TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Thursday, February 28, 2008

Update .... Pindah & Rumah Cendawan

Alhamdulillah ... pagi ni kutipan hasil cendawan meningkat lagi. Utk pagi ni sahaja dpt kutip dlm 8.4KG. Alhamdulillah petang ni pulak dpt kutip dlm 3.2KG. So total hasil hari ni = 11.6KG ... New highest

Ni lah hasil yg baru kami kutip pagi tadi ... dah tak muat satu bakul



Actually dah lama nak upload gambar rumah cendawan yg kami dah buat kat Mambau tu ... tp asyik lupa je nak bawak camera. Alhamdulillah pagi tadi pegi ke Mambau bawak kamera sekali. Ni lah dia rupa rumah cendawan baru kami ... Nampak mcm satu rumah .. tp actually ada 2 rumah cendawan kat dlm tu.



Ni rumah cendawan yg kedua ... So semua bungkah cendawan dr BSS tu kami masukkan kat sini ... Rumah yg ni kecik sikit. Insya Allah boleh memuatkan dlm 7,000 botol cendawan





Rumah yg satu lagi tu tak dpt nak ambik gambar sbb kat dlm dia tu gelap sikit. Insya Allah boleh masuk dlm 22,000 botol cendawan.

Wednesday, February 27, 2008

Pindah 2

Alhamdulillah hari ni kutipan hasil tertinggi setakat ini ... dpt dlm 10KG. Harap harap peningkatan ini berterusan.

Nilah hasil yg kami petik pagi tadi ... Ada dlm 6.5KG



Petang pulak dpt dlm setengah bakul yg sama .... Dpt dlm 3.5KG

Hari ni dah hari kedua memindahkan bungkah cendawan dr BSS ke Mambau. So far so good blm ada masalah yg timbul. Kalau ikut pusingan cendawan, perpindahan ni maybe memakan masa sehingga 15hari. Kami khuatir jugak takut nanti hasil terjejas sbb bungkah tu di pindahkan ke tempat baru. Persekitaran pun dah berbeza. Harap harap takdelah masalah yg timbul.

Sekarang ni focus kami telah beralih dr pembuatan rumah cendawan kepada perpindahan bungkah cendawan. Insya Allah once semua selesai kami akan meneruskan pembinaan rumah cendawan yg seterusnya.

Hari ni tadi survey tempat nak buat raga cendawan ... ni lah masalah org kita ni. Org nak bagi buasiness pun tak nak. Kami tanya kat dia blh tempah tak raga ni ... dgn selamba dia jawab .... besi tak de lah bang. Apalah punya businessman. Kami ingat nak tlg org kita .... sbb nak buatnya banyak dlm 100 biji.

So esok kena pegi survey harga lagi. Harap harap berjumpa dgn kedai yg nak buat raga ni dgn harga yg berpatutan.

Monday, February 25, 2008

Pindah

Alhamdulillah hari ni tadi berjaya utk membersihkan 3 rak di BSS. This is the first preparation for moving the said bungkah from BSS to Mambau site. Insya Allah perpindahan ni akan bermula esok.

Cadangannya utk bawak at least 1 rak bungkah per day. By following this rule ... we can only shift all bungkah from BSS to Mambau in 15 days. Pehh lama tu ... aku pun actually dah tak larat nak jaga samapi dua tempat. So must find a way as how we can improve this.

Sat tadi peti ais baru je samapi kat site Mambau. Beli yg second hand je ... RM500. At least boleh jadi temporary storage utk cendawan before jual. Kenkadang pembeli ni ada yg dtg awal dan ada yg lambat. So the best way is to keep all the mushroom inside a chiller. Kalau takde chiller ... peti ais pun blh jugak.

Sunday, February 24, 2008

Penat ....

Alhamudlillah hari ni siap lagi satu rumah cendawan. Tapi yg ni kecik sikit ... Insya Allah boleh muat dlm 6000 bungkah cendawan. So cadangannya nak gunakan rumah cendawan yg baru ni utk replacement kedai kat BSS. Harapnnya by wednesday ni dah blh start pindah bungkah cendawan ke Mambau. Once dah pindah senang sikit nak jaga ... just satu tempat je.

Lagi satu kat tempat baru ni kami mmg besarkan sikit space diantara sat rak dgn rak yg lain. So senang sikit nak maintain dan pengudaraan lebih baik ... dan yg paling penting harap harap hasil boleh dpt lebih. So far kutipan hasil dlm 8KG daily.

Cuma satu je keje yg masih pending ... utk outsource pembuatan raga cendawan utk pengukusan dll activity. Harap harap blh settle issue ni ASAP. The longer this is delay ... lagi lambatlah nak start buat bungkah cendawan. Brg semua dah beli cuma this one je yg masih x settle lagi.

Harap harap by end of next week can settle all this .. Insya Allah

Saturday, February 23, 2008

Rumah Dah Siap

Alhamdulillah rumah cendawan dah siap .... baru satu je. Ingat kalau blh nak siapkan dlm 7 lagi rumah cendawan. Pikir punya pikir kami ingat nak siapkan lagi satu dulu so that kami blh concentrate buat bungkah cendawan dan masukkan kat dlm salah satu rumah cendawan tu.

Last week actually ada org dtg kat BSS .. dia kata dia dah beli kedai tu. Cara dia cakap mcm nak suruh kami keluar je. Apalah hajah ni dulu dia kata nak bagi tempat tu sekurang kurangnya 3 tahun. Tup tup dia pegi jual pulak kedai tu. Dulu dia selalu call rumah dan inform wife yg dia takut kami tipu dia .... Eiii Hajah Hajah ... Sabar je lah . This is just part of dugaan dr Allah.

So perancangan hari ni nak start buat bungkah cendawan tu tergendala sbb takut byk benda yg kena buat manual. Terutamanya nak susun bungkah dlm tempat pengukus. So kami dah tukar a bit decission utk buat bungkah ni. So tadi sempat pegi pinjam satu raga dr RASE utk buat sample. Ingat nak outsource je pembuatan raga ni.

Nearly Complete

Alhamdulillah boleh dikatakan hampir 99% equipments dah ready utk pembuatan bungkah cendawan. Hari ni beberapa peralatan berikut telah berada di site Mambau.

Pembancuh Simen

Banyak sungguh dugaan utk mendaptkan menatang ni. Tp Alhamdulillah segala kerja keras tu berbaloi sbb dpt harga yg boleh dikatakan rendah ( tak sure pulak if someone else can get cheaper )



Dapur utk Pengukus

Masih blm dpt menacari satu lagi dapor. Setakat ni cuma ada 3 biji je. Susah nak cari sbb yg mcm ni jarang org pakai ... 3 lingkaran.




Corong utk Memasukkan Abuk Cendawan


Panjang jugak ceritanya utk mendaptkan corong ni. Tp apa apa pun Alhamdulillah at the end berjaya jugak kami mendapatkannya.




Meja Menyediakan Bungkah Cendawan


Meja ni buat sendiri je. Lapiskan dgn zink so nanti kurang sikit pencemaran masa membuat bungkah cendawan. Dan satu lagi lebih mudah utk dicuci. Apa apa pun ni just pendapat je, maybe ada yg x setuju.



Hopefully esok dah blh start pembuatan bungkah cendawan .. as a pilot first.

Friday, February 22, 2008

Not Much to update

Alhamdulillah pembancuh simen yg kami order yesterday x jadi ambik sbb last minute dia nak charge transportation pulak ... so total dia nak RM1100. So aku cancel je. Jln punya jln tetiba jumpa satu kedai .. mmd dah dirancang oleh Allah ... check dgn mamat tu sekali hantar dia charge RM940 je ... Alhamdulillah jimat RM160 .. byk tu. Dapur pun dah beli tp dpt cuma 3 je sbb byk tu je ada kat kedai tu. Hajatnya nak 4 biji utk pengukus. So esok kena pegi carik lagi 1.

Masih berharap agar this saturday blh start buat bungkah cendawan ... nak kena warm up cepat cepat ni ....

Wednesday, February 20, 2008

Shocking Result ..

Alhamdulillah tetiba hari ni hasil melonjak dr sekitar 5KG kebawah ke 9.5KG. Dlm keadaan begitu banyak bungkah yg rosak, hasil still mengancam. Apa apa pun bersyukur sgt kepada Allah atas rezeki yg diberikanNya .... Alhamdulillah.

Mesin pembancuh dah confirm & Insya Allah esok petang sampai ... actually hari ni patutnya samapai tapi ( ni pelik jugak ni ) dia kata hari ni lori takde. Business besar bagai nak gila ... lori pun tak de .,.. pelik pelik. Apa apa pun harap harap esok pembancuh tu samapilah. Semangat gila dah ni nak buat bungkah cendawan sendiri.

Tadi pegi tengok progress pembuatan corong kami. So far pemotongan telah siap di buat just tgu nak solder je. Apek tu janji esok pagi boleh collect ... Alhamdulillah

Net rumah cendawan masih pending lagi sbb net belum sampai lagi. As promised by the hardware owner .. esok Insya Allah sampai. Kalu boleh nak siapkan jugak rumah cendawan kami yg pertama ni before this saturday so that dah blh start buat bungkah cendawan.

Tuesday, February 19, 2008

On Going Status

Alhamdulillah hari ni dah order the followings ...

1) Dapur
2) Net
3) Pembancuh simen

Kalau tak de aral dapur dgn net blh dapat hari khamis ni dan pembancuh sime by tomorrow the latest.

Pemasangan kerangka net sedang giat dijalankan hopefully by tomorrow can complete and once the net is arrived, we can then start puting the net to the frame.

Monday, February 18, 2008

Touch Up

Alhamdulillah hari ni settle kerja alignment rak rak cendawan yg di siapkan semalam. Kerja kerja pemotongan net sedang giat dijalankan. Insya Allah kerja kerja pemasanagan net akan dimulakan esok. Harap harap boleh siap before this friday. Cadangnya nak start buat bungkah cendawan this saturday.

Oh lupa pulak ... corong yg kami cari selama ni dah pun di tempah & Insya Allah hari khamis ni siap. Pehh lega rasanya. Skang cuma tinggal dua benda besar je lagi ... dapur dgn mesin bancuh. Harap harap esok blh settle this two issues.

Sunday, February 17, 2008

Rak - Latest Status

Alhamdulillah hari ini berjaya menaikkan 5 set rak yg dijangkakan mampu memuatkan sebanyak 20K bungkah cendawan. Puas jugak nak menaikkanya ... bayangkanlah 28 kaki panjangnya setiap rak tersebut. Dan Alhamdulillah tiada kemalangan yg berlaku.





Amacam ok tak ...

Hari ni masih belum sembuh lagi .. demam, batuk dan selsema. Dah malam ni makin teruk pulak ... kepala jadi berat pulak. Nak menaip pun mcm x larat je. Harap harap Allah sembuhkan esok ... Amin

Saturday, February 16, 2008

Dirikan Rak & Masalah Kesihatan

Alhamdulillah hari ni kami telah berjaya memasang dua set rak cendawan sepanjang 28 kaki setiap satu. Semuanya berjalan dgn lancar dgn bantuan arkitek dr KL.

Hari ni x dpt nak cerita panjang disebabkan masalah kesihatan yg menimpa saya. Batuk batuk ... Selsema dan ada pulak rasa nak demam. Cadangnya nak siapkan lagi 3 set rak so at least blh siapkan satu rumah cendawan dahulu so that bungkah di BSS blh di bawa turun ke site baru ini.

Adios ....

Friday, February 15, 2008

Status Update Report

1.0 Introduction

Hari in telah pun genap 15 hari kami mengushakan site baru di Mambau. Tujuan penerokaan tapak ini adalah untuk memajukkan perusahan cendawan. Idea ini dtg selepas enam bulan mengushakan tanaman cendawan di BSS ( Bandar Seremban Selatan ). BSS ini adalah dikira sebagai pilot project oleh syarikat kami.

Banyak yg telah kami pelajari dari pilot project ini dan diantarnya adalah.

1) Penyakit Cendawan ... mcm mcm ada
2) Keadaan persekitaran yg sesuai utk penanaman cendawan
3) Masalah masalah cendawan
4) Penjagaan cendawan

Sebenarnya ramai yg kata tanam cendawan ni mudah. Tp actually byk benda yg perlu di ketahui sebelum menceburinya. Seingat saya cendawan pernah satu ketika dulu begitu popular di kalangan masyarakat. Tidak lama selepas itu ianya senyap begitu sahaja. Sekarang ia telah naik semula.

Apa yg penting dlm business cendawan ini adalah kecekalan kita sebagai pengusha. Terlalu banyak cabaran yg haru di lalui. Dan modal juga tak kurang hebat. Kalau ada setakat 10K tu ... ( ni pendapat aku je ) baik lupakan je lah. ROI utk cendawan ni perlukan pengeluaran hasil yg tinggi dan memakan masa.

Tak heranlah ramai pengusha actually menukar rentak perniagaan asal mereka dari penanaman cendawan kepada agent penjual barangan cendawan, penjual bungkah cendawan dan melatih bakal bakal pengusha.

Pehh panjang pulak introduction ni ...

2.0 Objective

Tujuan report ini adalah untuk memberikan gambaran ringkas akan progress di tapak baru kami di Mambau yg mana telah 15 hari beroperasi.

3.0 Peralatan Cendawan

Alhamdulillah so far boleh dikatakan 99% peralatan utk membuat bungkah cendawan telah berada di tapak baru ini.

Berikut adalah barangan yg telah pun siap sedia utk di ushakan dlm pembikinan bungkah cendawan.

3.1 Abuk Kayu Getah

Alhamdulillah abuk kayu getah ini telah di hantar ke site kami pada 14th Feb 08 i.e. semalam. Puas jugak nak menurunkan abuk ni sbb kelegaan utk membuka tipper begitu kecil. So tak nampak begitu byk ....





3.2 Dedak & Kapur

Alhamdulillah keperluan ini dibeli baru je di hantar pagi tadi. Untuk permulaan ini kami hanya mengambil 2 beg dedak dan 1 beg kapur.



3.3 Set Penutup Bungkah Cendawan

Kami beli terus set 3 biji penutup cendawan i.e. leher, tutup rehat & tutup peram. So nak mudah ambik je semua sekali bila tiba masa nanti just guna je.



3.4 Plastik Bungkah Cendawan

X ingat pulak entah berapa kilo yg kami beli. Tp rasanya cukup kalau nak buat dlm 1000 bungkah cendawan.



4.0 Rak Cendawan

Alhamdulillah so far dah siap dlm 5 set rak cendawan. Insya Allah esok kami akan cuba naikkan kesemua rak tersebut. So tlg doakan agar semuanya berjalan lancar.



5.0 Kelengkapan Tapak Project

Alhamdulillah so far semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kelewatan yg tak di jangka di sebabkan oleh impact dr Hari Raya Cina

5.1 Electric


Alhamdulillah petang tadi kesemua masalah electric telah dapat diselesaikan. So rumah perkerja kami dah mula diterangi oleh chaya electric.

Ni lah van wireman kami




5.2 Air

Ada sedikit kelewatan dalam penukaran paip air. So far boleh dikatakan 80% siap. Cuma tinggal final touch up.

6.0 Pending Action

Berikut adalah beberapa perkara yg masih belum di selesaikan utk project ini ...

a) Pembancuh abuk papan
b) Corong utk memasukkan abuk kedlm plastik cendawan
c) Zink utk di alas dia atas meja pemperosesan abuk cendawan
d) Dapur gas

7.0 Kesimpulan & Penutup

Alhamdulillah so far kami amat berpuas hati dengan progress di tapak baru ini. Walaupun begitu byk dugaan tp progress tu still boleh dikatakan sebagai on track. Apa apa pun so far syrikat kami telahpun melabur tidak kurang dr RM20K sejak dr pembukaan tapak ini.

Apa apa projek cendawan ini tidaklah sebegitu mudah seperti yg di jangka. Actually byk dugaan dan halangan ... but the most improtant things is yr experience. So carilah ilmu sebyk yg boleh sebelum nak menceburi bidang ini. Modal yg diperlukan blh dikatakan tinggi so berhati hati sebelum memulakannya. Kalau ada melakukan sebarang kesilapan yg kecil tp padahnya amat tinggi. Kalau beli bungkah, the cost is about RM1.20 and if you lose 5000 bungkah ... you are wasting about RM6K into the drain.

Our advice ... try small first, once you have confident that it would succeed .. than go big.

Thursday, February 14, 2008

Yang Jatuh Dah Kebah

Alhamdulillah banyak perkara positive yg berlaku hari ni. Antaranya adalah :-

1) Mamat yg luka kat kepala tu mcm dah ok. Actually semalam aku ada bagi kat dia minyak gamat. Happy sakan mamat tu. Harap harap luka dia cepat semub. Tadi pun aku tengok dia bersusah payah mengagahkan diri utk berkerja .... Pehh Wa salut lu lah bro.

2) Penantian satu penyiksaan ... akhirnya habuk kayu getah yg ditunggu tunggu akhirnya sampai jugak di site baru kami di Mambau. So sorry td terlupa sungguh nak ambik gambar utk di sharekan disini. Happy sangat kot ....

3) 4 set rak telah berjaya kami siapkan hanya menungu rakan kongsi kami dr KL utk turun membantu menaikkan rak tersebut. So this time kena hati hati kalau blh tak nak kemalangan lepas terjadi lagi. Harap harap pisang x berbuah 2 kali.

Tapi dalam +ve tu ada jugak yg -ve nya. Aku sejak dua menjak ni rasa pelik sikit kata rumah kedai kami di BSS tu. Tetiba je ada byk bungkah yg terkena serangan kulat hijau. Sblm ni dah cuba utk cuti dgn detol tp malangnya nasib x menyebelahi kami. Serangan lebih teruk belaku.

Ada jugak bawak few sample kat En Kadir ... Sifu Tmn Pingiran Senawang. Pelik jugak dia tengok ssmple kami ni. Kalau ikut pendapat beliau serangan selalunya berlaku semasa pembenihan sehingga ke tempoh matang. Tp lain pulak yg kami punya ni ... serangan berlaku selepas cendawan tu matang.

So kalau sapa sapa yg blh membantu sila berikan comment anda. Segala bantuan anda amat kami hargai.

Utilities Fixing

Alhamdulillah hari ni beberapa lampu telah berjaya dihidupkan dan Insya Allah hari Jumaat ni bakal complete all electricity fixing.

Penukaran paip air pun sedang giat dijalankan. Harap harap by this weekend can complete all.

Alhamdulillah mamat semalam dah hampir pulih. Aku dah advice dia utk berehat dulu. Insya Allah sehari dua lagi di maybe blh start keje balik. Harap harap Allah sembuhkan awal luka dia tu.

Hasil masih kurang memuaskan setakat hari ni. Semua rak dah masuk ke pusingan yg kedua. Dan semalm baru buka satu rak utk 3rd round.

Tuesday, February 12, 2008

Dugaan dr Allah ... Kemalangan yg tak di duga ....

Hari ni ada satu kemalangan yg berlaku di Mambau semasa memasang rak baru. Semasa menyambung rak tetiba salah satu rak telah jatuh dan terkena salah seorg perkerja kami. Koyak kulit kepala mamat tu ada dekat 2inchi terkoyak. Sampai nampak tengkorak kepala. Darah mengalir bagai nak gila. Aku pun a bit panik jugak sbb takut the worst thing sbb kena tu kat kepala dia.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi semuanya selamat. Kebetulan ( terbuka hati oleh Allah agaknya ) hari ni aku pegi ke site Mambau bawak kete kalau mcm biasa naik motor tak taulah aku nak buat camne. Bawak pegi klinik, terkejut jugak Dr tu sbb luka dia panjang ... tp dia kata it is not serious. Pehh lega rasanya. Kesian aku tgk mamt tu, Dr tu main belasah je jahit luka dia tak pakai bius. Kalau aku maun pengsan tu. Aku pun kejap kluar kejap masuk .. bukan apa aku pun mcm nak pengsan sbb tgk luka dia tu.

Dekat 1 jam jugak kami kat klinik tu. Lepas bailk aku bagi dia ubat dan suruh dia tidor. Ni gambar luka mamat tu ... tak berapa clear sbb dah jahit masa ni.





Ni pulak kesan darah yg x mau hilang lepas di tuang air ...



Ni lah rak kami tengah buat tu



Nilah dia dugaan dr Allah yg dtg kepada kita didalam mencari redhoNya. Bukan apa utk nak tengok samaada kita ikhlas dlm segala pebuatan atau sebaliknya. Insya Allah perjuangan akan diteruskan selagi kaki mampu melangkah.

Monday, February 11, 2008

The Continuation .....

Alhamdulillah hari ni boleh katakan semua kedai hardware dah mula bukak. Dah dekat 2 3 hari pembuatan rak tergendala disebabkan oleh ketiadaan stock paku di pasaran. Nampak sgt semua ni org cina yg control. Aku pegi dekat 2 kedai hardware melayu yg bukak masa raya cina tu. Tp semuanya ... " Bang Kami Tak de Simpan Stock Lah ".

Apa apa pun pembikinan rak tengah rancak dijalankan bagi membesarkan perniagaan ini. Harap harap dpt keberkatan dr Allah.

Hasil cendawan ada sedikit impact sbb cuaca yg tak menentu ni. So Insya Allah kalau rumah cendawan di mambau ni siap. Kami akan pindahkan semua bungkah cendawan di BSS ke sini. Mudah sikit nak di jaga dan disini kami gunakan open concept. So harap harap hasilnya lebih baik sbb pengudaraan lebih baik dgn concept sebegini.

Esok nak pegi jumpa lawyer dan ambik salinan surat perjanjian dan lepas tu nak continue pembikinan rak yg bergerak begitu slow 3 4 hari ni.

Sunday, February 10, 2008

Cendawan oh cendawan

First of all Alhamdullilah sbb masih mempunyai masa utk update blog ini. Following are some of the update for the past two days ...

10th Feb 08

Masalah kekering dtg semula. Byk anak cendawan mati mcm tu je. Risau jugak dibuatnya. Disebabkan oleh ini, hasil cendawan jatuh kepada 3.2KG je. Dah tolak yg x blh nak di jual tinggal cuma dlm 2.2KG. Apa apa pun Alhamdulillah so far still ada hasil.


9th Feb 08

Alhamdulillah hari ni hasil paling byk setakat ni. More than 5Kg but as usual byk jugak yg x blh nak jual so yg blh jual dlm 3.8KG.

Ni gambar hasil yg di kutip disebelah pagi



Ni lah cedawan yg di kira reject.





Selalunya apa yg kau org buat dgn cendawan reject ni .... aku main sedekah je kat org.

Saturday, February 9, 2008

Hasil Is In Uptrend

Alhamdulillah hari kutipan hasil meningkat lagi dan dapat dlm 5KG lebih. Tp mcm biasa ada yg tak boleh nak jual. So nett hasil yg blh di jual ia about 4KG.

Sekarang ni tengah sibuk buat rak kayu utk bungkah cendawan. Panjang rak yg kami tengah buat ni dlm 28 kaki panjang. Kalau ada rezeki Insya Allah blh muat sehingga 2400 bungkah cendawan dlm satu rak. Insya Allah kami bercadang nak buat dlm 4 rak bagi setiap rumah. So in total + - boleh masuk dlm 10K bungakh cendawan utk setiap rumah.

Maximun blh masuk ... Insya Allah dlm 60K.

Abuk kayu getah dah order .. Insya Allah 13hb ni akan sampai di site. Actually order kak tokey tu on tuesday this week. Tp malang ei habuk pokok kayu getah dah habis masa order tu. So kena tunggu dlm next week.

Thursday, February 7, 2008

Two Days in One Post

Alhamdulillah hari ni kutipan hasil telah meningkat ke 4KG. Tapi di sebabkan oleh one small mistake ada dekat 700gram yg rosak ... kekeringan. Actually masa kutip hasil pagi tadi terlupa nak switch off semua lampu. So sampai ptg tadi tgk byk cendawan yg kering. So next time have to be very carefull .... cendawan in very sensitive on humidity.

Smlm terlalu sibuk sampai x sempat nak update. This week will be very tough. Kena siap byk benda.

1) Rak Cendawan
2) Netting
3) Tukar paip air
4) Re-cabling kat dlm rumah dan tempat suntik

Entah mcm mana sblm ni check semua wiring ok tp bila masuk selasa lepas tgk wayer electric dan kena potong. Ada malaun yg mencuri. Alhamdulillah owner dah agree utk ganti.

Soo much activities is going on at the new site and I'm very very busy as to take care both side. Its not simple as everybody thought.

Tuesday, February 5, 2008

Lega ... Hampir Semua Dah Sampai

Alhamdulillah pencarian kayu telah selesai. Pegi survey kat few places ... kayu baru dan lama. Survey punya survey harga baru dan second hand lebih kurang sama je. So decided just to buy the new one as the variance is not so much.

So tadi beli kayu 1 x 2 sebanyak 1.6 tan dan kayu 2 x 3 sebanyak 1.5 tan. Alhamdulillah dlm pukul 2.30ptg tadi sampai di tapak baru.

Ni lah dia kayu 1 x 2 tu ... Ni longokkan yg pertama



Ni pulak yg ke 2



Yang ni pulak kayu 2 x 3



Semua kayu kayu ni blm sempat nak di susun lagi. Insya Allah esok blh start susun pulak. Hajatnya nak start buat rak kalau blh this thursday. Sempena Gong Xi Fa Chai lah katakan.

Oh .. ni pulak tempat kukus kami yg sah siap dan dah di parkkan kat dlm site kami.

Monday, February 4, 2008

Confius campur Penat

Alhamdulillah hari ni kedua dua org perkerja kami yg di import dr Bangladesh telah mula berkerja di tapak ke 2 sykt kami. Satu masalah baru timbul ... rupanya dia org ni cakap org putih pun tak tau. Nak cakap melayu lagi dia tak tau. Main pakai sign language je. Payah payah.

Aku cakap A dia buat B pening kepala di buatnya. Kadang kadang kelakar jugak di buatnya suruh lain butanya lain. So utk mudahkan aku tunjuk dulu lepas tu baru suruh dia continue. Kalau dah start buat botol cendawan ni maun haru biru dibuatnya.

Alhamdulillah ... tempat kukus cendawan kami berjaya sampai petang tagi. Pehh berat bagai nak gila. Kalau himpap org maun mati dibuatnya. Insya Allah by end of the month harap harap dah blh start buat botol cendawan sendiri.

So main target now is to complet rak cendawan ASAP. Cari Kayu .. Cari Kayu.

SIte Visit

Alhamdulillah selesai sudah masalah pekerja kami. Petang tadi pegi ambik dekat Panchang . Sesambil tu ada jugak buah tangan utk pelawat blog ni.

Sahabat saya ni nama dia Suhaimi dan dia mengushakan seluas 36 ekar tanah untuk pertanian. Diantara tanaman yg beliau jalankan adalah bendi, petola, kambas, cili besar dan timun. Hasil everyday main tan tan lah bro.

Tapi kebetulan petang tadi hujan pulak ... so ni je yg dapat ambik.


Timun


Gambar 1



Gambar 2



Timun ni Insya Allah dlm next week dah start keluar hasil.

Fetigasi - Open Concept



Menanam anak benih kedlm polybag fetigasi



En Suhaimi di rumah pam fetigasi



Fetigasi Full Concept

Gambar 1



Gambar 2



Bumbung ni actually utk mengelakkan direct impact dr hujan

Dripping Dari Main Water Supply



Dripping ni digunakan untuk menaglirkan air dan baja.

Sunday, February 3, 2008

Second Round Impact

Alhamdulillah ... Hari ni kutipan hasil dlm 3.2KG. Tertinggi sejak pengeluaran hasil. Tapi ada dlm 800gram yg tak boleh pakai sbb terlalu tua atau a bit dry. Harap gelombang second round ni berterusan dan hasil utk round yg mendatang akan lebih baik ... Insya Allah.

Hari ni sepatutnya start kat tempat baru tapi malangnya sampai sekarang perkerja yg sepaptutnya report duty masih tak kelihatan. Agent tu kata pagi ... bila call dia kata petang pulak. Cubaan cubaan.

Actually ada byk keje kat tempat baru ni. Nak kemas, buang brg brg yg x pakai, nak buat rak, netting dll. Cost semakin menaik ni sbb nak kena bayar rental utk dua tempat dan gaji pekerja.

Saturday, February 2, 2008

Today Activities

Alhamdulillah hari ni adalah tuiaian yg tertinggi .. ada dlm 2.8KG. Nampaknya second round ni hasil lebih baik. Harap harap berterusan.

Petang petang sikit tadi ada ke RASE untuk nak follow up pasal corong yg telah kami tempah sebelum ini. Malangnya x de org pulak hari ni. So dah pegi tu kalau tak tengok tengok blh kepunan dia buatnya. Saya sertakan dibawah ni sedikit buat tangan dr lawatang yg di buat tadi.

Sblm ni pernah ke sana tp lupa nak bawak camera


Ni Machine Bancuh Abuk Papan Baru




Rasa rasnya byk yg boleh dibancuh ... cepat sikit keje .. tp takut takut lagi melambatkan keje je.

Ni Mesih Bacuh Lama dia org



Nampak gaya mcm dia org lebih suka guna yg ini ... kenapa ? tak tanya pulak ... sbb dia org tak de kat situ.


Ni Dia Org Punya Steamer




Gedabak sungguh ... agak nya berapalah boleh sekali kukus ni. Nampak mcm 2 x ganda dr yg kami punya.

Raga Utk Mengankut & Mengukus Botol Cendawan



Benda ni ramai yg buat sendiri ... tp kalau mcm aku ni yg tak tau nak pateri. So kenalah beli ... harga x survey lagi

Corong Utk Memasukkan Abuk Kayu Kedlm Botol



Inilah benda yg kami cari.

Friday, February 1, 2008

Paid Off

Alhamdulillah hasil untuk second round nampak memuaskan. So far ada lebih kurang 30% yg dah kluar. Hopefully in a day or two akan increase to 70% or 80%. If 100% better. Masalah kekeringan masih ada tapi so far nampak berkurangan. Maybe sbb dah on kan air sepanjang siang.



Eh kenapalah pulak posting ni tak justifiedlah pulak .... kalau ada idea tlg update kat comment ye

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher