TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Saturday, April 26, 2008

Jalan Jalan Cari Ilmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hajat kami utk melawat beberapa tempat pengusha cendawan telahpun tercapai hari ini. Walaubagaimanapun hanya berkesempatan melawat tiga pengusha sahaja.

Berikut adalah serba sedikit yg dapat kami kongsikan bersama pembaca sekalian ....

Pukul 2.00ptg sampai di Pingiran Senawang berjumpa dgn En Kadir ( SUT ) org lama kita dlm bidang cendawan ni & menjadi org kepercayaan Mardi Seremban. Alhamdulillah dr situ kami terus ke tapak projek kami di Tmn Angsamas .. just nak chk semuanay dlm keadaan baik.

Dalam pukul 3ptg sampai di Cendawan Mambau .... antara bakal pengusha besar di Negeri Sembilan. Berbekalkan modal sebyk RM500K pinjaman dr Bank Pertanian ( AGRO BANK ) projek ini telah dimulakan sejak setahun yg laln. Projek ini diterajui oleh 10 org belia.

Menurut wakil pengusha En Marzuki ... Mereka memerlukan sebanyak 500KG cendawan harian utk di hantar ke pasar borong Selayang. Malangnya buat masa ini hanya mampu mengeluarkan sekitar 50KG setiap hari dan cuma cukup utk bekalan setempat sahaja. Namun begitu pembangunan begitu rancak sedang dijalankan di tapak projek beliau ini.

Kelusan tapak projek mereka ini adalah 2.3 ekar ... mmg besar. Insya Allah kalau ikut perancangan mereka, sebyk 10 buah rumah cendawan bakal didirikan dikawasan tersebut. Pada ketika ini 3 buah rumah cendawan telah pun siap. Manakala 2 darinya telah sarat dgn bungkah cendawan matang.



Didalam process pembinaan ada dua buah rumah cendawan ... lantai dan rangkah rumah dah pun siap.



Ni pulak deretan bungkah cendawan yg tengah mengeluarkan hasil ... pehh byk betul. Depa ni guna benih dr Semenyih ( Mr Kwan lah ... sapa lagi ). Aaa satu lagi ... Cendawan CT yg kat serting pun guna benih Mr Kwan ni.





Ni pulak deretan rak yg dah sarat dgn bungkah yg dah matang. Depa tgh tgu bln 5 ni nak start production. Dlm sebijik rumah ni blh muat dlm 40K bungkah .... Pehh byk nya



Ni pulak rumah cendawan mereka yg ke3 ... dijadikan tempat pemeraman bungkah cendawan . Bungkah seluas mata memandang ...



Ni pulak tempat processing bungkah cendawan ... pehh besar gila tempan simpan abuk kayu depa ni.



Ni pulak mesin bagging dia org ... blh buat 2 bungkah dlm satu satu masa. Mesin ni dia org yg design sendiri ... Hebat jugak belia kita ni.



Ni pulak temapt kukus dia org ni .. blh muat lebih dr 2K bungkah cendawan ... pehh power betul.



Pehh ni rasanya yg paling penting ... tempat dia org ni dah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Negri Sembilan Pd 27hb Feb 2008 .... Pehh mmg hebat dia org ni dah taraf petani nasional pulak.



Bila dah pegi tengok tempat besar besar ni terasa begitu kerdilnya projek yg kami buat ni. Entahlah ... tapi apa apa pun kami tetap bersemangat utk membesarkan projek kami ni. Walaupun modalnya sedikit jika dibandingkan dgn projek di Mambau ini ...

Lawatan ke RASE

Asalanya mmg x de plan pun nak singgah kat RASE ni sbb dah selalu dtg. Tapi mlm td ada tgk blog dia org dan ada update tentang pembesaran projek dia org. Tu yg kami singgah jugak.

Sedikit kecewa sbb tuan punya projek x kelihatan. Tp ni pun silap kami jugak sbb x inform awal nak dtg.

Yg baru nak namapak ni adalah rumah pemeraman bungkah cendawan. Depa ni mmg perlu tempat pemeraman yg besar sbb dia org byk dpt order bungkah cendawan ni. Blh katakan di setiap perusuk Malaysia dia org hantar bungkah cendawan ni ... Apa apa pun tahniah buat mereka.



Tak ambik gambar byk sbb semua still in progress. Insya Allah next time kami akan singgah lagi.

Lawatan Ke Linggi - En Nawi

Kami sampai di tempat pembenihan cendawan En Nawi pada pukul 4.45ptg. Agak lewat jugak.

Nilah dia tempat pembenihan En Nawi kita ... Betul betul sebelah jalan besar Linggi. Siap ada pintu gerbang tu.



The two handsome gentlemen .... En Nawi kita dgn En Kadir dr SUT yg menemani saya dlm lawatan kali ini.



Ni ha ... antara stock benih cendawan En Nawi kita ni ... byk jugak tu. Dari perbualan kami ... dan kalau x silap. Beliau mengeluarkan dlm 1K botol biji benih cendawan setiap bulan.



Alhamdulillah kami juga diberikebenaran utk mengambil gambar peralatan penting yg digunakan utk menghasilkan benih cendawan ini. Dia actually ada 2 mesin, malangnya hanya ada satu je yg avilable. En Nawi ada inform nama mesin ni .. tapi kami pulak dah lupa





Ni pulak adalah pembenihan awal cendawan dr tisu culture kedlm media gandum yg telah diisi kedlam botol benih.



Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN Marzuki dr Cendawan Mambau dan En Nawi atas layanan mereka. Begitu byk soalan yg kami ajukan dan semuanya terjawab. Mcm dah lama berkenalan lah pulak.

Apa apa pun Terima Kasih yg x terhingga.

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher