TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Thursday, May 29, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .....

Insya Allah jika tiada aral esok pagi kami akan pulang ke kpg selama 3 hari & Insya Allah akan pulang pada hari Ahad. Mostlikely these 3 days there will be no upadte in this blog.

Tadi dah ke MARA utk sign agreement but unfortunatelly they required co chop pulak. Aduh nak buat ken atunggu 3 hari tu. Depa nak esok pagi jejugak sbb pegawai yg bertugas tu last day dia esok ... kalau tak nampak gayanya kena tunggu new officer dan maybe makan masa dlm 2 to 3 weeks lagi ..... aduh sakitnya.

Insya Allah disamping balik kampung esok ... kena buat delivery bungkah cendawan kat Pahang ... sikit je 300 bungkah. Insya Allah ada jugak lawatan sambil membuat marketing pada hari sabtu ni. Doakan kami berjaya.

Alhamdulillah ada jugak yg reply pasal supply cendawan 100KG daily. Insya Allah kalau x de aral dan berjalan lancar & purchaser di Selayang yg sanggup ambik sekitar 100 to 200 KG daily. Tp dia nak gred A sahaja dan di pek dlm bentuk 100gram setipa satu. Pehh berpeluh ketiak tu nak packing sampai 1000 ke 2000 pek setiap hari.

So sapa sapa yg masih ada peluang pemasaran cendawan harap dpt di hebahkan kepada kami. Bukan apa blh jugak membantu kengkawan yg terlebih supply tu. Insya Allah kita cuba adakan satu bentuk konsortium.

Wednesday, May 28, 2008

Cuaca Tak Menentu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi terima panggilan dr MARA daerah Seremban ... Akhirnya agreement dah ready so esok blh sign. Harap harap nya dlm next week dah blh dpt cek. Byk perancangan yg tergendal sbb poket dah kering.

Nampaknya seminggu dua ni cuaca x menentu & memberi impact yg begitu tinggi kepada hasil cendawan. Byk anak anak cendawan yg kekeringan dan mati. So sebagai langkah pembaikkan ... kami membuat schedule penyiraman lantai lebih kerap ... setiap 2 jam sekali. Nampak 2 3 hari ni ada perubahan yg ketara. Dah byk anak anak cendawan mula keluar ... Alhamdulillah.

Hari ni tadi dpt lagi order bungkah cendawan dr Pahang. Kebetulan depa dengar kami nak balik Pahang ni so dia terus order 300 bungkah cendawan.

Harapan balaik kpg ni nak jugak melawat beberapa pengusha cendawan di sekitar Pekan & Chini. Tp cuma takut masa x mengizinkan je.

Aaa .... Satu lagi kalau ada sesiapa yg mempunyai kekurangan bekalan cendawan harap dpt menghubungi kami. Insya Allah ada kengkawan yg blh supply sebyk 100KG daily.

Sunday, May 25, 2008

Sibuk lagi ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

2 3 hari ni agak sibuk sedikit dgn pelbagai aktiviti sbg cth hari ni ... pagi ke kebun & kebetulan pulak kena menyuntik benih ada dekat 1.2K yg nak kenasuntik. Memula kena kelaurkan dulu dr steamer & lepas tu baru blh suntik.

Settle semua keje kat kebun dlm pukul 2 ptg ... terus balik dan dah janji dgn adik ipar utk ambik dia kat Putrajaya ... rupanya dia masuk pertandingan kawat kebangsaan. Tp malangnya skuad belaiu x terpilih sebgai pemenang. Sampai di rumah pun dah dekat pukul 6.30 ptg.

Baru sat tadi pulak ada mtg dgn partner pasal new projek. Harap harapnya berjaya hendaknya.

Mintak maaf sbb sblm ni ada janji nak upload gamabr tp malangnya masih tak kesempatan atas sbb sbb yg x dpt dielakkan.

Kebetulan pulak selepas masalah paip air selesai ... tetiba muncul pulak problem lain. Rupanya byk btg paip yg bocor & Alhamdulillah hari ni tadi dah repair & masih ada sedikit problem ... Insya Allah mamat tu janji nak repair esok. Harapnya semua masalah air ni akan selesai.

Sejak semalam kami dah mula buka tutup cendawan utk batch yg baru. Tp mcm biasa kenalah tunggu dlm 7 hari utk dptkan response & selalunya 1st round ni mmg x byk yg keluar.

Berdasarkan pemerhatian kami ... kalau bungkah lama tu dia cuma ambik masa dlm hari je dah blh petik hasil. Maybe sbb kita dah practice kan dia kot. Oleh sbb itu kami dah mula buka daily 2 row utk bungkah lama kami. Bukan apa hasil dah merundum sgt. So perlu naikkan hasil harian. Harap harapnya taktik ni berjaya.

Friday, May 23, 2008

PPK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi settle jugak masalah utk menjadi ahli PPK. Pepagi tadi berjumpa dgn Tn Hj Jamaludin ( Ketu Unit PPK kawasan paroi ). Tujuan utama adalah utk mendapat sokongan beliau utk menjadi ahli PPK. Alhamdulillah semuanya beres tanap sebarang masalah.

Kebetulan pulak kat rumah Tn Haji ni penuh dgn pokok Mas Cotet. Rupanya belaiu ni merupakan salah seorng pengusha mas cotet di kawasan Paroi ni. Tu lah ... bila terjumpa je tempat menarik kamera pulak tertinggal kat rumah. Mmg menarik permandangan rumah Tn Hj ni. Ada deretan pokok Mas Cotet dan di belakang rumah beliau ada pulak kolam ikam. Kalau dr luar mmg x perasan. X sangka di kawasan bandar masih ada tempat yg mcm ni.

Hari ni jugak sempat melawat seorg lagi pengusha cendawan di Paroi. Mcm biasa ... tertinggal kamera. Rumah cendawannya beratapkan rumbia .. ada 2 biji rumah yg memuatkan sekitar 30 ke 40K bungkah cendawan. Hasil harian setakat ini adalah dlm 15KG.

Insya Allah next time kami akan cuba adakan lawatan susulan & Insya Allah akan cuba postkan serba sedikit gambar tapak projek pengusha kita ni.

Sebelah petang pulak kami ke PPK daerah Seremban di pekan Labu. Dalam perjalanan hujan pulak turun dgn lebarnya ... Insya Allah ni petanda baik dr Allah ... harap harap ada rezeki dgn PPK. Balik dr PPK singgah di tempat En Yazid. Nampaknya hasil cendawan beliau telah meningkat ke 50KG daily. Pehhh mmg hebat. Yg peliknya kata belaiu masih blm dpt memenuhi permintaan ramai.

Kami sebenarnya kenkadang risau jugak bab menjual hasil ni. Insya Allah dlm jangkamasa terdekat kami mungkin akan dpt mengeluartkan dlm 40KG daily. Perasaan takut x dpt menjual hasil kami ni masih bermahrajalela di pemikiran kami. Bukan apa masa hasil sikit ni ramai yg kata tak cukup tp bila hasil kita dah byk esok lain pulak ceritanya. Apa apa pun kami sentiasa berdoa agar pintu rezeki sentiasa terbuka buat kami .... amin.

Kalau ada kengkawan yg mempunyai idea dlm bab pemasaran ni harap dpt kongsikan dgn kami .... Ad jugak dgr cerita di Tanjung Sepat ada syarikat yg sanggup membeli hasil cdwan seberapa byk yg kita ada ... tp mcm biasa ... harga dia sakitlah bro.

Harap harap eosk kalau dpt nak upload sedikit gambar perkembangan tapak projek kami ... Insya Allah

Thursday, May 22, 2008

Cerita Net Lagi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah pemasangan net utk rumah cendawan kami yg ke3 dah hampir siap. Rasanya Insya Allah esok dijangkakan siap. HAri ni je tadi beli peralatan dekat RM500 utk pembuatan rumah cendawan. Tak tau lah agak agaknya berapa lagi yg nak kena laburkan utk 4 lagi rumah cendawan kami ni.

Petang tadi pulak dah panggil plumber utk pembuatan piping baru di farm kami ni. Rupanya terlalu byk paip yg bocor. So x de choice kena lah jugak tukar yg baru. Mamat tu kata Insya Allah hari ahad ni baru dia blh dtg utk repair semua problem tu. Di samping tu kami juga akan memasang 2 biji tangki air ... just incase kalau ada sortage of water so adalah jugak back up.

Insya Allah esok ada temujanji dgn ketua unit PPK daerah Seremban. Susah jugak nak jadi ahli PPK ni byk sungguh protocolnya. Harapanya x de lah sebarang masalah yg timbul.

Wednesday, May 21, 2008

Pasang Net

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah mula pasang net kat rumah cendawan yg ke 3. Entah mcm mana tetiba dtg idea utk buat kerangka rumah cendawan tu. Alhamdulillah ... ilham tu dtg dr Allah yg Maha Kuasa.

Actually hari tu just beli 1 gulung je net sbb dah x ingat berapa gulung yg kami beli sblm ni utk 2 rumah yg terdahulu. Pehh meleset sungguh jangkaan kami ... rupanya utk 2 biji rumah cendawan tu perlukan dlm 5 gulung net ... pehh berpeluh dibuatnya ... segulung RM110 (90%) ... kalau 5 gulung ... terbang dlm RM550.

Insya Allah kalau ada rezeki nak buat lagi 4 rumah .... maun dekat 10 gulung net lagi yg diperlukan. Bukan senang nak jadi senang .....

Insya Allah ikut plan dlm next week new production akan keluar ... tp mcm biasa the first round punya hsil might be very small. Harap harapnya by next month dia dah boleh keluar at least dlm 70%.

Aaa .. lupa pulak nak update. Hari ni tadi ke JBA N9 lagi. Kebetulan pulak minah yg jaga hari tu x de pulak. Alhamdulillah ada seorg mamat pulak yg jaga. Kawan pun ceritalah masalah yg kami hadapi buat masa ini. Dia terus je log problem tu dah contact person in charge dan starigh away make an appointment ptg tadi.

Alhamdulillah dekat pukul 5 ptg tadi technician tu sampai. Rupanya problem dia kecik je .. stop koc sblh meter tu yg rosak. Depa tukar je dgn yg baru ... pehh bukan main laju lagi air. Lega rasanya problem ni dah selesai. Anyway TQ so much kat mamat yg tolong kami tadi. Ada jugak org yg prihatin .. Alhamdulillah

Insya Allah esok ingat nak panggil plumber utk next step .... ingat nak pasang 2 tangki dan repair tandas kami yg x berapa betul tu & ingat nak pasang shower sekali. Kalau apa apa senang semuanya dah ada. Kalau dah start buat training nanti senang sikit semua keperluan dah sedia ada.

Tuesday, May 20, 2008

Susun Bungkah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi baru je selesai menyusun semual bungkah bungkah yg jatuh. Dr pemeriksaan tadi ada dekta 30 bungkah yg koyak rabak sbb jatuh. Alhamdulillah cuma 5 biji bungkah je yg total loss.

At the same time kami jugak dah pasang beberapa tali keselamatan just incase if anything happened to the main support. X sanggup rasanya nak melalui masalah yg serupa ... Insya Allah this will be a good lesson for us.

Pemasangan net mungkin x dpt di lakukan dlm masa terdekat ni sbb ianya memerlukan tiang tiang besi sbg support kepada rak rak besi kami tu. Once that is ready baru blh pasang net.

Hari ni tadi actually dah beli nett dan beberapa kelengkapan utk pemasangan net utk rumah ke 3 dan ke 4. Tp malangnya mmg x dpt nak dilakukan subb tiang support blm ada lagi. The only choice just balu je dulu rak rak yg dah siap tu. Hoepfully esok atau lusa dpt new idea as how to resolve this issue.

Monday, May 19, 2008

Rak ... Dah Repair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi settle jugak masalah rak kami. Penat jugak dibuatnya sbb kena turunkan dekat 3K bungkah cendawan sblm kerja kerja utk menarik tiang tiang rak ... takut nanti patah pulak sbb beban yg begitu byk. Siap guna jek kete utk tarik tiang tiang rak kami tu. Nak guna kederat mmg x dpt sbb keseluruhan rak tu dah susun dekat 12K bungkah.

Masa repair rak tadi ada jugak dekat 1K bungkah yg jatuh kelantai sbb pergerakkan rak semasa menarik kaki kaki rak. So masak jugak esok nak menyusun semua bungkah yg jatuh dan yg telah di turunkan masa proses pembaikkan. Harap harap nya masalh ni x akan berulang lagi.

Nampaknya dgn progress ni .. Insya Allah kami akan mula membuka tutup tutup peram mulai minggu hadapan. Esok jugak kalau sempat ingat nak pasang net utk 2 biji rumah cendawan sbb dah ada dekat 2K ++ bungkah cendawan yg dah ready kat bilik suntik.

Sunday, May 18, 2008

The Last Day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi complete dah 3 days training. Kebetulan pualk masa bagi tarining ni byk betula masalah yg timbul ... bukan on traing tp bab masa. 1st day kena mengadap MARA dan sesi suai kenal, 2nd day anak pulak ada grading ... cuma 3rd day je mmg dapt full time dgn mamat tu. Tapi apa apa pun Alhamdulilah semua keje dah di terangkan secara terperinci berserta dgn latihan praktikal sekali.

Nampaknya kawan kita tu begitu bersemangat utk memulakan projek Cendawan Tiram ni kat Chini. Alhamdulillah sempat jugak bagi kat dia training certificate bagi membantu beliau dlm permohonan bantuan dr pelabagi pihak. Di samping itu, beliau juga telah menjadi pembeli pertama bungkah cendawan kami sebanyak 200 bungkah. Insya Allah katanya esok dah nak mula buat rumah cendawan.

Hari ni jugak adalah Hari Jadi anak kami yg sulung tu .... HAPPY BIRTHDAY KAKAK. Insya Allah esok baru blh bawak dia gi celebrate kat luar. Hari ni mmg x sempat sbb aktiviti terlalu byk. Moga Allah panjangkan umurnya, di murahkan rezeki, kejayaan dunia & akhirat, mendapat petunjuk dr Allah dlm menuju kearah kebenaran dan di jauhkan dr sebarang maksiat & dosa.

Bab rak pulak ... hari ni tadi dah mula memasang beberapa batang besi bagi mengikat rak rak cendawan kami yg condong tu. Harap harapnya esok dpt di selesaikan. Lama sgt dah hold production utk bungkah baru kami ni. Moga Allah membantu kami dlm menyelesaikan masalah rak ni secepat mungkin.

Saturday, May 17, 2008

2nd Day Training

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah selesai training day 2 ... Antara activity hari ni adalah ... pembersihan bungkah cendawan selepas menuai, preparation utk suntik benih & do & don't, suntik benih & rawatan terhadap bungkah yg mengahadapi serangan kulat oren & hijau.

Tp in term of timing ada sedikit problem hari ni sbb kebetulan pulak ada grading utk anak yg sulung tu. Mula mula ingatkan kejap je ... pehh sampai pukul 4 ptg baru habis. Selalunya sekejap je ... semua ini adalah perancangan Allah ... so ikutkan jelah. Mostly by 2.30ptg dah settle. Rupanya ada pulak sesi photograpy pulak kali ni.

So petang tadi training tergendala sekejap dan menyebabkan peralihan time table. Sudahnya dekat pukul 7 ptg tadi baru settle training day 2.

Insya Allah esok kalau sempat nak cover beberpa lagi topik ... penjagaan bungkah cendawan, daily inspection, kerek benih selepas bungkah mencapai tahap matang, pembinaan rak cendawan dsb.

Smlm PC ni buat hal lagi ... monitor yg pinjam dgn cousin tu pulak tetiba kong. Dan jadi masalah ... Alhamdulillah ada member yg sudi menjual monitor lama beliau. TQ En Hazri atas jasa baik tuan. Dgn itu dptlah kami update blog hari ni .... Alhamdulillah

Friday, May 16, 2008

Busy Day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah start 1st day kursus. Concentration more on pembuatan bungkah cendawan. So the whole day mamat tu just doing bungkah cendawan. Dr tapis kayu getah .... mesin bancuh ... masukkan campuran abuk kayu getah .... mampatan campuran kayu getah dan pemasangan neck dan tutup peram. Assessment hari ni ... bungkah yg dia buat tu dah kira 100% perfect. So dah blh start buat sendiri. Di samping tu kami juga menurunkan ilum dr segi mengutip hasil cendawan, teknik pembuangan akar cendawan dan packaging technique utk small volume and big.

Insya Allah perancangan utk esok ... suntik benih, rawatan terhadap bungkah terkena penyakit, teknik pembuangan benih & pembersihan bungkah selepas mengutip hasil. Harap harap by end of tomorrow dia dah dpt about 80 to 90% the overall knowledge about cendawan cultivation.

So far hari ahad kami plan utk cover mana mana lagi part yg tertinggal dan apa apa subjek yg ingin diulang latihan. Harap harap kami dpt memberikan latihan terbaik agar beliau blh menjalankan projek cendawan serta merta tanpa perlu mencari lebih byk ilmu tentang penanaman cendawan ini.

Pagi tadi penjumpaan dgn Pengarah MARA N9. Rupanya it just a part of the caring project under MARA ... get to know your participant and sharing business potential between the participant. Hari ni tadi ada dekat 19 pengusha yg dtg dan blh katakan semuanya mempunyai bidang keushawanan yg berbeza.

Menurut Pengarah MARA beliau akan cuba menjalankan satu motivation talk pada 31st of May bersempena dgn MARA N9 showcase. Semua ushawan yg telah berjaya mendapatkan pembiyaan dr MARA akan di jemput utk menghadiri motivation talk ini. Dgrnya mcm menarik je ... its more on mindset motivation. Harap harap ianya dpt membantu dlm perniagaan kami ini.

Thursday, May 15, 2008

Update Status ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah mula keja keja mengecat rak rak cendawan kami. So far dah siap dekat 7 rak. Hopefully hari ahad ni blh siap sekurang kurangnya sebiji rumah cendawan utk perpindahan bungkah dr rumah ke 2.

So far dah siap dekat 16K bungkah cendawan. So far dah bukak dekat 4.5K dan disebabkan problem dgn rak pembukaan bungkah baru di hentikan buat sementara waktu agar perpindahan bungkah dpt di buat terlebih dahulu.

Insya Allah esok start kursus pertama kami .... ada seorg je perserta. Bukan apa nak bg concentration ... mcm mentor mentee lah kiranya ni. Kalau blh kita nak biar depa ni blh terus mulakan projek slepas je kursus ni tamat. Insya Allah kalau yg ni berjaya maybe kami akan cuba adakan kursus kursus kecil seperti ni. Bukan apa ... berdasarkan pengalaman kami pergi kursus dulu .. rasanya cuma dpt dlm 20% je. Harap harap kami dpt melahirkan ushawan cendawan yg sempura tak pun sekurang kurang nya blh berdikari selepas tamat kursus ni.

Wednesday, May 14, 2008

Masalah Air

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah pasang beberapa penahan kat rak rak cendawan yg mencondong tu. Insya Allah this saturday & sunday baru blh tegakkan rak rak tersebut. 1st of all kena alihkan semua bungkah yg ada kat dlm rumah ke2 tu. So sblm tu kenalah siapkan dulu rumah cendawan ke3. So byk keje nak kena buat saturday & sunday ni.

Tension betul dibuatnya dgn JBANS ( Jabatan Bekalan Air N9 ) ni. Dekat 4 minggu lepas buat laporan kat JBA pejabat negeri. Dia kata Insya Allah in one week time semuanya akan settle. Tunggu punya tunggu bayang pun x nampak. Selepas 2 weeks follow up balik kat pejabat yg sama .... simple je jawab dia " Kami dah report masalah ni kat JBA daerah Seremban ... So apa apa kena contact dia org ... ni nombor dia " Hampeh betul kita report kat dia blh dia divert kita kat tempat lain.

Call kat JBA daerah Sbn, dia kata akan hantar org utk check. Dekat 2 minggu tunggu masih x de prg yg datang atau call kami. So petang tadi pegi ke JBA daerah Sbn ... report benda yg sama sekali lagi. Mintak no report ... tak de. Mcm manalah JBA ni nak monitor KPI kalau semuanya x berekord. Yg paling hampeh tu .. report kami tu dia tulis kat atas ketas just tulis nama dan alamat ... tak de form pun. Sedih sungguh.

Kalau ikut hati mmg panas dibuatnya ... tp tak pe kita bagi lagi dia masa dlm 3 hari. Kalau x settle jugak maun bertekak jugak dgn mak cik yg jaga tu. Benda ni skang dah jadi masalah besar. Nak buat apa apa pun susah sbb air kat tempat kami tu terlalu kecil dah pressure dia teramat rendah nak naik ke tangki pun x terdaya.

Tuesday, May 13, 2008

Sedih vs Gembira ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni ada berita gembira tapi disambut pula dgn sedikit peristiwa yg kurang baik. Hari ni tadi mcm biasa pagi dan ptg mmg dah jadi routine kutip hasil, buat bungkah dan daily inspection ... rak ... kalau ada yg rosak .... bungkah ... kalau ada yg kena serangan kulat, makhluk perosak dan mcm mcm lagi. Bukan apa .. bagi kami ini adalah perkara penting kalau nak maju dlm bidang pertaninan ni x blh nak harapkan pekerja sahaja. Kalu blh jgnlah berlagak seperti bos. Hari hari goyang kaki kat dlm office. Kalau mcm tu Insya Allah x lama lah projek kita tu.

Apa apa pun petang tadi rak dlm rumah cendawan ke 2 kami .... ada dlm 12K bungkah tu. Kelihatan rak raknya dah mula nak mencondong rebah kebumi. Tu lah Alhamdulillah perasan awal. So beberapa usha sedang dijalankan utk meny7elamatkan keadaan. Kalau jatuh masak kami. Ada dekat 20K bungkah cendawan. Mana nak letak ? Sebenarnya kami mmg selalu riasu sbb rak kami ni x dpt nak disambungkan pd mana mana tiang utama sbb semua tiang tu dr besi. Dalam planning mmg nak pasang besi kat atas rak dan paterikan kat tiang tiang utama. Blm sempat nak buat dah kena. Harap esok masalah ni dpt diselesaikan.

Alhamdulillah hari ni tadi berjaya call MARA daerah Seremban dan dimaklumkan pinjaman kami telahpun diluluskan oleh MARA N9. Insya Allah Jumaat ni ada taklimat dr Pengarah MARA N9 berkenaan dgn pinjaman kami ni. Terima Kasih x terhingga kepada MARA atas berita baik ini.

Anyway ... TQ pd semua sahabat yg medoakan kejayaan pinjaman kami ini. Moga Allah membalas jasa baik sahabat sekalian. Insya Allah dgn sumber modal baru ni blh lah memberi energy baru utk memenuhkan semua rak rak kami ni. Insya Allah juga beberapa outsource staff akan mula masuk di farm kami ini bagi membantu dlm proses pembikinan bungkah cendawan. Insya Allah daily blh dpt dlm 1K.

Sunday, May 11, 2008

Hasil ....

Assalamaulaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni hasil dpt dlm 6KG ... actually x cukup utk penuhi permintaan pembeli. Short tadi dlm 3KG. Pegi cari kat Mambau .. malangnya dia org pun hasil agak kurang hari ni.So x de cara lain just hantar je apa yg ada.

Insya Allah hasil mungkin akan bertambah esok sbb hari ni tgk byk anak anak cendawan sebesar duit 20sen. Harap harap esok blh dpt dlm 8KG. Ada org nak dlm 10KG esok. Dah janji nak dtg kat farm pukul 8pagi. Bagi jelah berapa yg ada tp harap harapnya dptlah memenuhi permintaan kawan kita tu.

So far skang ni bungkah yg dah ready utk mengeluarkan hasil dlm 7K bungkah. Dlm 4.5K dah bukak tp mcm biasa 1st round mmg production yg kluar dlm 20% je. So for this few weeks mmg tak dpt nak membantu sgt dr segi production cendawan.

Tp Alhamdulillah bungkah lama kami tu masih still menghasilkan cendawan yg power power walupun dah dekt 9 round kutip hasil. Harap harap dpt bertahan sehingga bungkah baru ni full production.

Petang tadi ada seorg pengusha baru dr Lepar - Pahang tanya pasal bungkah cendawa. Cadangannya nak beli dlm 4000 bungkah cendawan dan beberapa peralatan cendawan. Dah bagi quotation kat dia tadi. So kalau ada rezeki Insya Allah dia akan call balik.

Mamat yg nak kursus dgn kami tu dah confirmed. Katanya nak dtg hari khamis ni. So ni merupakan kursus pertama kami .. maybe this time it will not be so formal ... just like OJT. Kami akan ushakan utk memberi seberapa byk ilmu yg kami ada dan semoga dia akan berjaya kelak dlm busniess cendawan ni .... Insya Allah

Saturday, May 10, 2008

Rak Siap ... Rumah x Lagi

Assalamulaikum & Salam Sejahtera .....

Alhamdulillah hari ni start balik keje keje pembuatan bungkah cendawan. Terhenti sekejap sbb dah tak de tempat nak letak bungkah cendawan. So nak mudah still proceed dgn pumbuatan bungkah so that bila rumah dah ready nanti just masuk je. Issuenya ... kat mana nak letak dulu.

Alhamdulillah jugak sbb rumah suntik kami tu agak besar. So far dah ada dlm 1.2K kat dlm tu. Kalau ada raga senang jugak nak susun tp masalahnya raga yg ada cuma cukup utk pengukusan je. Apa lagi just susun jelah kat dlm bilik suntik tu.

Hari ni bukak lagi dlm 1.1K bungkah cendawan dan hasil dah mula merancak naik dan Insya Allah esok nak hantar kat rumah org kenduri pulak. Dia dah sound awal awal lagi. Dia nak dlm 4KG utk buat sayur campur katanya. So esok kena ke farm awal pagi sbb dia nak cendawan tu dlm pukul 8pagi.

Friday, May 9, 2008

Cendawan Pertama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni dah beberapa bungkah yg kami buat sendiri ni dah mula mengeluarkan anak anak cendawan. Tp blm berapa pbyk lagi ... rasanya less than 10 bungkah dr 1200 bungkah yg baru dibuka semalam.

Hari ni tadi buka lagi 1100 bungkah. So in average kami nak bukak dlm 1000 bungkah daily. Overhead cost terlalu tinggi ... at least kena produce dlm 50KG daily barulah ada untung sikit.

Hari ni tadi masuk lagi dlm 3 tan abuk kayu getah ... so far stock ada dekat 8 tan abuk kayu getah. Bukan apa just to be in the safe side. Kita actually perlukan dlm 50 tan kayu getah utk penuhkan semua rak kami.

Actually dah byk kali jugak org call tanya pasal training ni ... kalau ikut hati rasanya blm bersedia lagi. So far mana mana yg call tu kami just divert je kat mana mana pengusha terdekat dgn caller tu.

Hari ni tadi kebetulan ada 2 org yg call tanya pasal training ... yg sorang tu Alhamdulillah jumpa web pengusha kita kat Kedah dan kebetulan dia pulak call dr Penang. So divert je kat pengusha kita tu. Harap harap kawan kita tu dpt ilmu yg dicarinya.

Seorg lagi tu pulak org kpg isteri ... susah lah pulak nak divert divert ni. So kami dah agree utk train dia selama 3 hari ... cadangnya nak charge RM300 termasuk makan, minum & tempat tinggal. Kira menolong je ni.

Thursday, May 8, 2008

Ringkas ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah mula buka bungkah baru so far yg matang ada dlm 5500 bungkah. Bungkah lama kami tu dah nak pencen tp dilanjutkan perkhidmatan sbb bungkah yg baru ni baru nak start production. Harap harap hasilnya memberangsangkan.

Insya Allah esok permohonan pinjaman MARA kami akan dibincangkan didlm mesyuarat MARA N9. Moga permohonan kami ini diluluskan. Insya Allah hari Isnin ni baru blh follow up dgn mereka berkenaan dgn status permohonan kami ini.

Tuesday, May 6, 2008

Cerita Sedih ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah masalah mlm tadi dgn komputer berjaya di selesaikan dgn bantuan sepupu. Di jadikan cerita mlm tadi Monitor tetiba pulak rosak ... baru je siap keje dan ingat nak update blog. Pening jugak kepala sbb x de komputer. Kita dah hari hari duduk depan komputer dan update blog.

Apa apa pun syukur kat Allah sbb ptg td pegi kat rumah sepupu ... alah 10 meter je dr rumah kami ni. Tgk tgk dia ada monitor spare ... apa lagi pinjamlah dulu. So sapa sapa yg nak jual monitor 2nd hand bolehlah hubungi saya di talian 012 3535181. Jgnlah jauh sangat. Sekitar N9 kira oklah tu.

Update 5th Mey 2008

Alhamdulillah pagi pagi lagi kami dah bertolak dr rumah sebagaimana yg kami ceritakan sblm ni nak melawat lawat badan kerajaan yg mampu memberi khidmat sokongan kepada pengusha cendawan seperti kami ni. Seperti biasa pergi dgn En Kadir.

1) Pejabat PPK Negeri - N9

Sampai disana dekat pukul 9 pagi. Agak lengang x ramai org. So berjumpa dgn kerani kat situ. Rupanya nak jadi ahli PPK ni kena pegi kat daerah. X blh terus ke pejabat negeri. So tanyalah beberapa soalan mcm berapa yuran, bantuan ... semuanya dia x tau. Aduh sakit jiwa. Tanya jugak kat dia kalau pegi ke PPK seremban blh terus daftar ke ... sbb mengikut pengalaman En Kadir pegi sana cuma ambik borang je. Lepas tu kena pegi jumpa wakil kawasan pulak utk di ajukan kepada PPK.

Selamba je dia kata x payah. Chk punya chk PPK daerah Seremban rupanya kat Labu bt 10. Pehh jauh jugak tu. So apa blh buat gerak jelah ke PPK daerah Sbn.

2) Fama - Pusat Jualan N9

Sampai kat FAMA dlm pukul 10 pagi. Berjumpa dgn salah seorg pegawai kat situ. Rupanya org yg bertangungjawab tu x de kat office. Katanya pegi melawat petani. Dan dia x tak de kami ajukan pertanyaan bab penjualan hasil cendawan kepada mereka .... sempoi je ... kami x ambik cendawan sbb x de permintaan dan penawaran buat masa skang ni. Tp Alhamdulillah dia org agree utk kongsikan contact kami kepada mana mana ushawan yg dtg ke FAMA mancari hasil cendawan.

3) PPK Daerah Seremban - Labu Bt 10

Nampak pejabat besar tapi bila masuk kat dlm ada seorg je. Maybe yg lain lain ada tugasan diluar agaknya. Betul kata En Kadir rupanya. Dtg situ cuma ambik borang je ... lepas tu kena jumpa wakil PPK di Seremban. Hampeh betul ... buang karen je. Apa apa pun at least dpt jugak borang keahlian.

4) Lawatan ke FAROSTRY SDN BHD - Labu bt 10

Alhamdulillah sempat jugak singgah kat salah satu kawasan baru cendawan tiram di Labu Bt 10 ni. Tp pengushanya org lama .. En Yazid .. RASE. Bukak cawangan agaknya. So sesambil lalu tu kami singgahlah utk memberi support kepada kawan lama kita ni.



So far ada 3 biji rumah cendawan yg dah siap dan dipenuhi dgn lebih 40K bungkah cendawan.



Ni pulak pejabat, tempat pembungkusan dan tempat tinggal perkeje mereka. So far ada 3 org pekerja dr Myanmar.



Tempat letak abuk kayu ... design mmg cantik ... senang lori tipper nak turunkan abuk kayu get ... tempat ni mmg well plan. Org lama dlm bidang ni lah katakan.



Haa .. ni sesuatu yg menarik. Raga plastik .. kukuh dan tinggi. Mmg sesuai digunakan utk projek cendawan ni. Kami dah book dlm 200 biji kat En Yazid.



So sapa sapa yg kebetulan lalu di Labu bt 10 atau mmg nak buat lawatan ataupun nak membeli hasil cendawan sila hubungi En Yazid di talian 019 6846371.

Update 6th May 2008

Alhamdulillah hari ni kami siap korek lagi 1K bungkah cendawan. So far dah ada dlm 5500 bungkah cendawan yg tgh menunggu masa utk mengeluarkan hasil. Daily production skang ni agak membimbangkan. So far daily dlm 5KG dan beberapa permintaan terpaksa di tolak sbb hasil x berapa byk.

Petang tadi pulak En Hazry dr MARA daerah Seremban call mintak clarify beberapa issue . So Alhamdulillah semuanya kami berjaya explain. Menurut beliau kalau x de aral Insya Allah loan application kami ini kan di bentangkan di dalam mesyuarat MARA Negeri pada hari Jumaat ini. So Insya Allah hari Isnin ni blhlah follow up & harap x de masalah.

Sunday, May 4, 2008

Hasil Pertama ... Bungkah Sendiri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi ada beberapa bungkah yg kami korek benihnys pd 29hb April lepas dah x sabar sabar utk mengeluarkan hasil. Habis tutup rehat terbuka dibuatnya. Harap harap ini adalah petujuk yg baik bagi kami ...

Esok Insya Allah menjadi hari yg sedikit sibuk sbb ingin melawat badan badan kerajaan yg support bidang pertanian ini. Dlm perancangan utk melawat ... Pejabat Mardi Daerah Seremban, Lembaga Pertubuhan Peladang Seremban, PUSMA, FAMA & Jabatan Pertanian Daerah Seremban. Cuma takut x sempat nak melawat semua tempat sbb masa yg ada cuma 4 jam sahaja.

Insya Allah akan kami cuba kongsikan dilaman web ini apa apa bentuk bantuan yg boleh diberikan oleh badan badan kerajaan ni ... yg mana berkaitan dgn cendawan lah ya.

Saturday, May 3, 2008

Cerita Lawatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah baru je selamat pulang dr Jerantut Pahang meghantar peralatan cendawan kesana ... abuk kayu, plastik, kapur & dedak. Tepat jam 10.45 mlm td sampai di rumah.

Sedikit kecewa sbb kamera tertinggal dirumah mmg dah plan sejak 2 3 hari utk bawak kamera utk liputan kat blog ni. Tp kita hanya mampu merancang & Allah yg tentukan.

Apa apa pun TQ yg x terhingga kepada En Syed dr Jerantut Pahang atas pembelian peralatan cendawan melalui syarikat kami. Moga usha tuan utk mempelopori bidang cendawan ini akan menempa kejayaan dan tak lupa juga TQ bebyak sbb belanja kami makan tengahhari di rumah tuan .... ikan lampam masak tempoyak ... pehh mmg sodap dah lama dgr masak tempoyak org Pahang ni akhirnya ketemu jugak kat Jerantut.

En Syed kita ni ada sebiji rumah cendawan & rasanya Insya Allah blh muat sekitar 10K ke 12K bungkah cendawan. Dan buat masa ini beliau telah membeli sebyk 2K bungkah cendawan dan dijangka akan matang pada bln 6 ini. Utk mengorak langkah beliau telah membuat keputusan utk membuat sendiri bungkah cendawan .... sbb tu lah kami ke sana.

Boleh katakan semua peralatan telah tersedia utk pembikinan bungkah cendawan ni ... harap harap beliau berjaya.

Saya ingin memohon maaf sbb x dpt nak menyelitkan sekeping dua gambar tapak projek beliau ... Insya Allah kalau ada rezeki dlm 2 3 minggu akan dtg kami akan menghantar lagi peralatan cendawan ke tempat beliau .... harap harap x terlupa lg membawa kamera.

Friday, May 2, 2008

Cerita Sikit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi talipon pejabat Mara daerah Seramban ... dia org kata application kami tu dah pun di forward ke pejebat Mara Negeri utk approval. So application yg berjaya dr daerah akan dibawak ke dlm meeting Mara Negeri bagi dibincangkan dan memberikan keputusan samada ... approve or decline. Harap harap sgt yg applcation kami ni akan diterima oleh Mara Negeri.

Ok hari ni kita off track a bit from cendawan ...

Actually saya selalu mendengar kat radio IKIM ... boleh katakan setiap hari. So ada jugak dengar pasal MUMTAZ & MARINE FOOD ni. So company ni menghasilkan product daging sepeti bebola daging, burger, sausage dan mcm mcm lagi. So kebetulan hari rabu yg lepas berkesempatan utk singgah di halal mart kat Senawang.

Dah kebetulan singgah tu belilah beberap item ... burger daging & ayam ( dia guna brang AZ ZAIN ). Agak mahal dlm RM12.80 utk 5 keping daging burger. Ayam organik ... dia ni mcm ayam kampung tp tak menggunakan bermcm ubat yg penternak kita suntik kat ayam ayam daging. So thin is really natural chicken. Mcm biasa ayam special mcm ni mmg mahal sikit. Ada dlm 2 bentuk packing .. RM17 saiz L & RM19 utk siz XL.

Yg XL tu takde lah besar sgt mcm ayam daging ... tp just nice. So hari ni tadi org rumah masaklah ayam tu ... pehh mmg sedap .. tak byk lemak & daging dia x mcm ayam daging. Mmg rasa puas hati .... Insya Allah bagi kami lepas ni mmg x cari ayam lain dah. Mmg mahal sikit tapi Insya Allah byk khasiat dan mmg confirmed 100% halah. Actually ayam daging ini mmg byk issuenya. Cara pembelaan ... cara process ... sembelih dll.

Bab burger tu pulak ... mak ooi sekeping tu tebalnya mcm 2 keping burger biasa & rasanya ... pehh mmg sedap betul betul rasa daging & ayam. Disamping tu dia ada campur mcm mcm herbs .. so Insya Allah mmg berkhasiat.

Insya Allah next time kami nak cuba pulak bebola daging, sausage dan daging yg telah di process dr Halal Mart. Ni jelah sokongan yg kami dpt berikan demi kemajuaan ummah.

Insya Allah esok ada lagi trip jauh .... so tunggun liputan kami esok mlm ( kalau x penat lah if not by sunday ). Doakan agar perjalanan kami selamat pegi dan balik ...

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher