TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Sunday, June 29, 2008

Penghantaran Benih & Set Tutup ..... Projek Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .....

Alhamdulillah hari jumaat lepas berjaya fullfill request dr En Malik ( Mutiara Mushroom ). Kebetulan hari tu saya ke VITA & dia mintak saya tlg saya belikan benih utk beliau & kirimkan melalui pos. Ingatkan senang rupanya susah jugak ya ... but its a good experience for me ( kalau ada rezeki lepas ni blh lah supply benih melalui pos pulak )

Nilah antara step yg perlu di lalui ....

1) Masukkan benih benih tu kat dlm kotak.



2) Lepas tu sealkan kotak tu .. nanti terbukak lah pulak



Dekat satu gulung masking tape yg kene guna ... pehh nak kuat punya pasal.

3) Cari ketas minyak ... murah je 60 sen sekeping .... tp kena guna 2 keping sbb kotak ni besar.



4) Balut kotak tadi dgn kertas minyak tu & lekatkan nama & alamta penerima kat kotak tu & ikatkan dgn tali rapia.



Lepas tu terima pulak order utk pembelian set tutup dr Serawak. Dia nak dlm 2K utk dihantar melalui pos laju. Ni pun 1st experience buat kami. Ingat kan blh main hantar cam tu je .... kami just ikat je beg set tutup tu dan tuliskan nama & alamat penerima kat atas beg set tutup tu. Sampai kat POS Malaysia .... haaa ambik kau kena reject.




Rupanya kena buat mcm set tutup tu jugak .. kena masukkan kat dlm kotak dan balut dgn kertas minyak. Puas jugak cari kotak ... bukan sikit ooo nak kena ada dlm 3 4 biji kotak baru blh muat semuanya. So Insya Allah esok dah blh hantar kat depa.


Projek Baru


Alhamdulillah hari ni tadi berjaya juga mendaptkan benih ikan keli. Pehh puas jugak menunggu utk mendaptkannya. Org yg kita janji tu langsung x nampak btg hidung. Janjinya dah dekat 2 minggu tp at the end byk sgt masalahnya. Mcm mcm alasan yg di beri. Bukan apa ingatkan nak tlg org kita tp asyik dok kena kencing je .. sudahnya ambik kat tokey cina. Bila bila masa pun ada. Byk dah experience dgn org kita ni ... sampai bilalah nak tgu utk org kita ni maju dan mampu bersaing dgn bangsa lain kat Malaysia ni.

So first batch ni ( utk testing je ) kami ambik 100 ekor benih ikan keli yg bersaiz 2 inchi. Kebetulan hari tu berborak dgn EN P^LAN^TA kita dan dia ada cerita pasal ikan keli ni. Ikut kata beliau blh je bagi depa ni makan lebihan cdwn kita tu. Harap harap ianya berjaylah ya.

Insya Allah esok anak anak ikan ni akan dilepaskan kat dlm tangki plastik kami yg sblm ni digunakan utk menadah air utk penggunaan rumah cdwn.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher