TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Wednesday, July 30, 2008

Sorry .... Sibuk & Internet Problem

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ini berkesempatan jugak utk update blog ini stelah 3 4 hari tak update. Bukan apa ... terlalu busy & bila ada masa sikit Internet line p[ulak problem. So tak dpt nak buat apa. Kebetulan hari ni anak x sekolah so blh lah gunakan masa awal pagi ni utk update blog.

Lawatan ke Tapak Projek Cendawan di Chini

En Wan ni adalah perserta kursus kami ... kursus intensif 3 hari. Alhamdulillah selepas kursus beliau terus membeli 500 bungkah dr KE.

Nilah dia bungkah bungkah yg dibeli dr KE & Alhamdulillah semuanya dah mengeluarkan hasil. Ikut policy KE ... bila beli tu dpt extra 3%. So far x de satu pun yg rosak. Nampaknya penjagaan beliau mmg bagus ... blh bagi 5 bintang.







Kat Chini ni yg bestnya dia org blh jual RM15 seKG. So 1 round kutip pun dah boleh balik modal beli bungkah.

Ni pulak rumah cedawan beliau



Nilah dia En Wan kita sedang bergaya didepan rumah cendawan beliau



Dengarnya belaiu tengah sibuk nak menambah rak cendawan & membesarkan rumah cdwn yg sedia ada. Moga beliau lebih berjaya di persada cendwan ini.

Lawatan Ke Tapak Projek Cacing En Nixam di Taman Tasik

Kalau x silap kami En Nizam ni dah mulakan projek cacing ni dah dekat 6 bulan kot. Menurut beliau, dia memulakan projek ini dengan 10KG cacing yg dibelia dr sebuah syarikat pengeluar cacing yg agak dikenali.

Nilah dia beberapa keping gambar yg sempat kami ambik masa melawat tapak projek beliau.

Baja kompos yg dah siap .. ada dekat 1 tan tu .... katanya blh jual dlm RM5 seKG. Pehh blh jadi kayo ni. RM5 X 1,000 = RM5,000. Pehh mengalahkan projek cendawan ni.





Stok bahan mentah .... Rasnya blh bertahan dlm 2 ke 3 bulan bergantung kepada jumlah cacing yg diternak.

Abuk Kayu



Buangan Kambing



Ni pulak mesin utk menghancurkan hasil buangan kamibing utk menjadikannya serbuk so senanglah nanti nak dicampur dgn abuk kayu.



Rumah rumah cacing ... he he he





So far En Nizam kita ni concentrate more on production utk baja kompos & kalau ada yg berminta utk melawat atau membeli hasil dr projek En Nizam ni ... blh hubungi En Nizam 012 6818851 atau En Salimy 012 6736211

Kita doakan agar kawan kawan kita ni berjaya dgn projek projek yg mereka jalankan.

Insya Allah kami pulak akan ada discussion dgn sebuah syarikat penternakkan cacing pada pagi ni utk membincangkan contract farming baja kompos & cacing segar ( he he he ). Insya Allah jika ada sebarang cerita yg menarik akan kami share dilaman blog ini.

Actually start update blog ni tadi dr pukul 5.15 pagi. Disebabkan oleh mcm mcm hal .. sudahnya pukul 7.30pagi baru siap update. Tulah skang ni rasanya masa tu terlalu cepat sangat berjalan .... x terkejar dibuatnya.

Saturday, July 26, 2008

Ringkas Je ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

ALhamdulillah smlm dgn hari ni masih berjaya maintain hasil > 30KG. Tp nampaknya esok mungkin ada sedikit pengurangan. Bukan sbb apa .. kebetulan rak yg due esok tu tak byk bungkah nya. Ada less than 500 bungkah. Tp kami ada extra kan dlm 1.2K bungkah yg first time open. Td buat inspection .. Alhamdulillah blh jugak lah cover cover mana yg kurang tu.

Hari ni tadi pehh sibuk bagai nak gila dekat pukul 12.30 mlm baru samapi di rumah. Nampaknya memula ni mmg kena sacrifies a lots of thing .... tp jgn samapi luap kat Allah sudah. Hari ni tadi sempat jumpa En Hishamuddin (RASE) kat ruamh dia ... Alhamdulillah dpt makan buah rambutan free ... siap bagi bawak alik lagi. TQ Bro

Td jugak berkesempatan jumpa dgn En Yazid (forestry sdn bhd ... kalau x silaplah) Rupanya member tgh explore ways to produce keropok cedawan. Byk benda yg dia dah buat .... Kami doakan agar beliau berjaya.

Wednesday, July 23, 2008

Hasil yg meriah .....

Assslamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi terkejut beruk jugaklah kita org dgn hasil yg dikutip pagi tadi. Mana taknya dekat 6 7 bakul membuak. Packig 3 org buat pun dekat pukul 12 tghhari baru siap. Dah siap pulak tgk dah ada lg yg boleh kutip ..... berpeluh ketiak dibuatnya.

Pagi tadi je kutip dekat 30KG. Alhamdulillah hari ni tadi dpt tolak dlm 40KG. So esok pun rasanya hasil lebih kurang sama jugak sbb bukak daily dlm 1K bungkah. Harap harapnya dpt new customer yg blh ambik dlm 10 to 20KG daily.

Skang ni pulak tgh sibuk mencari material utk buat bungkah. Pueh mencari .. call sana call sini semuanya x menepati citarasa poket kami ni. Tp tulah semuanya dah wajib kena beli .... so apa apa pun tetap kena order jugak. Insya Allah esok atau lusa mmg dah nak kena order. No choice sbb kalau tgu lebih lama lagi byk impactnya. Next mth dgrnya LPG pulak naik.

Tuesday, July 22, 2008

Hasil Cun ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni terima kunjungan En Lan Kita ( PLANTA LAH ) dgn abuk kayunya. Dismaping menghantar bekalan tu sempatlah jugak kami bertukar tukar idea berkenaan dgn cdwn ni. Tp malangnya x dpt nak bercerita pjg dgn beliau sbb dah merancang utk ke Bukit Pelanduk utk mencari dedak. Apa apa pun TQ En Lan .... Kalau ada rezeki Insya Allah kita akan berusrusniaga lagi.

Cerita bab dedak dgn Plastik PP ni mmg menyakitkan hati betul. Plastik dah naik dekat RM3 perKG. Cam ne nak jual bungkah & cdwn ni ... semuanya naik bagai nak gila. Dedak pun dah naik dekat 30%. Nampaknya harga barangan membuat bungkah ni semaking menekatlah. Kalau x kena gaya mungkin ramai yg gulung tikar.

Alhamdulillah hari ni tadi dah mula pengelauran hasil dr pembuataan bungkah serow. Alhamdulillah hariu ni je dpt dlm 35KG, Insya Allah esok blh kutip dlm 50KG. Ni dah goyang jugak ni bab pemasaran. Yg pelik tu ... bila hasil byk ni ... semua mcm tak nak je hasil kita. Yg nak pun mintak kurang dr biasa. Nampaknya kena cari pasaran baru ni ....

Saturday, July 19, 2008

Benih ... Hasil & Result

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

1st of all .. Alhamdulillah ada jugak yg cuba membantu dlm problem kami mendapatkan beinh cdwn. Terima kasih kepada semua yg perihatin. Bantuan anda amat kami hargai. Bantuan susulan adalah diharapkan .....

Alhamdulillah sejak 2 hari lepas kami dah mula menambah bilangan bungkah yg dibuka hari hari. Buat masa ini kami akan cuba utk membuka dlm 1K bungkah setiap hari. Harapannya ianya akan membantu dlm pengeluaran harian kami. Target harian baru kami adalah sekitar 40KG ke 50KG.

Sejak dua hari kebelakangan ini hasil kami mula menurun kebali dar sekitar 20 ke 30KG sehari jatuh ke 10Kg sahaja. Pening jugak kepala dibuatnya. Maybe ada kesilapan dari segi cycle sejak dr kacau bilau pembukaan bungkah disbbkan oleh pekerja Bangla kami. Cuma takutnya rehat bagi bungkah kami tu x cukup lama. Tp Alhamdulillah dr pemerhatian kami utk hasil esok Insya Allah ianya akan bertambah baik.

Aaaa ... lupa pulak. Semlm En Bakar dr CM ada menghubungi kami. Belaiu ada memberi sedikit tips berkenaan kulat hijau ni. Menurut beliau penggunaan Bioplant blh membantu dlm merawat kulat hijau. Cara cara merawat adalah seperti berikut ....

1) Keluarkan semua bungkah yg terkena kulat hijau.

2) Semburkan dgn Bio Plat di muncung bungkah.

3) Asingkan bungkah dan gunakan tutup rehat.

4) Rehatkan bungkah selama 2 minggu.

Insya Allah kulat hijau akan hilang selepas berakhirnya 2 minggu tersebut seperti di para 4 diatas.

So pada sesiapa yg dah pernah guna .. harap dpt kongsikan pengalaman anda dgn memberikan komen pada posting ini.

Friday, July 18, 2008

Benih & Produk Hiliran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni byk sungguh permintaan cdwn ... rupanya ramai dah mula bermain dgn produk hiliran ni. Sehari 10KG pun x mencukupi. Ada yg panggil frozen cdwn & ada yg panggil cdwn tempura. Yg mana satu pun kawan x sure. Tp process dia simple je ... geren celup tepung ... half cook .. pack ... simpan dlm peti tgu customer beli. Tak menang tangan dibuatnya.

Sblm ni kami ada juga rasa takut takut sbb kenaikkan hg minyak ni ... bukan apa takut org dah tak nak beli produk cdwn ni sbb mahal ( mahal kat kedai je .... tp kat farm ??? ).

Hari rabu lepas ke VITA lagi sekali utk mengambil benih yg kami dah tempah last week. Sakit je jiwa dibuatnya ... blh dia kata tak de. Aduh tension betul. Kami skang ni Alhamdulillah blh process dlm 5K bungkah dlm 1 week. So at least kena ada dlm 100beg benih per week. Tension betullah. Entahlah .. maybe dia org nak sekat kita kot sbb dia tgk blh katakan every week dtg beli benih. Alasan dia org simjple je ... dia org nak guna byk utk buat bungkah cdwn.

Tulah smlm masa kursus kat Jabatan Pertanian kami ada suarakan x paus hati sbb byk benda yg Jab Pertanian buat dekk je. Kami mintak sgt dia org ni buat satu puast pembenihan kat sekitar Seremban ni. Ramai sgt yg meneguk di air tenang. Nak beli atas tgn mahal sgt. Mcm kat sini RM3.50 satu beg .. mcm murah tp beratnya cuma 200gram je. Kalau VITA tu dlm 350gram. Lagi satu dah dgr byk problem dgn benih yg di jual kat sini. Tu yg buat kami beralih arah kepada VITA & Nawi Linggi. So far 2 ni je yg blh dipercayai.

Wednesday, July 16, 2008

Kursus Lagi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Insya Allah esok akan menghadiri kursus di Jabatan Pertanian Seremban. Kursus cendawan lah jugak ... bukan apa just nak menambah ilmu. Makin bayak kita masuk dlm bidang cdwn ni makin byk yg kita tak tau. So ni lah peluang utk mengintai ilmu baru dan mendapatkan mengukuhkan ilmu yg telah kita kecapi sblm ini .

Tuesday, July 15, 2008

Blog .... Panas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

First of all nak mintak maaf kat semua ... mmg tak de niat nak memanaskan blog ni dgn posting posting yg pedas. Cuma terpanggil utk menegur ( bg yg nak ambil peduli ) agar kita sama sama blh berjaya.

Rasa cuak pun ada jugak bila dah tulis cam tu ... ramai jugak yg dok tanya mcm mcm. Betul ke tak ... hanya Allah je yg tau. Apa yg saya tulis tu cuma peringatan je demi menjaga kepenting kita bersama. So tak perlu lah nak tanya sumber dr mana ... sapa .. kenapa ... mcm mana. Kalau nak tau juga demo kenalah jd mcm CSI tu ... he he he

Ok lah kita berbalik kepada cerita cdwn kita ni. Hari ni td dpt panggilan dr seorg sahabat baru dr Melaka. Kesian pulak dgr cerita kawan kita ni. Menurut beliau ... dia dah open dekat 3000 bungkah cdwn tp malangnya dlm 20 to 30% yg kena kulat hijau selepas bungkah tu matang. So bagi sapa sapa yg pernah ada experience yg sama harap dpt membantu ... tlg berikan komen anda. Insya Allah saya akau cuba postkan semua kome yg diberikan .... at least blh kita share sesama pengusha cdwn.

Monday, July 14, 2008

Berita Gempak ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Tak sure betul ke tak cerita ni ... just nak share je.

Dengarnya dah ada pengusha kita ni nak cari jln mudah utk berjaya. Bukanlah kita marah tapi yg x bestnya tu ... dibelakang dia tu ???? Tp tak pelah dia org nak kaya sorang sorang agaknya. Mmg harga mereka dpt ni mmg kaw kaw murah dengarnya ... bungkah ( 20K min order ) .... cendawan ( hg mmg org kita x blh nak jual ). Ni semua mmg dah taktik mereka dr dulu utk membunuh pengusha Melayu mcm kita ni. Turunkan harga yg mana mmg kita tak boleh nak compete. Yg sedihnya tu org kita jugak yg menjadi topengnya.

Bagi kami simple je rezeki tu Allah yg bagi so kita usha je lah. Buat apalah kita buat semua tu ? Kita ada pride sebagai org Islam. Kalau blh tlglah org kita dulu yg share market kat dlm Malaysia ni cuma 17% je. Kawan pun ada dengar ramai yg mengeluah kat tempat tempat tersebut sbb dah ramai yg mula hilang customer. Sikit demi sedikit. Semua org blh kata rezeki masing masing ... bagi kami cara tu sedikit kotor.

Harapan kami bagi semua pengusha bumiputra tu ... cuba cubalah cari supplier dr kalangan org kita. Sedarlah bahawa kita perlukan sokongan dr semua pengusha utk berjaya. Bukan memikirkan diri sendiri je.

Kami so far mmg tgh mencari pengusha Melayu. Walaupun harga agak mahal tp kita still kena support. Alhamdulillah skang ni dah ada tokey kilang Melayu yg buat plastik & set tutup. Mcm biasa harga dia sedikit mahal tapi apa apa pun kita still kena support.

Harapannya coretan hari ni dpt menyedarkan kawan kawan kita yg sedang dilamun mimpi indah sbg seorang Ali Baba.

Apa apa pun sblm saya close posting hari ni ... Ampun & Maaf sekiranya apa yg saya tulis ni tiada kebenarannya. Semua yg buruk tu dtg dr nafsu jahat saya .... ampunkanlah & yg baik tu sudah semestinya ilham yg diturnkan oleh Allah.

Sebenarnya ingat nak cerita pasal penghantaran bungkah ke Kuantan & Lawatan ke projek perserta kursus kami ... tp terpaksa beri laluan kepada cerita panas hari ni. Insya Allah kami akan share cerita hari sabtu dah ahad dilain masa ...

Friday, July 11, 2008

Produk Hiliran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah smlm baru je tiba bekalan baru material utk cdwn. Cadangannya hari ni tadi nak ke kilang plastik dan berbincang dgn ownernya pasal plastik PP ni. Ramai yg dah mengeluh sbb kenaikkan harga yg mendadak. Ada yg jual sehingga RM11 seKG. Kalau blh dpt bawah RM9 pun dah kira Alhamdulillah. Ramai jugak kengkawan yg nak join sekali utk order kali ni. Harapannya agar esok dpt selesaikan masalah ni.

Hari ni tadi ke VITA Alhamdulillah kebetulan pulak bawak sekali member. Order smlm utk 100 beg sbb tu je yg dia org blh bagi. Dlm perjalanan tu mintak tlg member ni mintak extra utk dia. Alhamdulillah dpt extra dlm 50 beg. Berbaloi jugaklah pegi kali ni. Dlam 150 bega tu adalah dlm 30 beg yg dah matang. Lega dibuatnya sbb hari ni ada lebih kurang 1150 bungkah yg dah ready utk penyuntikkan benih.

Hari ni tadi siap lagi dlm 50 buah raga bungkah cdwn. Mamat tu sibuk complaint harag besi blh katakan setiap minggu naik. Siap inform in advance yg next order harga akan naik. Kami kalau blh mmg nak dlm 200 biji dan so far dah siap dlm 100. Bukan apa at least kena ada bakul standby utk penghantaran bungkah. Kalau guna plastik tu agak leceh. So guna raga ni mmg memudahkan pemungahan masuk dan turun dr lori.

Wednesday, July 9, 2008

Cerita Kosong ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi akhirnya pencarian kereta. Fikir punya fikir confirm je petang tadi .. kete kancil 660(M). Rasanya ni lah kereta yg paling jimat minyak & harganya murah buat masa ni. Dah x larat mengunakan kete yg ada skng ni utk hantar hasil cdwn. Mula mula dulu guna motor x de lah masalah sgt dgn minyak ni. Tapi bila hasil dah meningkat .. x blh nak guna motor lagi. Sekali hantar mmg melebihi 10KG. So terpaksalah gunakan kete.

Hari ni tadi buat panggilan ke VITA utk book benih cdwn. Malangnya stok tak de. Yg dia blh bagi pun dlm 100 beg je. Nampaknya skng ni production kami kenalah slow sikit .... kalau 100 beg je. Next order yg available next week dlm hari selasa. Kami dah prebook another 200 bag. Mintak lebih mmg dia x bagi. Dah mcm daruratlah pulak .. bersukat sukat.

Kami suka guna yg VITA ni byk sbb .. antaranya ...
1) Cepat membiak
2) Byk dlm 350gram
3) Jarang ada yg rosak & kalau rosk pun ada possibility dpt ganti yg baru
4) Harga termurah buat masa ni
5) Pembungkusan yg menari & senang utk digunakan. Ada pengeluar yg gunakan plastik nipis tu ... peh tension dibuatnya sbb senang terkoyak ... kalau botol pulak payah nak dihancurkan benih tu
6) Insya Allah hasil pun cantik

So far kami ni suka sgt share apa yg kami buat dan cerita pasal pelanggan kami. Nampaknya kebelakangan ni dah ada sedikit aktivity yg kurang baik berlaku. Potong memotong, tikam dr belakang dll. Ada yg main harga dan mcm mcm lagi. Bagi kami senang je .. rezeki tu Allah yg bagi .. so LU PIKIRLAH SENDIRI dan dunia ni kecik je pusing pusing kita jumpa balik.

Apa apa pun kepada semua pengusha cendawan ... semoga tabah dlm mengharungi perniagaan ini ... mmg byk rintangan .. bantuan x dpt, serangan penyakit, harga peralatan yg semakin hari semakin naik ... syabas kepada semua kerana anda masih lagi bergelar USHAWAN CENDAWAN.

Monday, July 7, 2008

Cerita Ikan Keli

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah permintaan utk cendawan dr KE semakin hari semakin meningkat & most of the time mmg x dpt memenuhi permintaan. Insya Allah cadangannya nak meningkatkan penghasilan cendawan harian ke 50KG bagi memenuhi permintaan pelanggan kami. Kenkadang kesian sbb depa puas nak cari pengusha lain utk mendapatkan bekalan.

Ni pulak bab ikan keli kami tu. Dah hari ke sehari tgk mcm ada berkurang je ... rupanya dah ada 2 3 ekor burung raja udang yg dok baham ikan keli kami ni hari hari. Dpt makan free depa. Lepas tu pulak si Bangla ni pegi dia tukarkannya air ikan keli tu ... tak guna anti klorin apa lagi byk yg tergolek.

Tapi anyway masih ada rasanya dlm 20% so kenalah berhati hati pulak lepas ni. Ingat nak bubuh netting kat tas kolam kami tu supaya burung x blh nak cilok ikan kami tu.

Hantar Bungkah & Lawatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah semalam settle penghantaran pertama bungkah cendawan sebanyak 4000 bungkah ke Kuantan Pahang. Dalam perjalanan tu sempat jugak kami singgah kat salah satu pengusha cendawan kat Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Nilah dia signboard dia org ... Arra Mushroom.



Ni pulak rumah - rumah cendawan depa ni ...









Kebetulan pulak masak kami singgah tu dia org tgh sibuk mengendalikan kursus cendawan ... so tak dptlah bercerita panjang dgn dia org. Kebetulan pulak terjumpa pulak dgn org kuat ushawantani kita dr Alor Star Kedah ... En Izwan. Sebenarnya mmg lama dah nak jumpa En Wan ni tapi malangnya mmg x berkesempatan.

So sebagai peneraju projek cendawan di sekitar utara tanahair kita ni ... tu yg berminat sgt nak berjumpa dgn beliau. Alhamdulillah akhirnya berjumpa pulak kat N9. Tapi malangnya x sempat nak berbual panjang sbb kami dlm perjalanan nak ke Kuantan. Tak pasal pasal nanti org Kuantan marahkan kami sbb lewat sampai. Apa apa pun kalau x de aral melintang Insya Allah kami akan ketempat beliau dlm 2 3 minggu akan dtg. Hajatnya mmg nak jumpa beliau awal tp beliau sibuk dlm dua minggu ni kerana projek belangkas beliau di Sabah ( ke Sarawak terlupa lah pulak ).

Dlm nak cepat tu sempatlah jugak pkena air nescafe yg telah dihidangkan oleh pihak Arra utk perserta kursus mereka. Mcm berjanjilah pulak. Dtg main serbu je ... he he he. Sorrlah ya Arra sbb x inform awal nak singgah.


Ni lah dia peralatan utk pembancuhan media cendawan yg telah disediakan oleh Arra utk perserta krusus ...





Ni pulak gambar di sekitar tapak projek mereka ... x byk yg dpt diambil sbb oleh kesempitan waktu.





Rupanya depa ni ada jugak buat projek cacing kat tempat dia org ni. Maybe baru nak mula kot ...




Alhamdulillah akhirnya kami sampai juka kat Kuantan dlm pukul 2 ptg. Jenuh dia org tunggu sbb perancangan awal nak sampai sblm pukul 12 tengahhari.

RUmah cendawan kat Pahang ni nampak mcm standard je ... de segi design dan penggunaan bahan bahan utk membina rumah cdwn. Persekitaran dlm rumah cdwn mmg sejuk walaupun panas terik di luar.



Ni lah rak cdwn mereka sblm dimasukkan bungkah cendawan dr KE.



Hampir sarat rumah cdwn depa selepas selesai penyusunan bungkah cdwn didlm rumah cdwn. Kebetulan sblm tu dah ada dlm 2K bungkah & Inya Allah blh masuk lagi dlm 2000 ke 3000 bungkah.



Ni pulak beberapa bungkah cdwn yg terkoyak semasa dlm perjalanan ke Kuantan .. Alhamdulillah mmg ada bagi extra sbyk 120 bungkah. So x de lah issue sgt.



Hadiah dr KE ... 4K penutup peram



Settke je menurunkan bungkah cdwn ... kami dihidangkan dgn mee sup cdwn. Pehh mmg sedap x dapt dinafikan. DI capur pulak dgn daging lembu segar. Mmg x dpt nak dilupakan. Apa apa pun terima kasih bebyk.




Insya Allah next week sunday ada satu lagi trip ke Lepar Hilir .. . di sekitar Kuantan jugak. Penghantaran dlm 3000 bungkah cendawan. Alhamdulillah

Saturday, July 5, 2008

Ringkas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Hari ni ada trip ke Kuantan menghantar 4K bungkah cendawan. Dah 2 3 hari ni agak sibuk so x sempat nak update blog. Mmg byk serita yg nak dikongsikan tp malangya kesempitan masa. Insya Allah kalau diizinkan monday ni dpt bercerita panjang,

Thursday, July 3, 2008

Panas ... Panas .... Panas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Hari ni tadi terima satu lagi berita yg memeranjatkan dr seorg sahabat ( En Malik dr Mutiara Mushroom ). Menurut beliau ada desas desus mengatakan harga gas LPG akan dinaikkan dlm masa terdekat ini .... maybe dlm blh august ni kot. Yg lebih memeranjatkan adalah kenaikan yg begitu tinggi iaitu RM15 bagi setiap tong. So lebih kurang dlm RM40 setong utk yg 14KG. Kalau betullah berita ini .... sakit dibuatnya.

Petang tadi pulak menerima 3 tan lagi abuk kayu getah. Seperti posting sblm ni ... mmg confirm akan naik dlm RM30 to RM40 selori abuk kayu getah bermula august ini. Dan yg lebih tragis ... menurut beliau ada kemungkinan abuk kayu getah akan mula menurun penghasilannya dlm setahun dua lagi. So lepas ni abuk kayu getah pulak akan jadi mcm minyak petroluem bagi kita pengeluar cendawan ni. Ini adalah kerana semakin hari semakin byk getah diganti dgn kelapa sawit dan kenbanyakkan pokok getah yg ditanam adalah di sekitar thn 70 & 80an. So selepas itu kebanyakkannya telah beralih kepada kelapa saait. ( Tlg betulkan kalau fakta ni silap )

Aku pun pening jugaklah dengan keributan harga barang barang ni. Nak kata kita dijajah tak jugak. Dah rasa mcm zaman Jepunlah pulak ... makan ubi kayu .... tanah kena rompak .... hasil masyul negara di rompak. Kita ni duduk kat negeri org kot ??? Sedih dan teramat sedih sbb hasil minyak yg Malaysia ada ni tak dpt digunakan dgn betul. Aku cuma takut one day Allah tarik balik rezeki yg dia bagi kat kita ni ... sebab apa ? Amanah yg diberikan kepada kita tapi diabaikan. Di beri peluang byk kali tp kita still abaikan.

Konsep tegur menegur mmg dah lama terhapus kat Malaysia. Org org alim diletak ketepi .... katanya biar ahli politik yg jaga negara. Bila di biarkan org yg jahil memerintah tu lah hasilnya. Dah tak de langsung Hang Jebat kot. Yg ada pun semuanya Hang Tuah ... mmg betuah sungguh.

Sorrylah sbb tersasul jauh ... tension sungguh sbb kita semua cuma blh tengok je apa yg dia org buat. Kalau kita ni kena jajah blh jugaklah berperang demi menegakkan kebenaran. Ni nak buat cam ne dah depa dpt majoriti nak lawan pun payah sbb mmg ramai yg menyokong. At last luahkan je lah kat dlm blog ni.

Tapi satu perkara yg depa ni lupa ... doa org yg teraniaya akan di makbulkan oleh Allah .... so sapa yg rasa teraniaya tu .. please do something.

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher