TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Thursday, November 6, 2008

Penggunaan Haze & Yg sewaktunya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah projek di S2 dah pun siap dan dekat 10,000 bungkah dah pun dimuatkan didalam rumah kedai tersebut. Sebanyak 10,000 bungkah masih lagi dlm pembikinan. Setakat yg dah di hantar ada dlm 6,000 bungkah yg dah matang dan semlm kami dah pun mulakan production utk 1,000 bungkah. Insya Allah akan kami rekordkan prestasi pengeluaran cdwn di tapak baru ni.

Ni kawan nak sentuh sikit pasal penggunaan peralatan haze & yg sewaktu dgnnya didlm rumah cendawan. Dulu kami x berani nak tegur cara terbuka tp demi utk kebaikkan semua kami nak share pandangan kami berkenaan pengunaan haze ni didlm rumah cdwn.

1st of all kenapa kami x gunakkan haze dan gunakan sprinkler adalah utk menggurangkan risiko penyakit kepada bungkah bungkah cdwn kami. Mcm ni ... haze ni function dia adalah utk menghasilkan partikel partikel air yg kecil seperti kabus. Bila ianya menjadi kecil mudahlah ianya berterbangan didlm rumah cdwn. Ingat perkara basic ... kalau terlalu byk air maka high possibility bungkah terkena penyakit kulat hijau. So perkara sama berlaku partikel partikel kecil air ni berterbangan dan masuk kedlm bungkah cdwn semasa bungkah dibuka utk penghasilan cdwn.

Dulu kawan ada tertengok MYTHBUSTER dia ada buat ujikaji pasal kulat. Dia buat testing kat dlm bilik air dan di luar bilik air. Rupanya dlm udara kita ni byk berterbangan virus virus & spora spora kulat yg tak baik. So bila partikel air ni berterbangan maka spora spora tadi pun terlekat lah pada air tersebut .... so secara x langsung kita actually merangsang pembiakkan kulat atau menyemai benih kulat hijau yg x kita ingini didlm bungkah cdwn kita.

Tujuan utama kita adalah utk menyejukkan rumah cdwn dan meningkatkan kelembapan didlm rumah cdwn kita. Mmg kita akan dpt semua tu tapi risikonya amat tinggi. So ni just pendapat kami je ... adalah baiknya menggunakan water sprinkler di luar rumah cdwn kita. Risiko tu dpt dikawal sbb air tu x akan memasukki rumah cdwn kita dan disamping tu ianya membantu mengurangkan kepanasan rumah cdwn kita.

Ok sebelum mengundur diri ... kami nak mintak maaf jika apa yg kami sarankan diatas tidak berasas atau tiada kebenarannya.

Adios

1 comments:

SlimBudget said...

Setuju ! Alternative pasang mist di luar.

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher