TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Thursday, October 16, 2008

Tukar teknik ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni kami dapati bahawa takde satu bungkah pun yg terkena penyakit kulat oren. Masa mula mula tu hairan jugak sbb sblm ni at least sekali kukus dlm 1180 bungkah tu adalah jugak dlm 20 ke 50 bungkah yg kena kulat oren. Puas jugak kami memerhatikan keadaan sekeliling yg mungkin dah berubah menyebabkan pengurangan jangkitan kulat oren ni.

Akhrinya baru kami terjumpa ... ni pun kalau x silaplah. So far ni je perubahan yg telah kami buat dlm pembuatan bungkah. Sblm ni kami just masukkan secara berperingkat kapur pertanian ke dlm mixer. Skang ni kami bancuh kapur tu dgn air ... so bancuhan baru ni kami gunakan air yg dah bercampur dgn kapur mengikut sukatan 1%.

So sapa yg ada mempunyai masalah kulat oren ... maybe blh adopt cara yg sama. Manalah tau ianya blh membantu. Tp kalau x jd ... harap jgn marah kat kami.

Lepas raya ni baru je siap dlm 2K bungkah ... tu pun blm kukus dan suntik benih lagi. Harapnya first batch blh start kukus esok. Ada 2 lagi rumah yg kosong. Sebuah rumah tu blh masuk dlm 10K bungkah. At least memakan masa dlm 2 bln utk siap. Disamping tu ada satu rumah tu bungkah dah nak expired. Nampaknya kena keje lebih keras supaya pengantian bungkah dpt dibuat dgn seberapa segera.

Adios ....

2 comments:

Mayang Agrofarm said...

Kulat, cara tu memang bagus. saya pun memang amalkan cara ni dari awal pembabitan. Campurannya rata..So far, Alhamdullilah memang ianya berkesan. Belum nampak lagi adanya kulat oren.

KebunKu Sdn Bhd said...

Askm Bang, kami juga mengalami masalah yang sama. Nak tahu nama scientific penyakit ini apa dia???

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher