TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Friday, October 31, 2008

Terkejut Tp Tak Tau Guna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni tadi ada kunjungan dr Jabatan Pertanian ( Eh kunjungan ke singgah ... so ikut suka hati hang pa nak pilih mana satu ). Cerita bermula mcm ni ....

Smlm kawan ke Jab Pertanian Daerah Seremban & mencari pewagai bertugas. Tp malangnya dia tak de & call pun x berjawab ... maybe dlm perjalanan kemana mana kot. Tujuannya nak mintak water sprinkler yg mana sblm ni dia pernah janji nak bagi. Dan kebetulan pulak sekarang ni cuaca x berapa baik tu yg pegi nak menuntut janjilah kiranya.

Dah petang baru dpt ctc dia via phone. So kawan tanyalah pasal sprinkler tu ... dia kata hari ni dia sibuk ( khamis ) & esok full day dia kat Kuala Sawah & tak ke office. Kalau nak pun tunggu hari Isnin. So terpaksalah bersabar.

Tup tup pagi tadi dia call & katanya nak dtg ptg utk hantar sprinkler tersebut. Pehh bukan main happy kawan. Lepas solat terus je ke kebun ... ingat dah kelanjur dia dtg tu blh lah tanya pasal bantuan. Sampai je kat ladang tgk dia dah pun dtg dan tinggalkan sprinkler tu kat pekerja kami. Aduh terlepaslah peluang ....

Yg aku pelik menatang ni aku x pernah tengok dan x taulah pulak cara menggunakannya. Call pulak dia x jawab so kawan pun SMS kat dia " Assalamualaikum tn, cam ne nak guna sprinkler yg tn bagi ni? Apa alatan lain yg perlu dibeli. Saya call tn x de jawapan ". So far blm ada jawapan.

Harap ada kengkawan diluar sana & terbaca posting ni agar dpt memberi tunjuk ajar akan penggunaan sprinkler ini .... Nilah gambarnya




Adios

Thursday, October 30, 2008

Redup tp Bahang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah projek di S2 telah pun siap hari ni tadi. Insya Allah esok perpindahan bungkah akan dilalkukan dr tapak projek kami ke S2. Harapnya tidak ada perkara yg timbul dlm perpindahan esok. Dah terlalu byk bungkah yg dah start fruiting.

Insya Allah kalau sempat esok kami akan cuba update beberapa keping gambar projek di S2 ni. Menggunakan lot kedai sbg rumah cdwn. Kos pembinaan agak murah sbb x perlu buat rumah cdwn dan suhu lebih terkawal sbb berdinding dan atap genting. So far suhu mmg baik.

Kat tapak projek kami pulak dlm progress penukaran bungkah lama dan pebmbukaan bungkah baru. Ada dlm 20K bungkah yg telahpun matang. Utk 1st round byk yg terkorban sbb cuaca yg kurang baik ... redup tp bebahang. Kami dah pasang satu sprinkler namun masih x mencukupi. Kalau ada rezeki esok nak pegi beli beberapa peralatan utk menanbah sprinkler kami tu. At least nak tamabh lagi 2.

Adios ...

Sunday, October 26, 2008

Terbalik & New Fix

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi kami berjaya memasang water sprinkler di atas atap rumah cendawan kami. Everything is very manual. So semua kena operate guna manusia. So cadangannya nak pasang dlm 5 min in evry 30 minutes kalau cuaca panas. Kalau dah hujan tu tak yah la. Harap ianya akan memberi impak yg lebih baik kepada tanaman cendawan kami ni.

Mengenai konsep kedai tanaman cdwn kami tu ... so far semua rak besi dah siap pasanag. Cuma perlukan pemasangan net dan bilik untuk pekerja rumah cdwn tersebut. Baru baru ni ada survey satu produk baru semacam air cond tp ianya membiaskan air dlm bentuk partikel yg begitu kecil sehinggan tidak kelihatan dgn mata kasar. Cost agak tinggi dlm RM7K to RM10K. So kena discuss dulu samada ianya akan digunakan dlm rumah cdwn baru ini. Insya Allah blh memuatkan dlm 20K bungkah cdwn dan jangkaan hasil sekitar 40 ke 100kg daily.

Ni pulak update terbaru berkenaan dgn order 300KG daily tu. Ikutkan pada hari jumaat lepas kami sepatutnya finalised deal tersebut. Malangnya disebabkan oleh permintaan yg mengarut dr pihak pembeli kami membuat keputusan utk tidak meneruskan rundingan berkenaan kontrak baru ini. Apa apa pun kami masih mengushakan pasaran baru utk cendawan ini.

Adios ...

Thursday, October 23, 2008

Set Up New Concept

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah kami telah diberi kepercayaan utk menyiapkan satu konsep rumah cedawan didalam kedai. Keluasan sekitar 23' X 75'. Kami cuba mengunakan sebanyak mungkin space yg ada utk mengisi rak rak cendawan. Konsep in lebih kepada beli, peram, tuai & jual. Amat sesuai untuk contract farmer dlm menjimatkan kos & mengurangkan risiko penyakit.

Konsep begini amat penting agar ianya blh dimajukan dgn bantuan dr AgroBank, Mara, Tekun dan pelbagai lagi agensi yg blh membantu dr segi pembiayaan. Kami terpanggil utk merealisasikan konsep ini adalah bertujuaan utk memberi sample kepada satu projek yg berdaya saing dan mampu memberi pulangan yg lumayan.

Pengalaman yg dah kami timba selama ini akan digunakan dlm menjayakan konsep baru ini agar ianya lebih mudah utk di kawalselia dan memberikan hasil yg tinggi kerana faktor persekitaran yg blh dikawal dgn mudah. Pemilihan tempat juga adalah penting as to ensure kita x mempunyai masalah dr persekitaran yg kotor & mempunyai byk makhluk perosak.

Kalau konsep ini berjaya ... Insya Allah ianya akan membuka lebih byk peluang kepada pengusha pengusha baru yg ingin berkecimpung dlm projek cendawan ini. Kami juga dlm perancangan utk juga menyediakan skim contract farming kepada perserta perserta kami.

So sesiapa yg berminat blh mula menghubungi kami dengan seberapa segera agar perancang teliti dpt dijalankan dah pemilihan tempat yg sesuai blh dijalankan dengan kadar segera. Harap yg ada cita cita tu blh hubungi kami dgn segera & Insya Allah bagi mereka yg berkelayakkan akan kami cuba bantu dr kertas kerja bagi permohonan pembiayaan.

Baru baru ini pihak kami baru menerima tawaran utk supply cendawan segar di sekitar Kuala Lumpur. Permintaan harian sekitar 300KG. Pada pengusha sekitar N9 yg x mempunyai pasaran blh juga menghubungi kami dengan kadar segera. Insya Allah sama samalah kita berkongsi pasaran ini & perlu diingatkan .... 1st come 1st serve.

Adios ...

Note :- Blh hubungi En Ramle utk maklumat lanjut di 012 3535181

Wednesday, October 22, 2008

Satu Problem Selesai

Assalamualaikum & Salam Sejahter ...

Alhamdulillah hari ni tadi settle issue berkenaan dgn pembaharuan permit perkerja kami. Actually dah bayar pada agent to since 3 hari puasa lagi. Entah apa masalahnya cuma last week baru siap dan hari ni baru dpt copy visa dia org. Pehh mahal jugak RM1.5K bagi setiap pekerja. So 2 org kenalah bayar RM3K. Apa apa pun 4 next year Insya Allah next month dah start potong gaji. Kalau x kesian dia org bila potong byk byk. So kalau potong awal ni blhlah potong sikit sikit dulu.

So far Alhamdulillah kami mmg puas hati dgn pekerja kami ni dan Insya Allah depa dah tau semua keje & baru baru ni dah start train dia org utk suntik benih. Bab ni susah sikit sbb dia org ni bab kebersihan ni out. So sblm start suntik tu terpaksa kami suruh dia mandi dulu dan tukar baju yg bersih dan guna penutup mulut. Harap harapny bungkah yg dia org suntik ni x jadi sebarang masalah. Bukan apa kenkadang kita ni byk sgt aktivity tu yg kenkadang terlewat suntik benih. Kalau dia org ni dah pandai senanglah sikit just schedule je utk dia org.

Baru baru ni masuk lagi 2 org pekerja bangla kat tempat kami tu. Dia org ni kami ambil bagi scheme baru dimana employer mereka adalah pengusha cdwn di sbn ni. So dia org ni duduk & keje kat tempat kami utk buat bungkah. Utk jimatkan kos dia guna semua peralatan dan bahan mentah kami untuk buat bungkah utk syarikat depa. Dia org x perlu pening kepala dlm urusan membuat bungkah & menjaga pekerja sbb semua tu kami yg supervise. Harap ianya dpt membantu pengusha kita utk jimatkan kos dia org dlm pembuatan bungkah ni.

Adios ....

Tuesday, October 21, 2008

RALAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Nak mintak maaf sbb ada sedikit ralat dlm pengiraan kos dlm pengunaan Life Light tu. Actually cuma guna 3 gram je perbungkah. So utk satu guni actually blh buat dlm 8333 bungkah ( 25/.003 ) so cost perbungkah hanyalah 2.1 sen. So blh katakan berbaloilah ... itupun kalau ianya berkesan.

Lupa pulak nak cerita hari tu aku ada gi melawat satu pengusha kat daerah panchur N9 ni. Nampaknya hasil dia begitu menarik. Rasanya kalau x silap dah pengeluaran yg ke 3 tp masih average hasil sekitar 80gram. Pembuatan bungkah mcm biasa & tak de tambah apa apa bahan selain dr abuk kayu, kapur & dedak. Dan so far aku tgk terlalu sedikit bungkah yg rosak.

So based on that aku rasa kalau semua ikut the best practice dlm pembuatan bungkah ni Insya Allah x perlulah kita nak tambah benda benda asing ni. Lagi satu perkara yg penting bagi aku adalah benih ... aku rasa ramai yg setuju. Ni berdasarkan pengalaman kami yg sedikit ni ... byk pengeluar benih kita ni tak mengikut specifikasi pengeluaran yg betul & so far yg aku tau benih En Nawi adalah yg terbaik sbb dia just concentrate dlm pembuatan benih sahaja. Dan aku rasa dia x bias sbb dia x de kepentingan dlm pasaran cdwn ni. Ramai yg kita tgk hari ni adalah player dlm industri cdwn segar so antara cara nak bunuh kita simple ... bagi je benih yg entah gred ke berapa ( ni pendapat aku je ... kalau salah tlg betulkan & maafkan ) so that mana yg kecik kecik tu blh mati mcm tu je sbb habis semua modal tergadai kat situ je.

Aku pun nak jugak sarankan kat sini. Sebagai ushawan muslim ni kita kena byk berterus terang. Aku tgk ramai yg suka buat buat cerita so that penjualan bungkah meningkat agar dpt untung singkat. Nak jual tu bagi aku tak de masalah just make sure kualiti terjamin sbb org beli dgn duit titik peluh mereka dan mungkin tu jelah saki baki suit yg mereka ada. Kesian kat depa beli tgk sampai 20 to 50% tak blh nak guna. Dan tlglah gunakan bahan bahan yg berkualiti setanding dgn harga jualan bungkah anda.

Ok aku pun x nak cakap bebyk kang ramai pulak yg marah kat aku. Apa apa pun aku nak mintak maaf bebyk jika ada yg terasa hati. Cuma nak berpesan pesan demi kebaikkan semua .... Insya Allah

Adios ....

Monday, October 20, 2008

Teknik Life Light

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Actually kami ada dengar pasal Life Light ni dr blog RASE. So kebetulan last week ada kesana. Berpeluanglah gi tengok bungkah mereka yg menggunakan produk ni. Nampak mcm ok tp tak taulah keberkesanannya. Menurut mereka selepas menggunakan produk ini penyakit semakin kurang menyerang dah hasil menjadi bertambah baik.

Malas nak berfikir panjang, kami pun belilah seguni .... pehh RM180 seguni tu. Blh dpt dlm 1 1/2 tan abuk kayu. Satu guni tu cuma ada 25KG je. Setiap bungkah menggunakan dlm 30gram LL ni. So seguni tu blh lah guna dlm 1000 bungkah. Jatuh dlm 18sen bagi setiap bungkah. Pehh satu kenaikkan kos yg begitu mendadak. Harap ianya membuahkan hasil.

Thursday, October 16, 2008

Tukar teknik ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni kami dapati bahawa takde satu bungkah pun yg terkena penyakit kulat oren. Masa mula mula tu hairan jugak sbb sblm ni at least sekali kukus dlm 1180 bungkah tu adalah jugak dlm 20 ke 50 bungkah yg kena kulat oren. Puas jugak kami memerhatikan keadaan sekeliling yg mungkin dah berubah menyebabkan pengurangan jangkitan kulat oren ni.

Akhrinya baru kami terjumpa ... ni pun kalau x silaplah. So far ni je perubahan yg telah kami buat dlm pembuatan bungkah. Sblm ni kami just masukkan secara berperingkat kapur pertanian ke dlm mixer. Skang ni kami bancuh kapur tu dgn air ... so bancuhan baru ni kami gunakan air yg dah bercampur dgn kapur mengikut sukatan 1%.

So sapa yg ada mempunyai masalah kulat oren ... maybe blh adopt cara yg sama. Manalah tau ianya blh membantu. Tp kalau x jd ... harap jgn marah kat kami.

Lepas raya ni baru je siap dlm 2K bungkah ... tu pun blm kukus dan suntik benih lagi. Harapnya first batch blh start kukus esok. Ada 2 lagi rumah yg kosong. Sebuah rumah tu blh masuk dlm 10K bungkah. At least memakan masa dlm 2 bln utk siap. Disamping tu ada satu rumah tu bungkah dah nak expired. Nampaknya kena keje lebih keras supaya pengantian bungkah dpt dibuat dgn seberapa segera.

Adios ....

Perbincangan demi perbincangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni hasil masih seperti biasa. Cuma permintaan untuk esok agak kurang. Ramai yg mengurangkan pengambilan cdwn. Kenapa ... aku pun x sure. Ada jugak survey kat member member, kata mereka ni adalah perkara biasa selepas hari raya. Market Insya Allah akan pick up balik soon after gaji this month. Maybe org dah berhabis duit sblm raya hari tu kot. Tu yg lepas puasa ni ramai yg mengikat perut gamaknya.

Hari ni tadi mula nak mengerakkan projek hiliran ni ... dpt jugak berbincang dgn 2 3 pengusha - pengusha besar di N9 ni. Bukan apa kenalah buang sikit masa demi utk mencari ilmu dan idea dr org org lama dlm industri cdwn ni. Discussion punya discussion rupanya ramai yg dah plan nak buat produk hiliran ni ... tp malangnya blh katakan semuanya blm berkesempatan utk buat R & D masing masing. Tu yg cuba kami terapkan kat beberapa pengusha disini bertapa pentingnya penyatuan atau konsortium dlm penghasilan produk hiliran ni. Kalau ikut sendiri sendiri punya effort .. blh tp mungkin memakan masa yg agak panjang dan perlaburan mungkin juga akan tinggi. Dengan itu kami sarankan agar di adakan satu konsortium utk penghasilan produk hiliran agar ianya lebih cepat utk mencapai matlamat bagi penghasilan produk hiliran ni.

Apa apa pun ... ianya still akan mengambil masa yg agak panjang sbb bila dah ada konsortium ni mungkin akan ada delay sbb lebih ramai suara maupun yg +ve dan -ve. Kalau x di kawal mungkin akan tersasar dr segi objective dan time frame.

Adios ....

Tuesday, October 14, 2008

Hajat Besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah so far daily hasil cendawan mencukupi utk pasaran kami. Yg sedih ramai jugak yg dok call kami sbb terlebih cendawan & kami pulak x dpt nak tolong. Rupanya ramai yg dah lama peram bungkah sbb hari raya dan kebetulan pulak blh katakan semuanya bukak on the same day ( + - ). So jadi sedikit lambakkan ... kalau betul betul market rasanya x de pun lambakkan sbb masih ramai lagi pengusha yg blm dpt memenuhi pasaran mereka.

Kami dah naik lenguh bercerita dgn ramai pengusha. Kita ni kena bersatu dlm pemasaran cendawan ni dah buat some sort of pusat jualan. Mana yg pandai buat marketing ... the concentrate dgn marketing. Concentration ni penting sbb kat situ barulah blh dpt hasilnya kalau kita nak buat semua manakan terdaya. Tapi tu lah bila kita cerita idea mcm ni ... semua sibuk nak buat benda yg sama. Kita ni cuma ada tulang empat kerat je. So mana yg ada kelebihan dlm satu satu bahagian tu gunakan lah sebaik mungkin. Kita jangan tamat ... org tamak selalunya rugi. Kita bahagi bahagikan market base on kepandaian masing masing.

Bila kita dah dpt pastikan market. Semua pengusha dah x perlu risau. Kerja mereka cuma satu ... mahirkan diri dlm penanaman cdwn. Bab pemasaran kita tolong depa. Cuba pikirkan ... ramai yg kedekut pasaran mereka sbb takut org lain akan kebas. Dalam keadaan kenaikkan harga blh katakan semua barang ni ... semua kos harus diambil kira. Kalau hari hari kita hantar sampai 4 5 tempat. Berapa byk duit minyak yg kita dah habiskan & masa terbuang mcm tu je. Lepas tu kalau kita ada hal dsbnya cam ne ?. Itulah gunanya penyatuan kita ni. Centralized ... semua org hantar kat satu tempat je harga murah sikit pun x pe sbb kita x perlu risau lambakkan hasil dan harga pasaran dpt kita stabilkan. Kalau semua bersaing sapa yg menang sebenarnya ?????

Lepas tu aku berharap sgt kalau sapa sapa yg ada idea utk nak buat produk hiliran mcm nugget cdwn, bebola cdwn, tempura cdwn, burger cdwn, hotdog cdwn dan mcm mcm lagi ... tolonglah share dgn kami. Insya Allah kami akan cuba majukan sbb ni salah satu cara utk kita membanteras lambakkan cendawan. Kita dah blh focus pada pasaran dlm negri dan bila dah berkembang dgn baik ... blhlah kita pertingkatkan pengeluaran utk pasaran antarabangsa. Aku dah rasa benda ni dah jadi mcm Fardhu Ain lah pulak sbb so far tak de org yg nak membantu. Bukan nak memburukkan kerajaan tp dah kenyataan ... so far belum ada yg serius nak menolong. Yg duduk mengangkang tu mmg ada ( sorry terpedas sikit ) bila kita call mulalah buat busy. Bagi aku .... Ingat Janji Allah tu adalah benar. So sendiri mau ingat. Tangunjawab yg kita pikul harus dilaksanakan dgn adil & saksama ... blh jatuh haram duit gaji yg kita dpt kalau x tunaikan tangunjawab yg diamanahkan.

Ok lah .... p[anjang sgt cerita hari ni ... harap sapa yg boleh membantu tlglah hubungi kami dgn segera & kami dahulukan dgn ucapan terima kasih.

Adios

Sunday, October 12, 2008

Pelik ......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni selamat pulang dr kpg di Chini. Terpaksa blik sbb org sebelah rumah buat kenduri kawin. Duduk Felda ni mmg mcm tu. Kalau satu block tu kira mcm wajiblah kena jugak dtg sbb dah mcm adik beradik hubunganya.

So bertolak balik hari Jumaat malam dan Alhamdulillah sempat sampai dlm pukul 12.30 tengah malam. Borak punya borak sedar sedar dah pukul 3 pagi barulah nak tido. Hari ni tadi dlm pukul 9 pagi gerak balik & kebetulan pulak rumah lelakinya di Kuala Pilah so singgahlah jugak menunjuk muka ... lauk kari daging, ayam golek, sambal udang, petai & tapai pulut. Terkejut jugak sbb x de nasi minyak ... sbb selalunya kalau kat N9 ni, nasi minyak tu kira mcm wajiblah. Tapi apa apa pun mmg sedap ... TQ pd tuan rumah.

Haa ... hari ni sekali lagi perkara pelik jadi kat rumah aku ni. Dulu pernah sekali aku balik je kat rumah tgk ada anak burung. Kesian punya pasal aku angkat dan selimutkan badan dia dgn kain ... pepagi esok tgk dah x de. Maybe dah Innalillah hi wainalilla hi rajiuun kot. Hari ni pulak balik tadi masa masuk kete tu tak perasan pun. Tengah nak angkat barang baru nampak ada seekor ikan puyu ... berlumpur. Mula mula ingatkan dah mati bila usik tengok bergeraklah pulak. Pening jugak dibuatnya ... entah dr mana dtgnya. Aku ambik dan masukkan kat dlm bekas penyiram bunga. Kebetulan pulak penyiram tu penuh dek air hujan. Nampaknya mcm hidup je. So esok nak tengok panjang x umurnya.

Ish ish ish ... byk sgt cerita yg x berkenaan dgn cdwn lah pulak ni. So far blm ada lagi yg bagi proposal utk date abru perjumpaan geng cdwn. Harap dpt perhatian dr semua.

Berbalik pada projek cendawan kami. Balik je td tengok ada dekat 40KG ++ cendawan yg dah dipetik den bangla. Pening jugak kepala. Tp Alhamdulillah so far dah ada pembeli ... lega rasanya. Ingatkan x byk ... ambik kau. Esok atau lusa kalau x de aral Insya Allah nak ke tempat En Nawi utk mendapatkan supply benih cdwn. Stok dah x de langsung. Botol yg dah ready utk dikukus pun dah mula byk tu. Apa apa pun kena beli benih dulu. Kang x pasal pasal terbiar pulak bungkah yg dah di kukus.

Ok lah Insya Allah esok kita sambung lagi ....

Thursday, October 9, 2008

Update Lepas Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .... Alhamdulillah selesai sudah sebulan kita berpuasa dan dah masuk hari ke 9 bulan syawal pulak. Kejap je rasa masa berlalu. Tapi apa apa pun perjuangan harus diteruskan demi mencari rezeki yg halal di muka bumi Allah ni.

Balik balik je dr cuti beraya dah ada org order 5000 bungkah. Katanya next week nak dtg ambik. Tp tak taulah .. selagi dia org x dtg ambik kira urusniaga ni blm blh dikirakan sbg done.

Hari ni nak cerita sikit kisah masa bln puasa yg lepas. Naik tension kawan dibuatnya ... bukan apa cuma bagi kawan kalau dah org Islam tu kenalah pegang pada janji ( kalau x silap blh jadi munafik sbb tak tepati janji ni ). Pelik betulkan ... apa salahnya berterus terang je kan ke senang ni tak ... janji lepas sehari ke sehari. Jadi mcm org bodohlah pulak kita ni dok menunggu buah yg x jatuh. Yg lagi pelik tu ni berlaku dlm bulan yg mulia bln Ramadan. Tak taulah aku nak cakap mcm mana ... kalau bln puasa pun blh lentung mcm tu je ... bln lain tu ... tepuk dada tanyalah selera.

Segala program yg dah dirancang semuanya tertangguh sbb org dah berjanji ... kita ingat x de lah org nak kecing dlm bln bln puasa ni. Customer lain yg dtg nak beli semua kita reject sbb kita dah janji. Tgknya kita seorg je yg pegang pada janji. Tu lah .. ingat sbb kita ni terlalu baik sebab tu org pijak kepala kita. But anyway this will be a good lesson to us.

Entahlah attitude org kita ni kena byk berubah dr semua segi ( ni pendapat aku je ). Bab pusing memsuing ni dah jadi macam makanan harianlah pulak. Mcm manalah kita nak maju kalau dok kecing sana .. berak sini ... sudahnya bau hancing satu Malaysia. Kalaulah org bukan Islam tau ... malu dibuatnya. Blh buat org lebih benci pada Islam sbb ......

Aduh terlajak jauh lah pulak .... apa apa pun kami dr Kulat Enterprise ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin .... sapa yg terasa tu ... aku minta maaf dr hujung rambut hingga ke hujung kaki ... niat aku murni .. tegur demi kebaikkan sblm semua tu menghancurkan diri kita. Kalau selamt kat dunia pun ... kat akhirat blm tau lagi.

Projek cdwn kami masih slow lagi. Insya Allah next week akan start beroperasi seperti sblm raya. Ramai dah bertanya nak beli bungkah ... tp semuanya blm confirm lagi. Kalau ada rezeki .. Insya Allah they will confirm.

A'aaa satu lagi ... perjumpaan geng cendawan. So sapa yg berminat tu silalah medaftrakan diri di forum geng cendawan ... klick je kat sini. Blh lah kita start pilih date yg sesuai utk perjumpaan kali ini.

Adios ....

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher