TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Monday, July 14, 2008

Berita Gempak ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Tak sure betul ke tak cerita ni ... just nak share je.

Dengarnya dah ada pengusha kita ni nak cari jln mudah utk berjaya. Bukanlah kita marah tapi yg x bestnya tu ... dibelakang dia tu ???? Tp tak pelah dia org nak kaya sorang sorang agaknya. Mmg harga mereka dpt ni mmg kaw kaw murah dengarnya ... bungkah ( 20K min order ) .... cendawan ( hg mmg org kita x blh nak jual ). Ni semua mmg dah taktik mereka dr dulu utk membunuh pengusha Melayu mcm kita ni. Turunkan harga yg mana mmg kita tak boleh nak compete. Yg sedihnya tu org kita jugak yg menjadi topengnya.

Bagi kami simple je rezeki tu Allah yg bagi so kita usha je lah. Buat apalah kita buat semua tu ? Kita ada pride sebagai org Islam. Kalau blh tlglah org kita dulu yg share market kat dlm Malaysia ni cuma 17% je. Kawan pun ada dengar ramai yg mengeluah kat tempat tempat tersebut sbb dah ramai yg mula hilang customer. Sikit demi sedikit. Semua org blh kata rezeki masing masing ... bagi kami cara tu sedikit kotor.

Harapan kami bagi semua pengusha bumiputra tu ... cuba cubalah cari supplier dr kalangan org kita. Sedarlah bahawa kita perlukan sokongan dr semua pengusha utk berjaya. Bukan memikirkan diri sendiri je.

Kami so far mmg tgh mencari pengusha Melayu. Walaupun harga agak mahal tp kita still kena support. Alhamdulillah skang ni dah ada tokey kilang Melayu yg buat plastik & set tutup. Mcm biasa harga dia sedikit mahal tapi apa apa pun kita still kena support.

Harapannya coretan hari ni dpt menyedarkan kawan kawan kita yg sedang dilamun mimpi indah sbg seorang Ali Baba.

Apa apa pun sblm saya close posting hari ni ... Ampun & Maaf sekiranya apa yg saya tulis ni tiada kebenarannya. Semua yg buruk tu dtg dr nafsu jahat saya .... ampunkanlah & yg baik tu sudah semestinya ilham yg diturnkan oleh Allah.

Sebenarnya ingat nak cerita pasal penghantaran bungkah ke Kuantan & Lawatan ke projek perserta kursus kami ... tp terpaksa beri laluan kepada cerita panas hari ni. Insya Allah kami akan share cerita hari sabtu dah ahad dilain masa ...

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher