TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Tuesday, June 17, 2008

Good News & Cendawan Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni tadi dpt panggilan dr MARA negeri dan memaklumkan yg cek kami dah ready for collection. Panggilan depa tu actually pada waktu pagi & disebabkan oleh pelbagai kesibukkan so petang tadi baru berkesempatan utk mengambil cek tersebut. Alhamdulillah dgn duit ni blh lah kami kembangkan lagi business cendawan ni.

Tp ada pulak sedikit problem .... kat surat menyurat semuanya ejaan nama betul ... tup tup kat cek pulak salah. Aduh sakitnyalah hati ni. Ingatkan blh je tukar immediately tp malangnya semua pegawai takde so kenalah dtg balik esok. Dahlah minyak naik harga ni ... kang ada pulak yg naik minyak .... sabar .. sabar ... sabar. Peringantan utk diri sendiri tu.

Petang tadi selepas collect cek, terus ke Jaya Jusco S2 ... bukan apa ada terima berita yg salah seorg sahabat kita dr Proniaga Agro ada membuka kedai menjual goreng cendawan. Sambila singgah tu belilah dlm RM2 ... pehh mmg sedap sehingga menjilat jari. Dari pemerhatian kami ramai jugak pelanggan depa ni. Maun dekat 5Kg daily. Apa apa pun kami ucapkan ... Moga Maju Jaya dlm new business ni.

Cuma sedikit sedih sbb x dpt jumpa tokey nya. Yg ada cuma pekerja je. Kebetulan dah nak balik tu baru nampak bayang En Akma kita. Tp dah tak dan nak gi jengok sbb dah lewat sgt ( dlm pukul 5 ptg) ... bukan apa sbb nak ambik anak kat KAFA lah pulak.

Hasil hari ni ada dlm 25KG .... Alhamdulillah

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher