TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Wednesday, January 2, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum wtb kepada semua pembaca web ini dan salam sejahtera bg yg bukan beragama Islam. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda untuk melawat laman web ini. Harap dapat memberikan kritikan membina bagi menambahbaikkan laman web ini.

Kami telah memulakan projek ini dgn secara kebetulan bila tiba tiba minat yg sama lahir di antara saya dan sahabat saya didalam bidang ini. Kami memulakan pembabitan didalam bidang cendawan ini dengan menghadiri kursus penanaman cendawan yg dijalankan oleh PPUMM di Sitiawan, Perak pada 24hb February 2007.

Bermula dari situ minat menjadi sesuatu yg lebih serius. Kami mulakannya dengan menyewa sebuah kedai dua tingkat di BSS ( Bandar Seremban Selatan ) di bulan Mei 2007. Sebanyak 300 bungkah cendawan telah kami beli pada awal Mei 2007 utuk dijadikan pilot projek kami. Dari situ kami dapati ada peluang untuk berjaya didalam bidang ni.

Selepas itu kami mengerakkan tulang empat kerat bagi membina rak - rak cendawan di BSS. Alhamdulillah semuanya siap pada bln October 2007 ( lama jugak sbb kami berdua berkerja so hanya blh concentrate sat and sunday utk buat rak .. kadang kadang ada hal pulak sat or sun .. tu yg delay lama sgt ).

Pada bln Dec 2007 kami telah membuat tempahan bungkah cendawan dr RASE sebanyak 7500 bungkah. Selepas itu saya telah membuat keputusan utk meningalkan perkerjaan saya demi untuk kejayaan projek ini. Tanggal 22nd Jan 2008 adalah tarikh akhir saya berkerja di M******. Genap 14 tahun saya makan gaji dan berazam utk berdikari dlm mencari rezeki yg halal di bumi Allah yg bertuah ini.

Actually byk jugak halangan dr keluarga dan sahabat handai utk berhenti kerja ni. Tp Alhamdulillah pertolongan dr Allah tiba dan akhirnya mereka bersetuju. Harap harap pengorbanan yg saya buat ini akan mendapat keredhoan dr Allah dan mampu membuahkan hasil yg setimpal.

Bertitik tolak dr situ kami mula memikirkan cara utk mengembangkan projek ini ketahap yg lebih tinggi. Alhamdulillah pertolongan dr Allah kami berjaya mendapatkan sebidang tanah di Mambau yg mana blh dikatakan semua facility telah tersedia. Walaupun agak mahal sewanya tp ini dpt membantu dlm mengurangkan perbelanjaan modal.

Kami berdoa agar apa yg dirancang menjadi kenyataan dan kami mampu bertahan di saat saat kritikal dan berjaya bangun untuk lebih berjaya.

Saya juga bersyukur kehadrah Illahi atas perancangannya dan dipertemukan dgn seorg rakan kongsi yg begitu baik, bertolak ansur dan memberi 100% kepercayaan terhadap saya. Moga ini semua menjadi ramuan yg baik dlm mencapai kejayaan di dlm semua bidang .... Insya Allah ... Amin

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher