TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Monday, June 9, 2008

Perang Naik Harga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi pengeluaran hasil dah mula pulih. So far kutipan hasil pagi pun dah ada dlm 7.1KG. Harap harap blh dpt dlm 15KG hari ni.

Kebetulan pulak hari ni tadi survey harga bahan bahan pembuatan bungkah cendawan. Pehh semuanya dah mula naik harga. Harga abuk kayu getah dah naik RM100 utk satu lori 3tan. Set tutup pulak dah nak naik ... tp dia tak berani nak kata berapa yg naik. Terhimpit jugak kita ni ya. Tu belum lagi plastik & dedak padi. Tenaga kerja pun sekurang kurang nya kena pikirkan jugak ... kos taraf hidup yg semakin meningkat ni. So kenalah jugak review gaji pekerja .... dugaan dugaan.

Rata rata pengusha dah naikkan harga cendawan dari 50 sen sehingga ke RM1 bagi setiap kilo cendawan segar. Kos pembuatan bungkah dah pun naik dan ada pengusha tgh berkira kira utk menaikkan harga bungkah siap benih pada harga RM1.40. Ramai yg dah mula merungut dgn kos yg semakin hari semakin naik. Tp muka jabatan pertanian langsung x nampak pun. At least dtglah jenguk jeguk kita kat ladang ni dan cuba selami masalah yg kita hadapi ni. Sedih jugak sbb dgr kat tempat lain Jabatan Pertanian begitu memberi sokongan dlm bidang cendawan ni. Malang sungguh bagi kami di daerah Seremban ni ... bukan kata sokongan, muka pun x pernah nampak.

Nak kata kat Seremban ni byk sgt pertanian, tak nampak pulak. Apa lah keje hari hari pegawai yg dipertangunjawabkan oleh kerajaan utk memantau petani petani seperti kita ni. Kami harap mmg dia org ni tersgtlah busynya sehingga tak de masa nak melawat para petani seperti kami ni. Kalau x ... sedihlah jugak sbb kebanyakkan tu adalah org Melayu Islam yg percaya kepada Allah dimana rezeki yg kita cari tu harusnya dtg dr rezeki yg halal. Kalau x menjalankan tugas seperti yg diamanahkan oleh kerajaan maka blh jatuh haram hasil yg dia dpt hari hari sbb x menjalankan tugas yg telah pun diamanahkan kepada mereka.

Harap harap berkat usha yg berpanjangan ni di redhai oleh Allah dan memberi jalan kepada kita semua yg berusha mencari jln yg lurus. Kami pun kalau blh mmg x nak naikkan apa apa hasil atau produk dr syarikat kami ni. Tengoklah setakat mana kami mampu bertahan.

Bukan tujuan kami ni nak mematahkan semangat para petani semua .. tp apa yg penting kita perlu cari alternatif dan peluang peluang baru bg produk cendawan ni. Pasaran cendawan segar semakin hari semakin sempit sbb semakin hari semakin rami yg nak menceburinya. Dan harga sudah menjadi kurang stabil sbb peperangan harga dr kalangan pengusha sediri bagi memastikan pasaran. So idea baru harus dis untik kedlm industri cendawan ni supaya ia mampu utk dipasarkan sehingga ke luar negara ... Insya Allah

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher