni hasil utk pagi dan petang ada dlm 10KG. Kat site Mambau pun dah mula kluar hasil. Pagi tadi je pungut dlm 5 rumpun cendawan.
Hari ni offically kami dah start buat bungkah cendawan. Masih berjalan bangun lagi. Hopefully by tomorrow dah ada dlm 200 bungkah. Mmg lambat sikit sbb semua masih belum mahir lagi. Harapan dlm seminggu dua lagi boleh kluar production dlm 1K perday ... ni kira wawasan lah ni.
Perpindahan rak cendawan dah 60% comaplete dan hopefully by end of this week we can compelete all the movement. SO that lepas ni boleh concentrate buat bungkah cendawan. Kami ingat nak sambung pembuatan rak cendawan once dah siap 10K bungkah cendawan. Kayu pun dah tinggal sikit je. Maybe boleh siap dlm 2 rak je lagi. So far kami hold dulu pembelian kayu sbb harga kayu a bit in high price at the moment due to the election. Ramai yg beli kayu utk nak gantung poster.
The fastes maybe by early April we can start purchase new wood as to compele another one or two rumah cendawan.
Insya Allah kalau sempat esok kami akan upload some pic on the processing of the bungkah cendawan.
Posted by kulat at 10:30 PM 0 comments
Sunday, March 2, 2008
Lawatan ....
Alhamdulillah kutipan hasil hari ni dlm 10KG. Ada penurunan sikit hari ni ... maybe semlm terlebih kutip kot. Tapi apa apa pun Alhamdulillah masih dpt mengekalkan pengeluaran melebihi 10KG.
Hari ni Alhamdulillah ada lawatan dr En Lan . Apa apa pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan dr Chini Agro. Segala komen dan candangan yg di berikan amat kami hargai.
Insya Allah esok kami akan berjumpa dgn pembuat raga cendawan. Harap harap semuanya berjalan lancar dan at leat dlm 20 raga blh siap by this wednesday. Dah delay lama sgt bab pembuatan bungkah cendawan ni. Takut pulak nati tiba nak pakai dedak dah penuh dgn ulat pulat. So harap harap by this week dah blh start buat bungkah cendawan. At least dlm 1K dulu pun dah cukup baik.
Posted by kulat at 11:08 PM 0 comments
Saturday, March 1, 2008
Mambau 1st Hasil
Alhamdulillah hari ni hasil meningkat lagi dpt dlm 14KG. So far hari ni hasil terbanyak sejak kami mulakan project ni. Alhamdulillah jugak so far blm pernah x dapt jual hasil cendawan malah hari hari x pernah cukup. Pelik jugak kenkadang memikirkan ... kalau tak silap skang ni makin ramai yg buat project cendawan ... tp masih x mencukupi di pasaran. Tu lah namanya rezeki yg Allah dah setkan utk kita ... Alhamdulillah
Hari ni masa pegi ke Mambau, terkejut jugak bila tgk dah dekat 5 botol nak keluarkan hasil. Kalau tak silap baru 3 hari tutup sbb nak pindah dr BSS ke Mambau. Entah mcmana budak 2 org tu blh terlanggar tutup cendawan yg naru pindah tu. Tp apa apa pun Alhamdulillah kehadrat Illahi sbb kebimbangan kami dgn persekitaran tempat baru ni telahpun lenyap dgn hasil yg baru keluar ni.
Ni lah cendawan pertama kami di site Mambau ....
Ni pulak bungkah yg kedua ...
So hari ni dpt extra 2 rumpun cendawan dan masih ada 3 lagi yg baru nak naik dah dekat mulut bungkah.
Apa yg aku perasan kat tempat baru ni dia lebih sejuk dah yg syok tu pepagi ada embun so sejuk je bungkah bungkah cendawan kami. Harap ni menjadi tanda tanda kejayaan bagi projek kami di sini .... Amin
Posted by kulat at 9:46 PM 0 comments



