TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Wednesday, July 30, 2008

Sorry .... Sibuk & Internet Problem

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ini berkesempatan jugak utk update blog ini stelah 3 4 hari tak update. Bukan apa ... terlalu busy & bila ada masa sikit Internet line p[ulak problem. So tak dpt nak buat apa. Kebetulan hari ni anak x sekolah so blh lah gunakan masa awal pagi ni utk update blog.

Lawatan ke Tapak Projek Cendawan di Chini

En Wan ni adalah perserta kursus kami ... kursus intensif 3 hari. Alhamdulillah selepas kursus beliau terus membeli 500 bungkah dr KE.

Nilah dia bungkah bungkah yg dibeli dr KE & Alhamdulillah semuanya dah mengeluarkan hasil. Ikut policy KE ... bila beli tu dpt extra 3%. So far x de satu pun yg rosak. Nampaknya penjagaan beliau mmg bagus ... blh bagi 5 bintang.







Kat Chini ni yg bestnya dia org blh jual RM15 seKG. So 1 round kutip pun dah boleh balik modal beli bungkah.

Ni pulak rumah cedawan beliau



Nilah dia En Wan kita sedang bergaya didepan rumah cendawan beliau



Dengarnya belaiu tengah sibuk nak menambah rak cendawan & membesarkan rumah cdwn yg sedia ada. Moga beliau lebih berjaya di persada cendwan ini.

Lawatan Ke Tapak Projek Cacing En Nixam di Taman Tasik

Kalau x silap kami En Nizam ni dah mulakan projek cacing ni dah dekat 6 bulan kot. Menurut beliau, dia memulakan projek ini dengan 10KG cacing yg dibelia dr sebuah syarikat pengeluar cacing yg agak dikenali.

Nilah dia beberapa keping gambar yg sempat kami ambik masa melawat tapak projek beliau.

Baja kompos yg dah siap .. ada dekat 1 tan tu .... katanya blh jual dlm RM5 seKG. Pehh blh jadi kayo ni. RM5 X 1,000 = RM5,000. Pehh mengalahkan projek cendawan ni.





Stok bahan mentah .... Rasnya blh bertahan dlm 2 ke 3 bulan bergantung kepada jumlah cacing yg diternak.

Abuk Kayu



Buangan Kambing



Ni pulak mesin utk menghancurkan hasil buangan kamibing utk menjadikannya serbuk so senanglah nanti nak dicampur dgn abuk kayu.



Rumah rumah cacing ... he he he





So far En Nizam kita ni concentrate more on production utk baja kompos & kalau ada yg berminta utk melawat atau membeli hasil dr projek En Nizam ni ... blh hubungi En Nizam 012 6818851 atau En Salimy 012 6736211

Kita doakan agar kawan kawan kita ni berjaya dgn projek projek yg mereka jalankan.

Insya Allah kami pulak akan ada discussion dgn sebuah syarikat penternakkan cacing pada pagi ni utk membincangkan contract farming baja kompos & cacing segar ( he he he ). Insya Allah jika ada sebarang cerita yg menarik akan kami share dilaman blog ini.

Actually start update blog ni tadi dr pukul 5.15 pagi. Disebabkan oleh mcm mcm hal .. sudahnya pukul 7.30pagi baru siap update. Tulah skang ni rasanya masa tu terlalu cepat sangat berjalan .... x terkejar dibuatnya.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher