TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Saturday, March 29, 2008

Hasil ... Mcm KLSE lah pulak

Alhamdulillah hari ni hasil pick up balik dlm 8.5KG selepas kejatuhan teruk hasil semlm ... hanya dpt dlm 4KG je. Apa apa pun tu cuma dugaan Allah.

Bab pembuatan bungkah pulak ... so far dah siap dlm 7K. Lembab sikit sbb cuma 2 org je yg full time buat bungkah ni. Tu pun kenkadang tak jugak sbb kena buat lain lain keje. Kami kena speed up pembuatan bungkah ni kalau tak masak kami sbb overhead are quite high. So far maximum per day blh dpt dlm 400 bungkah je. Kalau harap 2 org tu daily cuma blh dpt dlm 300 bungkah je. Dah dekat 2 bln dia org buat benda yg sama ... tp masih tak de peningkatan.

Tu yg kami tengah cari formula terbaik dlm meningkatkan pengeluaran bungkah kami ni. Target nak dlm 60K bungkah ... so far baru dpt dlm 10% je. Pehhh jauh lagi perjalanan kami ni.

Hari ni Alhamdulillah ada seorg kawan lama dr office dtg melawat ... terubat jugak rindu di hati dgn member member di tempat keje. Apa apa pun TQ tak terhingga buat En Fendi atas lawatan hari ni tadi ... Mintak maaf bebyk sbb tak dpt nak bercerita panjang sbb masa yg ada terlalu singkat. Harap di masa akan dtg dapat meluangkan lebih masa bersama kami.

Bila dah berjumpa ni teringat balik masa keje dulu ... sibuk bagai nak gila kluar rumah dlm pukul 7 pagi .. sampai rumah pulak dekat dekat pukul 10 mlm. Kenkadang sabtu dan ahad pun pulun jugak. Org sebelah kita berhenti keje pun x perasan sbb terlalu sibuk .. tau tau dah tak de je. Lepas tu berulang naik motor pulak tu. Tapi yg paling best dulu waktu lunch sbb byk ustaz ustaz yg power power dtg bagi ceramah. Boleh kata hari hari dpt ilmu baru.

Skang ni sibuk lain pulak ... apa apa pun Alhamdulillah .. semua ni ketentuan Allah .. kita merancang tp at the same time Allah juga merancang dah rancang Allah adalah yg terbaik. Dulu anak buah ada lebih dr 10 org .. tu tak termasuk yg bergred 2 3 kali lebih tinggi dr kita ... semuanya Alhamdulillah boleh dikatakan terkawal. Bila dah business sendiri ni ... naik pening kepala nak jaga 2 org bangla ni. Lain suruh buat lain yg dibuatnya. Apa apa pun ni dugaan Allah ... Insya Allah mentari akan bersinar kembali ... Amin.

Eh sorrylah .. dah jadi mcm blog peribadilah pulak. Anyway TQ for the support from all the readers dan sahabat sahabat yg mengunjungi blong ini ... Semoga anda semua sucess ....

3 comments:

spyz said...

asik tergendala je plan aku nak pegi tmpt ko..
cendawan goreng tepung ada buat tak? he he..

kulat said...

Tak pe take yr time. Aku ni mmg full time buat benda Allah ni. Apa apa pun call or sms lah dulu sblm dtg sbb kenkadang ada course ... hantar barang ... ambik barang dll

kulat said...

Eh lupalah pulak .. tepung tu ada tp kat kedailah ... aku blh tlg tunjukkan. Cendawannya pulak boleh beli kat aku. Nanti balik rumah boleh goreng ... sampai menjilat jari dibuatnya

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher