TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Sunday, August 24, 2008

Perjumpaan Gabungan Cendawan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita menjayakan perjumpaan diantara pengusha pengusha cendawan di Malaysia ini. Walapun tak berapa ramai tp Alhamdulillah ianya dapat mencapai matlamat asal perjumpaan ini. Berikut adalah perserta perserta yg telah hadir pada perjumpaan hari ini ....

1) Khairul Amree ( Cendawan 915 )
2) Mohd Faisol Ismail ( Ayne )
3) Syed Osman Abadi ( Cendawan Sg Udang )
4) A Bakar - Burn ( Cdwn Melaka )
5) Supaat Basrin ( Permai Desa )
6) Kadir ( KJ Mushroom )
7) Hakim ( S Two Mushroom )
8) Rais ( Impian Mushroom )
9) Azman ( Tuna Alam )
10) Lan Chini ( Chini Agro )
11) Azlan ( P^LAN^TA )
12) Nazelan ( Cdwn Melaka )
13) Jaafar ( TJ APO )
14) Abdul Rashid ( Uda3900304 )
15) Mansor Sujak ( Aytam )
16) Muhammad Rizal ( Warisan Putri )
17) Ramle Alwi ( Kulat Enterprise )

Beberapa perkara telah pun dibincangkan secara mendalam didalam perjumpaan ini seperti masaalah kulat hijau, kulat oren, kulat hitam, serangan bari bari, serangan hama dll. Antara perkara yg telah di sarankan didalam perbincangan ini adalah ...

1) Penjagaan ventilation didalam rumah cendawan
2) Benih haruslah bermutu tinggi
3) Tempoh peram terbaik adalah selama 60 hari keatas
4) Penjagaan kebersihan juga harus diutamakan di ladang cendawan terutama sewaktu menyuntik benih.

Juga telah di highlight tentang kulat hitam &^ oren yg kurang impactnya kepada botol cendawan. Hasil Insya Allah akan tetap keluara dlm kebanyakkan kes yg terkena kulat oren dan hitam. Pengunaan clorox adalah terbaik dlm mengawal serangan ini.

Rupanya ramai yg mempunyai masalah berkaitan dgn serangan penyakit ini dan boleh dikatakan dlm 80% masa digunakan dlm membincangkan permasalahan serangan penyakit terhadap bungkah cendawan.

Di samping perkara di atas, perserta juga telah sebulat suara bersetuju untuk penubuhan sebuah persatuan di peringkan negara dengan nama Gabungan Cendawan Malaysia atau singkatannya GCM. Manakala semua persatuan cendawan negeri akan bernaung dibawah persatuan negara ini.

Sebuah laman blog akan dibina khas untuk GCM dimana semua program program yg berkaitan dengan persatuan akan dimuatkan didalam laman blog ini. Disamping itu, sebuah forum jugak akan dibina untuk persatuan bagi membincangkan isu isu berkaitan dgn penubuhan perstauan, penyakit, promosi dsb.

Pelbagai aspek pemasaran juga telah dibincangkan bagi mensatbilkan harga pasaran cendawan dimana makenisma tertentu akan di bincangkan didalam pertemuan akan dtg. Memandangkan waktu yg begitu singkat .. perjumpaan ini telah ditamatkan pada pukul 6 petang. Insya Allah perjumpaan seterusnya akan dibuat didalam bulan Syawal bersempena dgn sambutan hari raya.

Berikuta adalah beberapa keping gambar yg sempat diamabil semasa perjumpaan ini ....

Kudapan




Pehh Tengah Minum Pun Serious Berbincang




Tengah Serious Berbincang



Gambar bersama sebelum bersurai



Harapan dr kami agar semua yg hadir berpuas hati dgn perjumpaan hari ni. Segala salah & silap harap maafkan. Insya Allah berjumpa lagi di next meeting di tempat yg sama di dlm blh Syawal. Perbincangan lebih lanjut dlm penubuhan persatuaan akan menjadi topik utama pada perjumpaan yg akan dtg.

4 comments:

KebunKu Sdn Bhd said...

Tahniah.

Agaknya jumlah pengeluaran kesemua pengusaha brapa kg/tom per hari?

ayne said...

tuan haji, bab ni ada sedih sket.. 17 pengusha, jumlah tak sampai 200kg. semua baru2 belaka

KebunKu Sdn Bhd said...

OK tak apa saya berhasrat untuk target 200Kg/hari dalam tempoh 1 tahun. Target tahun ini Pengeluran dari 20 ribu beg tahun depan 60 ribu. Jadi perlu moral support dan pengelaman semua pengusaha.

Anonymous said...

Saja utk berkongsi. Ada seorang Prof. Madya Bioteknologi UPM ada menawarkan Kursus Penanaman Cendawan di Serdang, Selangor. Dah 30 tahun pengalaman. Boleh try check website ni and call dia untuk tanya lebih lanjut. http://malimas.com/blog

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher