TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Monday, March 31, 2008

Tenaga Tambahan

Alhamdulillah hari ni masuk lagi seorg pembantu utk membuat bungkah. So far tadi sblm balik dah siap dekat 500 bungkah. Tengok mamat baru ni blh tahan jugak .. dia start dr 9.30pagi dan expected to end at about 8mlm. Rasa rasanya dia seorg pun dah blh dpt dlm 400 bungkah. Ni baru first day ... Alhamdulillah. Insya Allah lepas ni blh lah kami target utk complete 1K bungkah dlm 2 hari. Hopefully this will help to expedite the whole process.

Nampaknya by end of next week ... rumah cendawan kedua blh full. So skang kena complete rumah cendawan baru yg dah lama di holdkan sbb masalah rak. Insya Allah 5 rak akan siap hari ahad ni so just nice utk masuk dlm satu lagi rumah cendawan yg baru.

Saturday, March 29, 2008

Hasil ... Mcm KLSE lah pulak

Alhamdulillah hari ni hasil pick up balik dlm 8.5KG selepas kejatuhan teruk hasil semlm ... hanya dpt dlm 4KG je. Apa apa pun tu cuma dugaan Allah.

Bab pembuatan bungkah pulak ... so far dah siap dlm 7K. Lembab sikit sbb cuma 2 org je yg full time buat bungkah ni. Tu pun kenkadang tak jugak sbb kena buat lain lain keje. Kami kena speed up pembuatan bungkah ni kalau tak masak kami sbb overhead are quite high. So far maximum per day blh dpt dlm 400 bungkah je. Kalau harap 2 org tu daily cuma blh dpt dlm 300 bungkah je. Dah dekat 2 bln dia org buat benda yg sama ... tp masih tak de peningkatan.

Tu yg kami tengah cari formula terbaik dlm meningkatkan pengeluaran bungkah kami ni. Target nak dlm 60K bungkah ... so far baru dpt dlm 10% je. Pehhh jauh lagi perjalanan kami ni.

Hari ni Alhamdulillah ada seorg kawan lama dr office dtg melawat ... terubat jugak rindu di hati dgn member member di tempat keje. Apa apa pun TQ tak terhingga buat En Fendi atas lawatan hari ni tadi ... Mintak maaf bebyk sbb tak dpt nak bercerita panjang sbb masa yg ada terlalu singkat. Harap di masa akan dtg dapat meluangkan lebih masa bersama kami.

Bila dah berjumpa ni teringat balik masa keje dulu ... sibuk bagai nak gila kluar rumah dlm pukul 7 pagi .. sampai rumah pulak dekat dekat pukul 10 mlm. Kenkadang sabtu dan ahad pun pulun jugak. Org sebelah kita berhenti keje pun x perasan sbb terlalu sibuk .. tau tau dah tak de je. Lepas tu berulang naik motor pulak tu. Tapi yg paling best dulu waktu lunch sbb byk ustaz ustaz yg power power dtg bagi ceramah. Boleh kata hari hari dpt ilmu baru.

Skang ni sibuk lain pulak ... apa apa pun Alhamdulillah .. semua ni ketentuan Allah .. kita merancang tp at the same time Allah juga merancang dah rancang Allah adalah yg terbaik. Dulu anak buah ada lebih dr 10 org .. tu tak termasuk yg bergred 2 3 kali lebih tinggi dr kita ... semuanya Alhamdulillah boleh dikatakan terkawal. Bila dah business sendiri ni ... naik pening kepala nak jaga 2 org bangla ni. Lain suruh buat lain yg dibuatnya. Apa apa pun ni dugaan Allah ... Insya Allah mentari akan bersinar kembali ... Amin.

Eh sorrylah .. dah jadi mcm blog peribadilah pulak. Anyway TQ for the support from all the readers dan sahabat sahabat yg mengunjungi blong ini ... Semoga anda semua sucess ....

Friday, March 28, 2008

Jln Lagi - Kursus Fetigasi

Alhamdulillah semlm telah berjaya mengikuti kursus fetigasi anjuran Jabatan Pertanian. Half day kursus ... mcm x cukup je. According to one of my fried at least we need 4 days training as to ensure that we are well verse about fetigasi. Ada jugak member yg dah attend 4 hari kursus fetigasi pun masih menghadapi masalah dgn system fetigasi beliau.

Fetigasi ni nampak menarik tp masalahnya kos begitu tinggi diperlukan dlm membangunkan system fetigasi ni. At least dlm 30K utk buat satu rumah fetigasi yg boleh muat dlm 1K pokok. Ni ada sedikit bauh tgn ... gamabr je lah

Ni pokok rock melon ... cantik je kan naik dia.



Ni pulak tempat baja dan pump air utk system dripping



Ni pulak benih melon yg teloah dibersihkan dan dah boleh terus semai



Cara utk menyemai benih melon ... Bhg yg paling tajam di cucuk ke tanah



Ni pulak timer dia utk automate the process of dripping



Esok pulak ada mtg dgn PERDASAMA tepat jam 3ptg kat Ex Hotel Hilton

Wednesday, March 26, 2008

Rak Besi ... The Problem

Alhamdulillah hari ni dah settle semua pemotongan besi utk pembuatan rak cendawan. So far dah siap 2 biji rak. Nampak mcm ok .. tp x berani nak confirm 100% OK. Patutnya mamat yg buat rak tu ambik cuti empat hari utk settlekan semua rak tu. Tp tetiba tadi bos dia sudah call suruh dia balik sbb dah ada new projek.

Aduh sakit kepala dibuatnya ... discuss punya discuss dia agreed to come evry saturday and sunday as to complete the whole task. Hoping that he will keep his promise. Alhamdulillah satu sen blm bagi lagi kat dia. Kalau tak maun sakit dibuatnya. Sementara nak tgu mamat tu dtg .. Insya Allah kami akan assigned one of the staff to star with the painting work. Hopefully this will also help to expedite the process.

Bab hasil pulak ... terkejut kami kutipan pagi td dan mlm semalam dekat 14KG entah tetiba naik melonjak. Alhamdulillah semua terjual.

Kami ni sebenarnya mmg berhajat nak start buat training tp bila pikir balik its better to do it once we have complete all the important task i.e. rumah cendawan, 60K bungkah cendawan etc. This is to ensure that our focus is not distracted by some other activities. For us once we have complete everything it is easier for us and the participant to uderstand the whole process and the best way to start a new business like what we are doing today.

Alhamdulillah our first step to involved to this new venture ... we can call it as 99% in the right path. Even though there are so much obstacle but so far we manage to overcome it. For us this will make us more competitive in this market.

So what we have in mind also is to ensure that the new comer are well educate with the whole process in this mushroom business. Don't take it for granted as we will be responsible for any wrong doing being made by our trainee based on all the input that we had provided to them.

For whoever .. this is just my decent advice. Please do your own research and get as much experience first before u want to venture into any training.

Mintak maaflah sbb hari ni entah mcm mana tertulis dlm BI pulak. So kalau ada yg x betul tu harap maafkan.

Tuesday, March 25, 2008

Jalan Lagi

Alhamdulillah semlm kami berjaya sampai ke rumah cendawan ... Cendawan Melaka di Kg Padang. Walaupun ada sedikit kekeliruan dlm membaca peta yg di sediakan di blog CM tp Alhamdulillah sampai jugak pada pukul 4.15ptg.

Semasa dlm perjalanan ke sana, kami bertiga ada terjumpa satu signboard yg menjadi perbincangan hangat di antara kami ....



Issuenya adalah ... ada ke dlm bahasa malaysia perkataan Sentral ni ? ejaan nya betul ke tak ...

Kami actually dtg kesana bertiga ... saya dan partner dr Kulat Enterprise dan En Kadir dr SUT. Tujuan kami kesana adalah utk melihat apa yg di war warkan didlm blog CM. Alhamdulillah kami juga berjaya berjumpa dgn pencipta BioPlant iaitu Dato Zaini. Begitu panjang lebar penjelasan dato kepada kami berkenaan dgn product ini. Masih baru bg pengunaan utk cendawan. So far x berani nak comment apa apa sbb kami blm mencubanya lagi. Apa apa pun ada jugak membeli utk percubaan di tempat kami.

Nilah dia Dato ... yg duduk tu berbaju belang biru ...



Ni pulak gambar rumah cendawan .. Cendawan Melaka.






Apa apa pun kami ucapkan terima kasih atas sambutan yg diberi oleh Cendawan Melaka ... siap belanja makan lagi tu ... Ingatkan pekena sup cendawan ke .... cendawan panggan ke ... tak pun asam pedas ... ( he he he jgn marah ye En Bakar ). Semoga Cendawan Melaka sucess ... Insya Allah

Monday, March 24, 2008

Perjalanan Jauh

Alhamdulillah hari ni td kami berjalan jauh ke Langkap, Perak. Gi ambik dedak padi ... TQ En Nizam ( Paloh AgroTech )atas bantuan saudara dlm pembelian dedak tersebut. Kami bertolak dr Sbn dlm pukul 9 pagi dan sampai di Langkap pada pukul 1.30ptg. Makan tengahhari dan loading dedak dlm lori ... settle dlm pukul 2.45 dan bergerak pulang. Alhamdulillah sampai di Mambau pada pukul 7.30 ptg.

Dah bawak turun barang sibuk pulak nak kutip hasil. Siap packing dlm pukul 8.30 mlm. Sblm hantar cendawan singgah jap kat Nasi Lemak Mambau ( ni dulu tempat Nabil Raja Lawak keje sambilan ). Baru 2 3 suap .... hujan turun dgn lebatnya. Awak naik motor ... sangkut sampai dekat pukul 11.30mlm. Dah x sanggup nak tgu ... gerak je dlm hujan hujan tu. Alhamdulillah sempat jugak hantar cendawan tadi.

Sampai kat rumah dlm pukul 12mlm hujan masih x berhenti lagi.

Esok dah buat appointment dgn Cendawan Melaka nak gi site visit tempat dia org. Dgr cerita ada product baik yg dia org guna ( bioplant ). So nak pegi tgk sendiri hasil dr penggunaan bioplant ni. Insya Allah kalau tak de aral melintang kami akan share serba sedikit tentang lawatan kami ini. Insya Allah En Kadir dr SUT juga akan turut sama dlm lawatan ini.

Alhamdulillah hari ni hasil ada dlm 7KG.

Esok Insya Allah besi yg kami order hari sabtu lepas akan sampai. Harap harap semua rak blh siap by end of next week ...

Saturday, March 22, 2008

The Decission Day

Alhamdulillah kami dah sebulat suara agreed utk buat 20 biji rak mengunakan besi. Sakit jugak bila tengok harganya. Hopefully Investment yg begini besar memberi pulangan yg berbaloi.

Hari ni hasil dah mula pick up balik .. Alhamdulillah dt collect dlm 8Kg. Moga moga berterusan.

Insya Allah esok ada trip jauh ke Perak utk ambik dedak yg kami dah order. Harap harap semuanya berjalan lancar seperti yg di rancang. Masak jugak bila di fikirkan mcm mana nak loading and unloading dedak sebyk tu.

Rak Kayu vs Besi

Alhamdulillah hari ni bila tgk kat dlm bangsal cendawan ... nampak ada perubahan so Insya Allah in a day or two hasil akan pick up balik sbb at least ada 2 atau 3 rak sekaligus yg keluarkan hasil. Semlm jugak kami baru bukak dlm 200 beg cendawan baru. Harap dpt membantu dlm menambahkan hasil cendawan kami ni. Pembeli cendawan kami dah bersungut sbb semakin hari semakin kurang pulak hasil.

Dua tiga hari lepas kami ada cuba buat rak dgn menggunakan besi. Dah siap satu rak ... tapi nampak mcm x menarik je ... maybe sbb nak jimat besi kot. Just guna besi yg murah murah je. Actually kami ingat mmg nak buat semua rak gunakan besi sbb harga kayu pun dah melambung naik skang ni.

So Insya Allah hari ni last survey harga besi ... kalau kena harganya, Insya Allah kami akan buat remaining rak dgn besi. Kalau tak silap kami perlukan dlm 28 rak lagi ni.

Thursday, March 20, 2008

Sign Board

Alhamdulillah hari ni sign board kami telah pun siap ... tp malangnya org yg buat tu pegi buat bunting lah pulak. Apalah punya kedai .. signboard dgn bunting pun x kenal. Nak buat camne duit dah bayar .. ambik jugaklah. Frame utk letak signboard tu dah lama siap cuma tgu signboard je. Bila siap lain pulak yg jadi. Hampeh betul. Ni tgh cari idea camne nak lekatkan bunting td pada farme yg kami dah buat tu.

Hari ni kami berjaya buat hanya 300 je bungkah cendawan. Hopefully in a week or two dah blh dpt at least 500 bungkah per day. Barulah sedap sikit. Nak buat dlm 50K ... bertahunlah kalau 300 perday.

Hasil hari ni menjunam lagi ... cuma dpt collect dlm 5KG je. Check punya check baru perasan rupanya hanya ada 5 lot yg di bukak. Sepatutnya ada 7 lot yg sentiasa open. So hari ni je tadi bukak lagi 2 lot. Hopefully lepas ni hasil blh pick up balik ... at least 10KG perday.

Impact on Daily Collection

Alhamdulillah so far hari hari masih ada hasil dr bungkah cendawan kami tp off late ni hasil dia kurang memberansangkan i.e after the 4th round. Tak sure lah pulak kenapa ... maybe sbb dah round yg ke 5 kot.

Alhamdulillah so far bungkah baru dah mula di bawak masuk kedlm rumah cendawan yg ke 2. Ada dlm 5K bungkah yg dah ready. So far belum nampak any masalah kat bungkah yg kami baru buat ni. Harap harap sgt x de problem.

Kalau tak de aral melintang ... dlm bln 5 bungkah ni dah mula mengeluarkan hasil ... dekat 4 full cycle lagi tu .. harap bungkah lama tu masih blh bertahan.

In terms of daily production utk penghasilan bungkah ni agak slowlah. Daily cuma dpt dlm 300 bungkah je.

Insya Allah the following akan sampai di ladang kami ...

1) Dedak padi ... 2.5 tan ... yg ni Gred A ... terus dr Bernas. So kalau berminat sila hubungi kami .. 90 sen perKG. Expected to receive by 23rd March 08

2) Plastik Bungkah
... dekat 500 KG yg kami dah order. Insya Allah by first week of April akan ready ... Kami jual pd harga RM8.50 perKG

3) Set tutp 3 set ... Order dlm 50K. Insya Allah akan smapi dlm 2nd week of April. Kami jual pd hg 18sen utk setiap set

So pada mereka yg berminat sila hubungi kami segera.

Monday, March 17, 2008

Kulat Hijau

Assalamualaikum .... Hari ni just nak share sikit pasal kulat hijau. Tp ni semua adalah dr kacamata kami berdasarkan pengalaman yg tak seberapa ni.

Mula mula kami terkejut jugak sbb byk bungkah cendawan yg kami beli terkena kulat hijau. Dekat dekat 35% yg kena.

So dari apa yg kami selidikki .. berikut adalah beberapa perkara yg mungkin menyebabkan kulat hijau

1) Terlebih air

Kenkadang masa membuat bancuhan abuk kayu ada yg terlebih air.

2) Masalah Kukus

Adalah sebaik baiknya mengukus bungkah sehingga 8 jam untuk ensure semua spora yg ada dlm abuk kayu dan campurannya telah mati. Ada jugak yg nak jimat just guna gas 10KG. Ni pendapat kami je ... ada baiknya kita spent lebih sikit guna yg 14KG. Bukan apa kalau nak jimat tapi akhirnya result tak baik pun x de gunanya. Sudahnya rugi berlipat kali ganda.

3) Air Rebusan

Adalah digalakkan untuk menutup bungkah di bahagian atas sekali dgn kain agar air yg menitik dr atas steamer tidak menitik keatas bungkah kita. Ini akan menyebabkan air tadi masuk kedlm bungkah.

4) Benih

Kenkadang ada jugak benih yg mmg dah spoil. So kena jugak hati hati. Kalu ada yg rosak maka tak pasal pasal 50 bungkah rosak.

5) Pembawaan Oleh Serangga

Saya ada cuba nak ambik gambar serangga tersebut tapi malangnya kamera tertinggal. Mungkin ramai yg x perasan. Actually serangga ni jugak pembawa spora kulat hijau ni. Dia suka merayau dr satu bungkah ke bungkah lain sambil menyuntik spora hijau ke dlm bungkah kita. So berhati hati. Kalu ada bungkah yg dah terkena kulat hijau asingkah dan jgn buka tutup. Kalau tak silap saya ada satu blog cendawan yg ada gambar serangga ni. Serangga ni halus je dan suka kat buah buahan.

Ada yg mencadangkan ... ambik sebiji buah nenas dan sprykan dgn racu dan bairkan kat dlm rumah cendawan ... Insya Allah settle. Tp kami x pernah cuba.

So ni je yg kami dapat kongsikan ... kalau salah tu tlg lah betulkan ya.

Alhamdulillah kami skang ni tgh cuba membuat lubang di belakang bungkah yg terkena kulat hijau ni ... tp make sure asingkan dulu. Takut nanti berjangkit dgn bungkah yg baik. Tp kalau yg dah kena semu tu x dpt nak tolong lah.

So far ni lah hasilnya ...





Saturday, March 15, 2008

Suntik Benih .....

Alhamdulillah setakat hari ni dah ada dlm 2.4K bungkah cendwan yg telsh pun disuntik dgn benih. The first batch dah mula nampak misilia merebak di dlm bungkah cendawan.

Insya Allah esok kami akan menyuntik dlm 1.1K lagi bungkah cendawan dan dlm 1K pulak dikukus hari ni. So in total dah ada dekat 4.5K bungkah. Target utk penuhkan rumah cendawan kami dlm 13K .... pehh jauh lagi perjalanan.

Thursday, March 13, 2008

Bungkah ... Bungkah ... Bungkah

Alhamdulillah hari ni tadi dah mula nampak misilia di sekeliling leher bungkah utk bungkah yg di suntik pada 10hb yg lepas. Harap harap semuanya tak menghadapi sebarang jangkitan atau masalah yg tak diingini.

Siang tadi Alhamdulillah buat suntikkan batch yg kedula dlm 700++ bungkah dan kalau tak de aral suntikkan utk bath yg ketiga akan dibuat esok.

So far ada dekat 2K bungkah yg pending utk kukus dan Insya Allah esok dah blh kukus dlm 1K bungkah. Lepas ni maybe slow sikit sbb beberapa pekerja sambilan dah mula nak siap sedia utk bukak sekolah.

Rasanya ada kemungkinan blh dpt cuma dlm 300 to 500 bungkah perday je kot. Insya Allah once both of our permenant staff tu dah familiary dgn pembuatan bungkah ni .. Insya Allah blh achive 1K perday.

Wednesday, March 12, 2008

Suntik Benih

Alhamdulillah hari ni hasil dah mula pick up ... dpt dlm 11.1KG hari ni. Maybe cendawan ni baru nak serasi dgn tempat baru ni. Tp agak sedikit pelik sbb kat sini cendawan yg kluar tu besar besar dan agak tebal .... Maybe persekitaran dia lebih baik kot. Dulu colse concept sbb buat dlm building ni dah jadi open concept dah dekat dgn sungai dan dusun ... maybe pengudaran lebih baik dah kelembapan pun lebih baik.

Hari ni hajat di hati nak menyuntik 2nd round yg baru di rebus semlm. Bila bawak kluar dr pengukus bungkah tu masih lagi panas. So hajat nak menyuntik tu terpaksa kami tundakan ke hari esok. Lepas bawak kluar semua bungkah dr pengukus tadi .. terus je bawak masuk dlm 800 beg lagi kedlm pengukus. Insya Allah esok blh start bawak masuk ke dlm bilik suntik dan proceed with the next round. Hopefully hajat nak process 1K perday tu tercapai dlm 2 3 minggu lagi. So far an average about 600 bags yg berjaya di process.

Pagi tadi baru je pegi tgk sample signboard dgn receipt. Masih ada lagi pertukaran .. minor changes je. Hopefully blh finalized by tomorrow. Vendor tu janji nak complete b4 thi sunday. Dan receipt tu a bit late sbb kena pg binding. So the earliest may by thursday next week.

Signboard ni penting sbb dah nak kena start buat marketing utk cendawan yg tengah process setakat ni. Walaupun so far blm ada masalah nak jual cendawan tp kita kena ensure back up plan just in case if anything happened.

So kalau ada sesiapa yg nak share their marketing concept .. pls provide yr comment

Daily Update

Alhamdulillah ... hari ni tadi sempat buat dlm 500 bungkah cendawan dan kalau tak silap tadi ada dlm 700 bungkah yg kami baru je kukus. Perancangannya nak suntik benih esok petang. Harap harap semua berjalan dgn lancar.

Alhamdulillah ptg tadi siap lagi 15 biji raga. So pending lagi dekat dlm 35 biji. Bila dah buat ni barulah nampak kepentingan raga ni. Kalau x de banyak masalh yg timbul ... antaranya ... payah nak kukus sbb kena susun bagi nak gila ... nak pindahkan bungkah pun jadi masalah ... nak masukkan benih pun payah jugak sbb dia x de dlm raga.

Actually kami perlukan at least dlm 56 biji raga ... just nice je masuk dlm pengukus kami. Tapi kalau blh cadanganya nak buat dlm 200 biji ... bukan apa senang nak biarkan dulu bungkah yg dah suntik dlm 2 3 hari dalam posisi menegak. Lepas tu dah blh masuk kat dlm rak.

Ikut perancangan ... kami nak kukus cendawan dlm 1K selang sehari. So kalau tekun Insya Allah blh penuh rak cendawan kami ni before this month end.

Monday, March 10, 2008

Latest Update

!st of all .. nak mintak maaf be byk sbb dah 2 hari tak update blog. These few days banyak sgt activities tu yg tak sempat nak on line.

Alhamdulillah so far kami dah start suntik benih kat dlm bungkah cendawan. Hari ni tadi kami dah berjaya menyuntik dlm 700 beg cendawan. Harap harap menjadi.

Sekarang ni tengah sibuk membuat bungkah cendawan dan Insya Allah cadanganya nak kukus dlm 1,000 bungkah cendawan bagi setiap 2 hari.

Kalau ada sesiapa yg berminat nak dtg tempat kami ni .... map dia seperti berikut

Thursday, March 6, 2008

Next Lesson

Alhamdulillah petang tadi dpt kutip pulak dlm 3KG .... tapi yg ni tak termasuk hasil yg kat Mambau. Tapi rasa mcm x byk sbb hasil baru nak kluar.

Nilah dia raga yg kami tempah tu ... kami buat besar sikit so blh muat dlm 20 bungkah dlm satu raga.



Ni pulak lepas kami dah susun kat dlm pengukus kami. So one layer blh masuk dlm 8 raga dan blh masuk up to 6 layer ....



Ok ni pulak process nak buat bungkah cendawan.

1) Masukkan plastik kat bawah corong



2) Masukkan abuk kayu .... senang kalau guna corong



3) Mampatkan abuk kayu ... hentak hentak je



4) Masukkan leher bungkah



5) Mampatkan abuk kayu di sekitar leher bungkah ... nanti senang nak suntik benih



6) Last sekali ... masukkan penutup bungkah

The Change ......

Alhamdulillah hari ni kutipan hasil utk pagi sahaja telah menjangkau ke 11.5KG. Harap harap petang ni blh kutip dlm 4KG.

Selalunya kami akan cuba perhatikan rumpun cendawan terberat sejak dr hasil mula keluar. So hari ni Alhamdulillah dpt rumpun terberat setakat ni iaitu 110gram.



Insya Allah petang ni raga akan sampai ... so Insya Allah esok dah blh start kukus cendawan yg dah siap dan hopefully by this saturday blh suntik benih.

OFF TRACK A BIT

Sebagai peringatan kepada sahabat sekelian sblm membuat keputusan utk mengundi. Ingat mengingati kearah kebenaran adalah dituntut.

As a food 4 tought ....

Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Kita

Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?

Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.

Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.

Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".

Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t

Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya." Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek". Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.

Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta semata".

Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM. Allahuakbar.

Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.

Wassalam.

Wednesday, March 5, 2008

The Long Pending Action ....

Alhamdulillah hari ni kutipan hasil merosot sikit ... dpt dlm 9.5KG. Ada possibility sbb kesinabungan cycle di gangu sbb perpindahan bungkah cendawan. So ada delay dekat 2 days x de rak baru yg dibuka. Hopefully this will regain again .. Insya Allah

Alhamdulillah hari ni jugak kami dah mula concentrate buat bungkah cendawan. So far baru ada dlm 200 ++ yg dah siap. Hopefully by end of tommorrow blh dpt dlm 400 bungkah. Ingat dah nak start kukus 1st batch. Dan kalau tak de aral by saturday dah blh suntik benih.

Hari ni ada ambik gambar serba sedikit berkenaan pembuatan bungkah cendawan ni. Bahan bahan yg diperlukan adalah seperti berikut ...

1) Dedak



2) Kapur Pertanian



3) Air .... Secukup Rasa



4) Dan yg paling penting abuk kayu getah

Cara cara nak mengaul ramuan di atas ..

1) Masukkan abuk kayu getah ke dlm mixer



Kalau blh digalakkan mengunakkan pelindung mata dan hidung bg mengelakkan habuk kayu masuk ke dlm mata dan hidung. Waktu ni abuk berterbangan ... nampak macm jerebulah pulak.

2) Masukkan kapur pertanian



3) Masukkan dedak



4) Masukkan Air ... secukup rasa ye



5) Dan hasilnya






6) Ni dia bungkah yg dah ready utk di kukus




Ni pulak gambar selingan ... utk preprare penutup peram

1) Gunting spounge



2) Masukkan spunge ke dlm penutup



3) Dah blh guna ...

Tuesday, March 4, 2008

Progress on the movement

Alhamdulillah hari hasil masil blh bertahan pada tahap 10KG. Hopefully in these 2 3 days hasil akan meningkat balik.

So far semlm dpt buat dlm 120 bungkah cendawan je ... 2 org keje utk 4 jam. Slow sgt sbb both of them has no experience on this. Hopefully they will catch up soon.

Alhamdulillah hari ni dah rak ke 8 berjaya di pindahkan ke Mambau. SO tinggal lagi dlm 7 rak yg perlu dipindahkan. Ingat hari Jumaat ni blh buat 2 trip so that we can complete all the movement by end of this week.

Sabtu ni mengundi pulak ... maybe ada delay 1 day so need to plan properly so that there is no impact on our plan.

So just nak bagi peringatan sikit kat semua pembaca lama web ni dan terutamanya kepada mereka yg menggunakkan tenaga dr luar. Ada berita kurang menarik dr salah satu pengusha kita. Hari ahad lepas terima berita bahawa kesemua perkerja Kampuchea mereka telah meningalkan temapt kerja mereka. Dlm mengatasi masalh pekerja ni, sahabat kita ni ambiklah pekerja bangla 3 org.

Selepas mamat tu masuk kat tempat kawan kita ni, masa kemas kemas dia org jumpa kesan darah. Rupanya mamat Kampuchea tu dah bunuh salah seorg geng mereka.

So mana mana pengusha tu berhati hati agar perkara sebegini x berlaku .... ambil langkah langkah yg perlu dlm mengawal mereka ni. Dan satu lagi cara yg lebih parktikal carilah pekerja tempatan ... tp maybe rami yg x setuju. Apa apa pun pikirkan perkaran ni dan cari jln bg mengatasinya.

Monday, March 3, 2008

Bungkah Pertama ...

Alhamdulillah hari ni hasil utk pagi dan petang ada dlm 10KG. Kat site Mambau pun dah mula kluar hasil. Pagi tadi je pungut dlm 5 rumpun cendawan.

Hari ni offically kami dah start buat bungkah cendawan. Masih berjalan bangun lagi. Hopefully by tomorrow dah ada dlm 200 bungkah. Mmg lambat sikit sbb semua masih belum mahir lagi. Harapan dlm seminggu dua lagi boleh kluar production dlm 1K perday ... ni kira wawasan lah ni.

Perpindahan rak cendawan dah 60% comaplete dan hopefully by end of this week we can compelete all the movement. SO that lepas ni boleh concentrate buat bungkah cendawan. Kami ingat nak sambung pembuatan rak cendawan once dah siap 10K bungkah cendawan. Kayu pun dah tinggal sikit je. Maybe boleh siap dlm 2 rak je lagi. So far kami hold dulu pembelian kayu sbb harga kayu a bit in high price at the moment due to the election. Ramai yg beli kayu utk nak gantung poster.

The fastes maybe by early April we can start purchase new wood as to compele another one or two rumah cendawan.

Insya Allah kalau sempat esok kami akan upload some pic on the processing of the bungkah cendawan.

Sunday, March 2, 2008

Lawatan ....

Alhamdulillah kutipan hasil hari ni dlm 10KG. Ada penurunan sikit hari ni ... maybe semlm terlebih kutip kot. Tapi apa apa pun Alhamdulillah masih dpt mengekalkan pengeluaran melebihi 10KG.

Hari ni Alhamdulillah ada lawatan dr En Lan . Apa apa pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan dr Chini Agro. Segala komen dan candangan yg di berikan amat kami hargai.

Insya Allah esok kami akan berjumpa dgn pembuat raga cendawan. Harap harap semuanya berjalan lancar dan at leat dlm 20 raga blh siap by this wednesday. Dah delay lama sgt bab pembuatan bungkah cendawan ni. Takut pulak nati tiba nak pakai dedak dah penuh dgn ulat pulat. So harap harap by this week dah blh start buat bungkah cendawan. At least dlm 1K dulu pun dah cukup baik.

Saturday, March 1, 2008

Mambau 1st Hasil

Alhamdulillah hari ni hasil meningkat lagi dpt dlm 14KG. So far hari ni hasil terbanyak sejak kami mulakan project ni. Alhamdulillah jugak so far blm pernah x dapt jual hasil cendawan malah hari hari x pernah cukup. Pelik jugak kenkadang memikirkan ... kalau tak silap skang ni makin ramai yg buat project cendawan ... tp masih x mencukupi di pasaran. Tu lah namanya rezeki yg Allah dah setkan utk kita ... Alhamdulillah

Hari ni masa pegi ke Mambau, terkejut jugak bila tgk dah dekat 5 botol nak keluarkan hasil. Kalau tak silap baru 3 hari tutup sbb nak pindah dr BSS ke Mambau. Entah mcmana budak 2 org tu blh terlanggar tutup cendawan yg naru pindah tu. Tp apa apa pun Alhamdulillah kehadrat Illahi sbb kebimbangan kami dgn persekitaran tempat baru ni telahpun lenyap dgn hasil yg baru keluar ni.

Ni lah cendawan pertama kami di site Mambau ....



Ni pulak bungkah yg kedua ...




So hari ni dpt extra 2 rumpun cendawan dan masih ada 3 lagi yg baru nak naik dah dekat mulut bungkah.

Apa yg aku perasan kat tempat baru ni dia lebih sejuk dah yg syok tu pepagi ada embun so sejuk je bungkah bungkah cendawan kami. Harap ni menjadi tanda tanda kejayaan bagi projek kami di sini .... Amin

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher