TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Tuesday, April 15, 2008

Gambar Lawatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Kunjugan pertama kami adalah Impian Mushroom di Segamat Johor. Kami sapai dekat pukul 5 petang di Kampung Jawa Segamat. Ni adalah beberapa gambar tapak projek En Rais kita ni ...

So far ada 2 bijik rumah cendawan .... Tuan punya tempat ni En Rais yg tengah bukak pintu tu.



Ni pulak gambar di dalam rumah cendawan IM. Dah byk jugak cendawan yg di bawa masuk ke dlm rumah ni ... rasanya tak kurang dr 5K bungkah cendawan.



Beikut ada beberapa perkara yg kami notice dr lawatan ini ....

1) Penggunaan set tutup 4 blh membantu mempercepatkan process kematangan bungkah cendawan. Overall cuma perlukan dlm 30hari sahaja. So maybe kawan kita CM blh bagi comment sbb masa lawatan dulu ada jugak tgk beberapa bungkah yg mengunakan set tutup baru ni. Set ni jugak popular dan digunakan secara meluas oleh pihak C&C.

So pengusha yg pernah pakai set baru ni harap dpt memberikan comment anda .... rasanya x salah berkongsi pengalaman.

2) Penggunaan tapis utk abuk kayu .... saya pun mmg dah ada plan nak guna penapis ni sbb byk bongkah yg pecah masa preparation sbb kayu kecik kecik ni. So ada jugak baiknya utk kita tapis abuk kayu ni sblm process pembancuhan.

3) Sedikit kecewa sbb x dpt nak beli benih C&C kerana penjualan benih telah di freeze oleh pihak C&C sehingga 15hb April ... Sbb apa kawan pun x tahu.

Disebabkan oleh hujan yg begitu lebat perjalanan kami terpaksa ditunda. Kalau x silap dlm pukul 7.30 ptg baru bergerak ke Kuantan.

Alhamdulillah sampai di Kuantan dekat pukul 11 mlm. Dlm kegelapan mlm tu dpt jugak melawat tapak projek kawan kita di Kuantan ni. Kami di bawa oleh Pn Hani pengusha baru ke tapak projek sifu beliau. Kalau x silap dah lebih 2 tahun mengushakan projek cendawan tiram ni di Kuantan, Pahang.

Ni serba sedikit gambar yg dpt kami kongsikan ....





Blh tahan jugak hasil yg keluar ...



Beberapa findings yg kami dpt dr lawatan ini ...

1) Menurut pengusha ini ... bunkah kecil atau besar masih mengeluarkan hasil yg sama byk. So harap yg pernah ada experince bungkah kecil dan besar harap dpt berikan comment anda. Bagi saya ... kalau mengikut logik akal bungkah besar sepatutnya mengeluarkan hasil lebih baik. Tapi nampaknya logik akal ni tertolak mengikut experence pengusha ini.

2) Kelegaan diantara rak ... agak kecil. Rasanya ada dlm 2 kaki. Selalunya best practice dlm 3 kaki. So menurut beliau setakat ini pengeluaran adalah dlm range yg munasabah.

3) Rak management ... rupanya ramai pengusa yg mengikut ragam bungkah cendawan. Keluar hasil .. tutup dan asingkan ke rak lain. Ini just pendapat kami je dan ini juga yg kami share dgn pengusha di sana.

Dlm pengeluaran cendwan komersial. Kita perlu mengajar bungkah supaya mengikut jadual open & close kita. So maximum adalah 7 hari utk penghasilan cendawan. Dan kalau ada bungkah yg x mengeluarkan hasil adalah baik jika semuanya di tutup pada hari ke 7. Insya Allah dlm round yg seterusnya cendwan akan keluar.

Ni pulak ole ole yb di berikan opleh Pn Hani ... Katanya produk ni mmg popular di Kuantan.

Tepung Mengoreng Cendawan



Ni pulak hasilnya selepas digoreng .... Mmg sedap dan rangup. Berbaloi kalau beli.



Dalam pukul 1 pagi kami betolak balik ke Chini .... Alhamdulillah selamat sampai di Chini pada pukul 3 pagi.

Ni pulak adalah lawatan kami ke Chini Agro. Berjumpa En Lan dirumahnya dlm pukul 3.40ptg.

Nilah dia lori yg kami gunakan utk menghantar bahan pembuatan cendwan ni ... dlm lori tu ada dekat 50K set tutup cendwan.



Ni pulak gambar tapak projek Chini Agro ... Ada dua bijik rumah cendwan.



Ada pulak yg inter fram masa ambik gambar ( Anak sulung kami )



Nilah dia pengusha kita En Lan ....



Yg dpt kami share ...

1) Ada juga pengusah yg membiarkan dibawah rak tidak bersimen ... ni salah satu cara utk melembabkan suasana ... so tanah tu disiram air. So walk area semuanya bersimen. Tapi tulah ... tak sure pulak impact dr segi penyakit cendwan sbb ada potential utk serangan virus dr tanah.

2) Penggunaan buluh utk membuat rak cendwan. So En Lan jugak percaya bahawa penggunaan buluh sebagai rak boleh meningkatkan kerosakkan bungkah cendwan. So sapa sapa yg baru nak buat rak tu ... pikir pikirkanlah ya.

So far ni sahaja yg dpt kami kongsikan bersama pengunjung bolg kami ni dan .... he he he ada sedikit marketing info ...

Harap dpt menghubungi kami utk mendapatkan peralatan pembuatan bungkah cendawan ... Insya Allah di samping menghantar bekalan blh jugak kita berkongsi pengalaman dan idea.

Apa apa pun ... jutaan terima kasih kepada Impian Mushroon, Pn Hani & Chini Agro atas sambutan dan sokongan anda ... Hanya Allah je yg dpt membalasnya.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher