TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Tuesday, May 13, 2008

Sedih vs Gembira ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni ada berita gembira tapi disambut pula dgn sedikit peristiwa yg kurang baik. Hari ni tadi mcm biasa pagi dan ptg mmg dah jadi routine kutip hasil, buat bungkah dan daily inspection ... rak ... kalau ada yg rosak .... bungkah ... kalau ada yg kena serangan kulat, makhluk perosak dan mcm mcm lagi. Bukan apa .. bagi kami ini adalah perkara penting kalau nak maju dlm bidang pertaninan ni x blh nak harapkan pekerja sahaja. Kalu blh jgnlah berlagak seperti bos. Hari hari goyang kaki kat dlm office. Kalau mcm tu Insya Allah x lama lah projek kita tu.

Apa apa pun petang tadi rak dlm rumah cendawan ke 2 kami .... ada dlm 12K bungkah tu. Kelihatan rak raknya dah mula nak mencondong rebah kebumi. Tu lah Alhamdulillah perasan awal. So beberapa usha sedang dijalankan utk meny7elamatkan keadaan. Kalau jatuh masak kami. Ada dekat 20K bungkah cendawan. Mana nak letak ? Sebenarnya kami mmg selalu riasu sbb rak kami ni x dpt nak disambungkan pd mana mana tiang utama sbb semua tiang tu dr besi. Dalam planning mmg nak pasang besi kat atas rak dan paterikan kat tiang tiang utama. Blm sempat nak buat dah kena. Harap esok masalah ni dpt diselesaikan.

Alhamdulillah hari ni tadi berjaya call MARA daerah Seremban dan dimaklumkan pinjaman kami telahpun diluluskan oleh MARA N9. Insya Allah Jumaat ni ada taklimat dr Pengarah MARA N9 berkenaan dgn pinjaman kami ni. Terima Kasih x terhingga kepada MARA atas berita baik ini.

Anyway ... TQ pd semua sahabat yg medoakan kejayaan pinjaman kami ini. Moga Allah membalas jasa baik sahabat sekalian. Insya Allah dgn sumber modal baru ni blh lah memberi energy baru utk memenuhkan semua rak rak kami ni. Insya Allah juga beberapa outsource staff akan mula masuk di farm kami ini bagi membantu dlm proses pembikinan bungkah cendawan. Insya Allah daily blh dpt dlm 1K.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher