TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Friday, May 23, 2008

PPK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi settle jugak masalah utk menjadi ahli PPK. Pepagi tadi berjumpa dgn Tn Hj Jamaludin ( Ketu Unit PPK kawasan paroi ). Tujuan utama adalah utk mendapat sokongan beliau utk menjadi ahli PPK. Alhamdulillah semuanya beres tanap sebarang masalah.

Kebetulan pulak kat rumah Tn Haji ni penuh dgn pokok Mas Cotet. Rupanya belaiu ni merupakan salah seorng pengusha mas cotet di kawasan Paroi ni. Tu lah ... bila terjumpa je tempat menarik kamera pulak tertinggal kat rumah. Mmg menarik permandangan rumah Tn Hj ni. Ada deretan pokok Mas Cotet dan di belakang rumah beliau ada pulak kolam ikam. Kalau dr luar mmg x perasan. X sangka di kawasan bandar masih ada tempat yg mcm ni.

Hari ni jugak sempat melawat seorg lagi pengusha cendawan di Paroi. Mcm biasa ... tertinggal kamera. Rumah cendawannya beratapkan rumbia .. ada 2 biji rumah yg memuatkan sekitar 30 ke 40K bungkah cendawan. Hasil harian setakat ini adalah dlm 15KG.

Insya Allah next time kami akan cuba adakan lawatan susulan & Insya Allah akan cuba postkan serba sedikit gambar tapak projek pengusha kita ni.

Sebelah petang pulak kami ke PPK daerah Seremban di pekan Labu. Dalam perjalanan hujan pulak turun dgn lebarnya ... Insya Allah ni petanda baik dr Allah ... harap harap ada rezeki dgn PPK. Balik dr PPK singgah di tempat En Yazid. Nampaknya hasil cendawan beliau telah meningkat ke 50KG daily. Pehhh mmg hebat. Yg peliknya kata belaiu masih blm dpt memenuhi permintaan ramai.

Kami sebenarnya kenkadang risau jugak bab menjual hasil ni. Insya Allah dlm jangkamasa terdekat kami mungkin akan dpt mengeluartkan dlm 40KG daily. Perasaan takut x dpt menjual hasil kami ni masih bermahrajalela di pemikiran kami. Bukan apa masa hasil sikit ni ramai yg kata tak cukup tp bila hasil kita dah byk esok lain pulak ceritanya. Apa apa pun kami sentiasa berdoa agar pintu rezeki sentiasa terbuka buat kami .... amin.

Kalau ada kengkawan yg mempunyai idea dlm bab pemasaran ni harap dpt kongsikan dgn kami .... Ad jugak dgr cerita di Tanjung Sepat ada syarikat yg sanggup membeli hasil cdwan seberapa byk yg kita ada ... tp mcm biasa ... harga dia sakitlah bro.

Harap harap eosk kalau dpt nak upload sedikit gambar perkembangan tapak projek kami ... Insya Allah

2 comments:

Manafaat Blog said...

Sdr

Saya merujuk laman ini dalam blog panduan saya; http://manafaatblog.blogspot.com/

Lukman

kulat said...

No problem bro ... Anyway TQ for the free advertising.

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher