TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Monday, June 30, 2008

Cerita Ikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah dilepaskan 100 ekor anak ikan keli didlm tangki air poly kami. Alhamdulillah so far blm ada yg mati & nampaknya perut seekor sekor tu buncit semcm je. Rupanya depa pi tibai kalkatu yg jatuh kat dlm tangki air tu. Pehh kecik kecik lagi tu.

Disamping tu kami cuba taburkan cendawan di permukaan air ... so esok nak check samaada depa makan ke tak.

Hari ni tadi hasil cendawan dah mula pulih dpt dlm 14KG. Mmg so far x pernah cukup ada yg call mintak 20KG dan sblm balik tadi ada pulak yg nak sampai 50KG.

Aaaa lupalah pulak Alhamdulillah hari ni tadi dah sambung balik penghantaran hari hari ke kedai mini market berdekatan rumah kami ni. Dulu terhenti sbb pekeje Indon depa tu pehh mengalahkan bos. Setiap kali hantar for sure ada je complaint. Tu yg terus stop tu. Dah 2 kali owner tu talipon mintak kami hantar balik sbb semua yg hantar kat dia hasilnya tu x cantik. Kebetulan pulak pembeli kat kedai tu dah terbiasa dgn hasil cdwn kami. Mmg kami selalunya bagi hasil yg terbaik kat kedai dia tu sbb kedai ni lah 1st customer kami.

Harap harap lepas ni x de lah masalah lagi dgn penghantaran kami ke kedai tersebut. So far kami dah ada lebih kurang 5 pelanggan tetap & setakat hari ni blm dpt lagi memenuhi kesemua permintaan mereka. Insya Allah projek pembesaran sedang giat dijalankan dan harapannya by end of july dah ready dlm 40K bungkah utk production kami.

Bab order 7K bungkah tu dah hampir siap ... so far dah ready dlm 6K. Insya Allah by wedesday ni blh siap kot. Skang ni blh katakan hari hari mengukus botol cdwn. So production daily bungkah cdwn la ni dah mencapai 1K daily. Harapannya pekeja kami dpt bertahan. Byk lagi yg nak kena buat tu.

Oh lupa pulak dah ... tadi tokey abuk kayu call kami. Dia dah inform siang siang by this coming AUG harga abuk kayu getah naik lagi RM30. Baru je bln ni nak RM40. Pehh teruk betullah kesan dr kenaikkan harga minyak ni. Blh katakan semua brg naik hg. ya Allah Limpahkan lah rezekiMu kepada kami.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher