TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Thursday, July 3, 2008

Panas ... Panas .... Panas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Hari ni tadi terima satu lagi berita yg memeranjatkan dr seorg sahabat ( En Malik dr Mutiara Mushroom ). Menurut beliau ada desas desus mengatakan harga gas LPG akan dinaikkan dlm masa terdekat ini .... maybe dlm blh august ni kot. Yg lebih memeranjatkan adalah kenaikan yg begitu tinggi iaitu RM15 bagi setiap tong. So lebih kurang dlm RM40 setong utk yg 14KG. Kalau betullah berita ini .... sakit dibuatnya.

Petang tadi pulak menerima 3 tan lagi abuk kayu getah. Seperti posting sblm ni ... mmg confirm akan naik dlm RM30 to RM40 selori abuk kayu getah bermula august ini. Dan yg lebih tragis ... menurut beliau ada kemungkinan abuk kayu getah akan mula menurun penghasilannya dlm setahun dua lagi. So lepas ni abuk kayu getah pulak akan jadi mcm minyak petroluem bagi kita pengeluar cendawan ni. Ini adalah kerana semakin hari semakin byk getah diganti dgn kelapa sawit dan kenbanyakkan pokok getah yg ditanam adalah di sekitar thn 70 & 80an. So selepas itu kebanyakkannya telah beralih kepada kelapa saait. ( Tlg betulkan kalau fakta ni silap )

Aku pun pening jugaklah dengan keributan harga barang barang ni. Nak kata kita dijajah tak jugak. Dah rasa mcm zaman Jepunlah pulak ... makan ubi kayu .... tanah kena rompak .... hasil masyul negara di rompak. Kita ni duduk kat negeri org kot ??? Sedih dan teramat sedih sbb hasil minyak yg Malaysia ada ni tak dpt digunakan dgn betul. Aku cuma takut one day Allah tarik balik rezeki yg dia bagi kat kita ni ... sebab apa ? Amanah yg diberikan kepada kita tapi diabaikan. Di beri peluang byk kali tp kita still abaikan.

Konsep tegur menegur mmg dah lama terhapus kat Malaysia. Org org alim diletak ketepi .... katanya biar ahli politik yg jaga negara. Bila di biarkan org yg jahil memerintah tu lah hasilnya. Dah tak de langsung Hang Jebat kot. Yg ada pun semuanya Hang Tuah ... mmg betuah sungguh.

Sorrylah sbb tersasul jauh ... tension sungguh sbb kita semua cuma blh tengok je apa yg dia org buat. Kalau kita ni kena jajah blh jugaklah berperang demi menegakkan kebenaran. Ni nak buat cam ne dah depa dpt majoriti nak lawan pun payah sbb mmg ramai yg menyokong. At last luahkan je lah kat dlm blog ni.

Tapi satu perkara yg depa ni lupa ... doa org yg teraniaya akan di makbulkan oleh Allah .... so sapa yg rasa teraniaya tu .. please do something.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher