TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Wednesday, January 16, 2008

Cendawan Pertama dan Serangan Ulat

Alhamdulillah hari ni baru kelihatan anak cendawan dr batch yg pertama.



Ini pulak sample botol cendawan yg terkena serangan dari larva lalat. Adalah dipercayai bahawa jangkitan ini berlaku semasa proses memasukkan benih cendawan kedalam botol cendawan. Kelewatan di dalam menutup tutup botol selepas memasukkan benih membenarkan lalat untuk singgah dimuka botol dan bertelur disitu. So bagi pengusha cendawan .. elakkan dr membiarkan botol cendawan terbiar selepas memasukkan benih. Tutup seawal yg boleh.



Untuk hari ini kami membuka sebanyak 481 botol baru dan seperti biasa dalam pemeriksaan harian, kami dapati ada 4 lagi botol mengalami jangkitan besar kulat hijau dan terpaksa dikeluarkan dari rak cendawan.

Insya Allah sehari dua lagi, projek kami akan mula mengeluarkan hasil ...

0 comments:

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher