TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Sunday, October 12, 2008

Pelik ......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni selamat pulang dr kpg di Chini. Terpaksa blik sbb org sebelah rumah buat kenduri kawin. Duduk Felda ni mmg mcm tu. Kalau satu block tu kira mcm wajiblah kena jugak dtg sbb dah mcm adik beradik hubunganya.

So bertolak balik hari Jumaat malam dan Alhamdulillah sempat sampai dlm pukul 12.30 tengah malam. Borak punya borak sedar sedar dah pukul 3 pagi barulah nak tido. Hari ni tadi dlm pukul 9 pagi gerak balik & kebetulan pulak rumah lelakinya di Kuala Pilah so singgahlah jugak menunjuk muka ... lauk kari daging, ayam golek, sambal udang, petai & tapai pulut. Terkejut jugak sbb x de nasi minyak ... sbb selalunya kalau kat N9 ni, nasi minyak tu kira mcm wajiblah. Tapi apa apa pun mmg sedap ... TQ pd tuan rumah.

Haa ... hari ni sekali lagi perkara pelik jadi kat rumah aku ni. Dulu pernah sekali aku balik je kat rumah tgk ada anak burung. Kesian punya pasal aku angkat dan selimutkan badan dia dgn kain ... pepagi esok tgk dah x de. Maybe dah Innalillah hi wainalilla hi rajiuun kot. Hari ni pulak balik tadi masa masuk kete tu tak perasan pun. Tengah nak angkat barang baru nampak ada seekor ikan puyu ... berlumpur. Mula mula ingatkan dah mati bila usik tengok bergeraklah pulak. Pening jugak dibuatnya ... entah dr mana dtgnya. Aku ambik dan masukkan kat dlm bekas penyiram bunga. Kebetulan pulak penyiram tu penuh dek air hujan. Nampaknya mcm hidup je. So esok nak tengok panjang x umurnya.

Ish ish ish ... byk sgt cerita yg x berkenaan dgn cdwn lah pulak ni. So far blm ada lagi yg bagi proposal utk date abru perjumpaan geng cdwn. Harap dpt perhatian dr semua.

Berbalik pada projek cendawan kami. Balik je td tengok ada dekat 40KG ++ cendawan yg dah dipetik den bangla. Pening jugak kepala. Tp Alhamdulillah so far dah ada pembeli ... lega rasanya. Ingatkan x byk ... ambik kau. Esok atau lusa kalau x de aral Insya Allah nak ke tempat En Nawi utk mendapatkan supply benih cdwn. Stok dah x de langsung. Botol yg dah ready utk dikukus pun dah mula byk tu. Apa apa pun kena beli benih dulu. Kang x pasal pasal terbiar pulak bungkah yg dah di kukus.

Ok lah Insya Allah esok kita sambung lagi ....

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher