TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Wednesday, April 30, 2008

Cendawan Putih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni baru je complete korek 4000 bungkah cendawan. Expected hasil pertama bungkah buatan sendiri ni pada 16hb Mei 2008. Berdebar debar jugak rasanya. Semua precaution measure dah dibuat. Harapannya x menjadi sebarang masalah.

Hari ni pulak masa kutip hasil pagi tadi nampak beberapa cendawan berwaran putih bersih ... setau kami all the while yg kluar semuanya cendawan tiram. Takutlah jugak mana tau ada jangkitan penyakit ke. This is the first time jadi .. walhal bungkah tu dah kluar cendawan byk kali. Ingat nak ambik gamabr td ... malangnya bateri kamera pulak habis. Kalu x blh kongsi dgn rakan blogger semua.

Perancangan utk esok adalah utk menaikkan 2 rak kayu terakhir di tempat kami tu.All togather ada dekat 28 rak cendawan yg dah siap. Paling pendek dlm 25 kaki dan yg terpanjang dlm 28kaki. So far yg dah penuh dgn bungkah cendawan ada dlm 8 rak. Pehh byk lagi tu nak penuhkan.

Tuesday, April 29, 2008

Kisah Tanah ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari tak berapa busy so ada sedikit masa utk membersihkan kawasan sekitar farm kami ni. Rumput rumput semuanya dah diracun .. cuma tgu waktu je utk kering .. lepas tu ingat nak bakar je ... Tp x silap hari tu ada yg inform kalau blh jgn ada pembakaran kat farm cendawan ni. Betul ke ? Ada yg kata punca kulat kuning ni dr asap pembakaran.

Hari ni menantu tuan tanah dtg menjenguk kawasan. Pak cik tu actually dah lebih sebln admitted kat hospital. Mula mula tu dia demam ... lepas tu paru paru berair dan yg latest ni dgrnya dia ada masalah dgn saluran kencing dia. Kami doakan agar dia cepat sembuh.

Pak cik tu actually masa dia sihat blh katakan setiap hari dia dtg jenguk kebun dia kat belakang tapak projek kami ni. Byk jugak pokok yg dia tanam kat situ ... yg kami blh nampak dr jauh ... pisang, durian, ciku & rambutan. Sayang jugak tgk sejak dua menjak ni buah pisang yg dia tanam tu ... burung je yg makan. Kami so far x berani nak ambik sbb bukan hak kamilah katakan.

Tujuan asal mamat tu dtg kami pun x berapa sure ... tp dia kata dia akan dtg balik this Thursday dgn adik ipar dia ( anak pak cik tu ). Apa yg dia nak bincang kami pun x sure. Ataupun maybe just nak bersuai kenal je kot.

Monday, April 28, 2008

Comm with Gov Agency

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah akhirnya hari ni berjaya juga membuat pendaftaran pelanggan di Jabatan Pertanian Daerah Seremban ... sesambil tu isi jugak borang permohonan bantuan. En Farid pegawai yg jaga kawasan kami tu kata " This year punya budget dah habis guna ... so tunggu next year punyalah ye ". Tak pe lah kan .... rezeki tu Allah yg tetapkan. Kalau Dia nak bg esok lusa dah blh dpt.

Apa apa pun usha kena ada ... Thn depan pun apa salahnya. At least dpt jugaklah sedikit peruntukkan dr Kerajaan kita.

Ada jugak tanya kat dia pasal bantuan Jabantan Pertanian dlm penghasilan benih cendawan ... Menurut beliau, Jab Pertanian dan kenalpasti satu kawasan di PD utk dijadikan pusat pengeluaran benih cendwan. So dia kata kena tunggu dulu. Once confirmed nanti dia akan inform kami.

Dia jugak dah janji nak melawat tempat kami dlm this week or next week. Harap beliau blh memberikan khidmat nasihat demi kejayaan projek kami ni.

Hari ni pulak kat tapak projek .... dah korek benih dlm 4000 bungkah cendawan. Insya Allah next 10 days dah blh start production. Nampak gayanya marketing dah nak start kena buat. Kalau ada rezeki dekat 30 ke 40 KG hasilnya perday.

Sunday, April 27, 2008

Kursus Ternakkan Cacing

Assalamualikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi sempat menghadiri kursus pembiakkan cacing. Kursus tu cuma setengah hari je. Tp rasanya byk maklumat yg kami dpt dr kursus tersebut.

Juat to share will all the readers ....

Syarikat yg memberikan kursus ini berkonsep jual dan beli. Maksudnya ... benih cacing tu dia org supply dan hasil kita nanti dia org jugak yg beli balik. So ternakkan cacing ni memberikan pulangan kepada pengusha melalui 3 sumber .. iaitu :-

1) Air cacing ... kata mereka dlm RM10 perliter

2) Baja Kompos ... RM1 perKG

3) Cacing ... RM60 to RM120 perKG

Cacing ni pulak mempunyai media dia tersendiri ... mcm cendawan lah jugak. DIa menggunakan konsep 50 50 ... iaitu 50% terdiri dr salah satu ... jerami padi, abuk kayu dan batang pisang. So kita process dgn merendamkan media tersebut ke dlm air selama yg boleh ... kata depa lagi lama lagi baik. Cacing ni suka makan benda yg dah reput.

Lagi 50% tu mestilah dr hasil buangan binatang ... contohnya najis lembu, kambing, ayam, kaldai ... yakni selain dr najis manusialah. Guna konsep yg sama ... iaitu rendam dulu dlm air ... lagi lama lagi baik.

So tempat bela cacing ni dlm bekas yg panjang dia 6 kaki, lebar 3 kaki dan tinggi dlm 6 inchi. So dlm bekas ni blh masuk 1KG induk cacing dan media sebyk 30KG. Media ni cukup utk sebulan makanan induk cacing ni. Siraman dilakukan 2 x sehari. Pagi sekali dan petang sekali.

Satu lagi hari hari kalau blh letak je lebihan nasi, kertas, kulit buah buahan kat atas media tu ... Insya Allah habis dikebas dek cacing ni. Tapi rule yg paling penting ... basahkan dulu. Abuk kayu pun blh jugak.

Selepas sebln ... 1 rak seKG cacing td blh menghasilkan dlm 150KG baja kompos dan cacing tadi menjadi 4KG dlm 2bln. So sesiapa yg nak buat pengiraan tu ... gunakan figure yg saya dah bagi ni. Insya Allah tepat ( ni kata depa .... bukan saya ).

Actually byk lagi ceritanya .. tp secara ringkas nilah intisari pemeliharan cacing ni. So sapa sapa yg berminat tu blh lah teruskkan dan buat lah dulu planning .. dan satu lagi modal dia x byk. SeKG induk cacing tu dlm RM450. Benda ni cepat membiak so induk tu mostelikely cuma beli sekali je.

Harap dpt membantu ....

Saturday, April 26, 2008

Jalan Jalan Cari Ilmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hajat kami utk melawat beberapa tempat pengusha cendawan telahpun tercapai hari ini. Walaubagaimanapun hanya berkesempatan melawat tiga pengusha sahaja.

Berikut adalah serba sedikit yg dapat kami kongsikan bersama pembaca sekalian ....

Pukul 2.00ptg sampai di Pingiran Senawang berjumpa dgn En Kadir ( SUT ) org lama kita dlm bidang cendawan ni & menjadi org kepercayaan Mardi Seremban. Alhamdulillah dr situ kami terus ke tapak projek kami di Tmn Angsamas .. just nak chk semuanay dlm keadaan baik.

Dalam pukul 3ptg sampai di Cendawan Mambau .... antara bakal pengusha besar di Negeri Sembilan. Berbekalkan modal sebyk RM500K pinjaman dr Bank Pertanian ( AGRO BANK ) projek ini telah dimulakan sejak setahun yg laln. Projek ini diterajui oleh 10 org belia.

Menurut wakil pengusha En Marzuki ... Mereka memerlukan sebanyak 500KG cendawan harian utk di hantar ke pasar borong Selayang. Malangnya buat masa ini hanya mampu mengeluarkan sekitar 50KG setiap hari dan cuma cukup utk bekalan setempat sahaja. Namun begitu pembangunan begitu rancak sedang dijalankan di tapak projek beliau ini.

Kelusan tapak projek mereka ini adalah 2.3 ekar ... mmg besar. Insya Allah kalau ikut perancangan mereka, sebyk 10 buah rumah cendawan bakal didirikan dikawasan tersebut. Pada ketika ini 3 buah rumah cendawan telah pun siap. Manakala 2 darinya telah sarat dgn bungkah cendawan matang.



Didalam process pembinaan ada dua buah rumah cendawan ... lantai dan rangkah rumah dah pun siap.



Ni pulak deretan bungkah cendawan yg tengah mengeluarkan hasil ... pehh byk betul. Depa ni guna benih dr Semenyih ( Mr Kwan lah ... sapa lagi ). Aaa satu lagi ... Cendawan CT yg kat serting pun guna benih Mr Kwan ni.





Ni pulak deretan rak yg dah sarat dgn bungkah yg dah matang. Depa tgh tgu bln 5 ni nak start production. Dlm sebijik rumah ni blh muat dlm 40K bungkah .... Pehh byk nya



Ni pulak rumah cendawan mereka yg ke3 ... dijadikan tempat pemeraman bungkah cendawan . Bungkah seluas mata memandang ...



Ni pulak tempat processing bungkah cendawan ... pehh besar gila tempan simpan abuk kayu depa ni.



Ni pulak mesin bagging dia org ... blh buat 2 bungkah dlm satu satu masa. Mesin ni dia org yg design sendiri ... Hebat jugak belia kita ni.



Ni pulak temapt kukus dia org ni .. blh muat lebih dr 2K bungkah cendawan ... pehh power betul.



Pehh ni rasanya yg paling penting ... tempat dia org ni dah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Negri Sembilan Pd 27hb Feb 2008 .... Pehh mmg hebat dia org ni dah taraf petani nasional pulak.



Bila dah pegi tengok tempat besar besar ni terasa begitu kerdilnya projek yg kami buat ni. Entahlah ... tapi apa apa pun kami tetap bersemangat utk membesarkan projek kami ni. Walaupun modalnya sedikit jika dibandingkan dgn projek di Mambau ini ...

Lawatan ke RASE

Asalanya mmg x de plan pun nak singgah kat RASE ni sbb dah selalu dtg. Tapi mlm td ada tgk blog dia org dan ada update tentang pembesaran projek dia org. Tu yg kami singgah jugak.

Sedikit kecewa sbb tuan punya projek x kelihatan. Tp ni pun silap kami jugak sbb x inform awal nak dtg.

Yg baru nak namapak ni adalah rumah pemeraman bungkah cendawan. Depa ni mmg perlu tempat pemeraman yg besar sbb dia org byk dpt order bungkah cendawan ni. Blh katakan di setiap perusuk Malaysia dia org hantar bungkah cendawan ni ... Apa apa pun tahniah buat mereka.



Tak ambik gambar byk sbb semua still in progress. Insya Allah next time kami akan singgah lagi.

Lawatan Ke Linggi - En Nawi

Kami sampai di tempat pembenihan cendawan En Nawi pada pukul 4.45ptg. Agak lewat jugak.

Nilah dia tempat pembenihan En Nawi kita ... Betul betul sebelah jalan besar Linggi. Siap ada pintu gerbang tu.



The two handsome gentlemen .... En Nawi kita dgn En Kadir dr SUT yg menemani saya dlm lawatan kali ini.



Ni ha ... antara stock benih cendawan En Nawi kita ni ... byk jugak tu. Dari perbualan kami ... dan kalau x silap. Beliau mengeluarkan dlm 1K botol biji benih cendawan setiap bulan.



Alhamdulillah kami juga diberikebenaran utk mengambil gambar peralatan penting yg digunakan utk menghasilkan benih cendawan ini. Dia actually ada 2 mesin, malangnya hanya ada satu je yg avilable. En Nawi ada inform nama mesin ni .. tapi kami pulak dah lupa





Ni pulak adalah pembenihan awal cendawan dr tisu culture kedlm media gandum yg telah diisi kedlam botol benih.



Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN Marzuki dr Cendawan Mambau dan En Nawi atas layanan mereka. Begitu byk soalan yg kami ajukan dan semuanya terjawab. Mcm dah lama berkenalan lah pulak.

Apa apa pun Terima Kasih yg x terhingga.

Friday, April 25, 2008

Harga Bahan Cendawan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari telas siap kerja kerja pemtapan rak rak besi kami dgn memasang wall plug yg dipateri di kaki rak. Harapanya agar rak rak ni kukuh.

Petang tadi ingat nak buat sedikit tempahan dedak .... Malangnya harga dedak naik lagi 10sen perKG. Aduhh ... sampai bilalah hg dedak ni nak stable. Harap kerjaan dpt membuat sesuatu agar kenaikkan ini dpt dibendung.

Ini menguatkan lagi semangat kami utk menubuhkan persatuan pengusha cendawan. Harap harap lawat esok mendapat sambutan dr pengusha pengusha di kawasan Seremban. Bagi kami, semua ini penting bagi mestabilkan pasaran cendawan yg x begitu seimbang. Disamping itu ... perkara pokok yg harus ditangani segera buat masa ini adalah penghasilan benih cendawan.

Thursday, April 24, 2008

Next Planning ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah sema rak utk additional 4 buah rumah cendawan kami telah pun siap. Insya Allah kalau ada rezeki blh memuatkan dlm 40K bungkah cendawan.

So far for this week dah plan beberapa aktiviti ...

1) Hari sabtu ni kalau ada rezeki kami nak buat ziarah ke farm farm cendawan di sekitar Seremban. Targetnya ... Mambau, PD & Labu. Kalau ada rezeki mungkin dipanjangkan ke pusat pembenihan cendawan di Lingi

2) Insya Allah jika ada rezeki ... hari ahad ni menghadiri kursus lintah dan cacing. Mana tau ada peluang utk mengembangkan sayp ke industri yg baru.

Kalau ada rezeki ... dlm next week ada penghantaran peralatan cendawan ke Jerantut Pahang. Insya Allah ada 2 trip kesana membawa .. abuk kayu getah, dedak padi, plastik pp & kapur pertanian.

Apa apa pun terima kasih atas sambutan sahabat sahabat semua ...

Wednesday, April 23, 2008

Continue .....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari siap 2 rak cendawan utk quarentin bungkah yg mempunyai penyakit penyakit tertentu. Insya Allah blh memuatkan sehingga 1500 bungkah cendawan. Harapannya agar kami dpt menjalankan berbagai aktiviti penyembuhan keatas bungkah cendawan yg terkena penyakit. Actually byk idea yg dtg dr sahabat sahabat cendawan dlm menyelesaikan masalah penyakit cendawan ni. So to be in the safe side test all the scenario. Jarak pusat quarentin ni lebih kurang dlm 20 meter dr rumah cendawan kami.

Bersebelahan dgn ruamh quarentin ini kami membina sebuah lagi rumah cendawan yg buat masa ini cuma ada satu rak sahaja yg mampu memuatkan dlm 900 bungkah cendawan. Tujuan rumah cendawan ini adalah utk merekodkan semua experiment keatas bungkah cendawan dgn idea yg dtg dr sahabat sahabat cendawan kita dan juga utk experiment benih cendawan dr serata Malaysia.

So harapan dr kami ... mana mana sahabat yg mempunyai benih cendawan selain dr VITA, RASE & NAWI - Linggi. Harap dpt membantu utk mendapatkan benih benih yg tuan tuan gunakan. Insya Allah kami akan cuba sedaya upaya utk menghasilkan sedikit laporan dr benih yg diterima itu.





Harapannya agar semua ini dpt dilakukan once semua rumah cendawan kami siap di bina. So far Alhamdulillah dah dekat 4 rumah cendawan yg telah dipenuhi dgn rak cendawan. Cuma menungu suntikkan modal dr MARA utk pemasangan net.



Tuesday, April 22, 2008

Progress Report ... Summary Je

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi dah siap lagi 12 rak utk bungkah cendawan kami. Ni lah gambar terbaru rak rak kami ni.



Bab bungkah pulak ... so far dah siap dlm 12K bungkah cendawan yg masih menunggu masa utk matang. Harapan agar bln Mei ni dah ada perubahan dlm pengeluaran cendawn harian kami.

Dah buat besar besar ni kenkadang ada jugak cuak bab marketing ni. Manalah tau kalau betul ada rezeki keluar dlm 50KG daily .... masak dibuatnya kalau x laku. Rasanya Insya Allah semua ni boleh diatasi dgn usha gigih kita dlm mencari market market baru di sekitar kita. Worst come to worst esok .... export je ke negeri lain ... Pahang ke, Selangor ke ... atau kat mana mana yg bekalan cendawannya kurang.

So far dah ada ramai kenalan di Selangor, Pahang, Melaka, Johor & Penang. Insya Allah kami yakin perkongsian market blh kita ushakan bersama. Saling bantu membantu dlm memastikan pembeli sentiasa mendapat product yg diingingkan tanpa mengira pengeluar dibelakangnya ... yg penting quality must be there.

Note : Ada sedikit masalah dgn blog hari ini ... x dpt nak upload gambar. Yg berjaya cuma satu je. Insya Allah kami cuba upload esok

Monday, April 21, 2008

Lawatan & Mentallity

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah trip hari sabtu lepas bejalan lancar .... dlm perjalanan tu ada jugak ambik gambar gelagat pemandu kita di Malaysia ni. Sorry gambar sedikit blur sbb ambik
masa tgh drive lori.

Punyalah byk anjing yg dibawaknya ... Tak ke nyaya kalau sekor sekor terjun ... ada dekat 8 ekor tu. Ingat depa ni nak pi tangkap B**I kat hutan kot.



Yg ni pulak cuba tgk ( tak taulah nampak ke tak ) siap ada sabit tu kat atas lori tu. Dah lah melebihi muatan ... lepas tu memerbahayakan pengguna jln raya ... kalau jatuh kan nyaya.



Lawatan Ke Farm En Raizul ... Cendawan CT Kat Serting N9

En Raizul ni adalah kawan baik kepada abg saya. So dah kelanjur ke Pahang tu ambik kesempatan utk singgah kat tempat beliau ... bukan apa cuma mencari lebih ilmu. Nilah beberapa gambar yg kami sempat ambik di farm En Raizul kita ni ...

1st time tgk kukus cendawan guna kayu getah sebagai bahan api .... Sekali jalan dlm 5 tong. Ada dekat 500 bungkah tu in one round.



Ni pulak rumah cendawan mereka .. so far ada 2 biji. Mmg mereka bercadang utk besarkan lagi projek ni sbb permintaan yg begitu tinggi buat masa ini.



Ni gambaran dlm rumah cendawan mereka



Hasil cendawan mereka ... katanya ada rahsia tertentu. Tp buat masa ini beliau masih blm mahu berkongsi dgn kami. Insya Allah next time kot.







Ni lah dia pengusha kita En Raizul dgn partner beliau En Napi. Nampaknya produck cendawan ni semakin popular di kalangan anak muda .... kenapa ... kena buat survey lah pulak.



Just nak share sedikit pengalaman .... Dulu masa mula beroperasi kami mmg menggunakan gas Shell yg dibekalkan oleh pengusha asing berdekatan dgn ladang kami. Sejak dr itu puas kami mencari pengusha melayu yg mampun menghantar gas kepada kami. Di takdirkan satu hari bertemu dgn pengusha gas Petronas di Paroi. Malangnya beliau tidak mempunyai converage sehingga ketempat kami. Namun beliau berjanji utk membantu memberikan contact kami kepada sahabat beliau. Alhamdulillah sahabatnya telah menghubungi kami dah telah pun menghantar gas ketempat kami. Tp malangnya itulah kali pertama dan terakhir. Order dekat seminggu batang hidung pun tak kelihatan. Dan sekarang kami terpaksa mencari pembekal baru. Mcmmana lah org kita nak maju kalau mempunyai sikap yg sedemikian.

Harapan kami agar semua pengusha cendawan di Malaysia ini dpt mengubah pandangan serong terhadap bangsa kita. Tunjukkan bahawa org Melayu juga boleh berjaya standing dgn bangsa lain. Islam itu teras kejayaan ... Insya Allah

Saturday, April 19, 2008

Konsortium / Persatuan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni trip yg tertanggung hari khamis lepas akan berlepas ke Pahang dlm pukul 1 tengahari ni.

Selepas bekecimpung dlm dunia cendawan ni kami dpt merasakan bahawa satu konsortiun atau persatuan adalah perlus atau harus di tubuhkan dikalangan pengusha cendawan ini. Buat permulaan ini kami ingin mempelawa kepada pengusha pengusha di Negeri Sembilan dan mereka mereka yg berhampiran utk kita bersama sama menubuhkan satu persatuan pengusha cendawan.

Antara objektif penubuhan persatuan ini adalah seperti berikut ....

1) Mengumpul dana bagi membina satu pusat pengeluaran benih cendawan yg bermutu di mana end resultnya .. pengusha bakal mendapat benih yg terjamin mutunya dgn harga yg murah.

2) Membuat pelbagai experiment bg kaedah penanaman cendawan dan melahirkan best practice bagi penanaman cendawan ini.

3) Suara kita kan lebih didengari oleh badan badan berkanun kerana ianya dtg dr persatuan.

4) Penyaluran bantuan / subsidi kerjaan yg lebih cekap kepada pengusha cendawan ... even maybe to get full sponsor from Jabatan Pertanian bagi pengeluaran benih cendawan bagi pihak persatuan.

5) Membuat pembelian bahan bahan / perlatana cendawan secarang borong dr kilang kilang ... ini dpt membantu pengusha pengusha dlm kestabilan harga barang barang

6) Menguatkan pemasaran produk cendawan

7) Latihan yg lebih effektif kepada pengusha pengusha baru ...

8) Dan byk lagi ...

Harap idea ini mendapat sokongan dr pengusha cendawan. Yg paling klrtikal buat masa sekarang adalah pengeluaran benih yg bermutu dan murah.

Friday, April 18, 2008

Trip Cancel ....

Assalamulaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni sempat ambik gambar set tutup 4 tu ... Ini lah gambar dia



Yg different cuma tutup peram dia je ... dia guna 2 jenis tutup. Kalau yg skang cuma guna satu je.



Lagi satu set tutup ni dah tak guna sponge ... dia guna ketas minyak.





Ni pulak masalh yg baru kami hadapi pd bungkah cendawan kami ... kulat oren. Batch Cendawan yg kami kukus hari jumaat lepas ... kena paling byk kulat oren ni. Kami suntik benih hari ahad lepas. Semasa checking semlm ada dlm 60 bungkah yg kena kulat oren ni. So yg kami kukus sebyk 1120 bungkah dan yg kena 60 bungkah .... its about 6% ... pehh tinggi tu.



Ada member pengusha yg bagi idea semlm utk merawat bungkah yg terkena kulat oren ni ... Insya Allah kami akan cuba dulu dan kalau berkesan ... Dio org merawat dgn menggunakan minyak disel.

Berkenaan dgn trip ke Pahang .. terpaksa dibatalkan sbb ada beberapa brg lagi yg perlu di bawa ke tapak projek beliau.

Wednesday, April 16, 2008

Next Trip & Lawatan Pegawai Mara

Alhamdulillah ... tunggu punya tunggu akhirnya Pegawai Mara tu sampai jugak dlm pukul 12 tengahhari. Mereka dtg bertiga .... Kami pun bawalah mereka melawat kawasan dan tunjukkan rumah yg dah siap dgn bungkah yg dah ready ada dlm 12K serta stock utk buat bungkah yg blh support sehingga 50K bungkah cendawan.

Dari riak muka dia org tu mcm ok je .. tp tak taulah sbb we can't read their mind. Apa apa pun kami still happy sbb ada jugak org gomen yg nak dtg tgk projek cendawan kami ni.

Alhamdulullah baru je dpt order baru semlm dan org ni nak urgent shipment brg brg cendawan i.e. set tutup, plastik & sponge ke Pahang. So Insya Allah kalau tak de aral melintang kami akan bergerak ke Pahang esok utk menghantar bekalan peralatan cendwan. Mcm biasa harap doakan perjalanan kami.

Tuesday, April 15, 2008

Lawatan dr MARA Daerah Seremban

Alhamdulillah dlm pukul 5.40 ptg tadi En Hazry pegawai dr MARA daerah Seremban telah menghubungi saya. Beliau akan membuat lawatan ke tapak projek kami esok dlm pukul 11 pagi. Harap harap beliau berpuas hati dgn apa yg telah kami lakukan selama ini di tapak projek kami ini. Kenkadang pelik jugak sbb investment je dah lebih dr 50K. Tapi nampak mcm byk benda yg masih belum siap lagi.

Tulah penting sangat suntikkan modal dr MARA ni utk membantu kami menyiapkan rumah cendawan sebyk 6 buah lagi. Insya Allah projek ini blh berjaya berkat doa dr kawan kawan dan usha yg berterusan. Dari lawatan kami ke beberapa kawasan penanaman cendawan kami dapati peluang utk berjaya tu Insya Allah ada ... but we must be very strong mentally and physically. The strategy must be right as to ensure success are with us and all our objective are met.

Ehh ada satu lagi experiment yg kami dah buat baru baru ni ... so pada pengeluar cendawan semua and berpotensi utk memasarkan akar cendawan kepada penternak ikan di Malaysia ini. Kami dah cuba bagi kepada penternak Ikan Keli & Talapia ... so far Alhamdulillah. So apa apa pun ... buat experiment dulu .. jgn main hentam je. Ni mungkin ok kat environment kami tapi blm tau lagi di tempat anda. Insya Allah mmg nak berjumpa dgn Jabatan Perikanan utk dptkan formula pemakanan ikan dgn mengunakan akar cendawan sbg basenya & setau kita mmd cendawan ni byk khasiatnya ... bila nak pegi tu ... entahlah. Kalau ada yg kelapangan, harap dpt membantu.

Hari ni tadi gatal tangan pulak pegi ke Jabatan Haiwan Negeri Sembilan. Tengok ada byk kursus yg ditawarkan. So fikir punya fikir akhirnya mendaftar kursus ayam pedaging. Dah submit tu baru tau kursus tu memakan masa 3 hari berturut turut. Pehh pening jugak nak fikir cam ne nak pegi and at the same time there should be no impact to our mushroom project.

Gambar Lawatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Kunjugan pertama kami adalah Impian Mushroom di Segamat Johor. Kami sapai dekat pukul 5 petang di Kampung Jawa Segamat. Ni adalah beberapa gambar tapak projek En Rais kita ni ...

So far ada 2 bijik rumah cendawan .... Tuan punya tempat ni En Rais yg tengah bukak pintu tu.



Ni pulak gambar di dalam rumah cendawan IM. Dah byk jugak cendawan yg di bawa masuk ke dlm rumah ni ... rasanya tak kurang dr 5K bungkah cendawan.



Beikut ada beberapa perkara yg kami notice dr lawatan ini ....

1) Penggunaan set tutup 4 blh membantu mempercepatkan process kematangan bungkah cendawan. Overall cuma perlukan dlm 30hari sahaja. So maybe kawan kita CM blh bagi comment sbb masa lawatan dulu ada jugak tgk beberapa bungkah yg mengunakan set tutup baru ni. Set ni jugak popular dan digunakan secara meluas oleh pihak C&C.

So pengusha yg pernah pakai set baru ni harap dpt memberikan comment anda .... rasanya x salah berkongsi pengalaman.

2) Penggunaan tapis utk abuk kayu .... saya pun mmg dah ada plan nak guna penapis ni sbb byk bongkah yg pecah masa preparation sbb kayu kecik kecik ni. So ada jugak baiknya utk kita tapis abuk kayu ni sblm process pembancuhan.

3) Sedikit kecewa sbb x dpt nak beli benih C&C kerana penjualan benih telah di freeze oleh pihak C&C sehingga 15hb April ... Sbb apa kawan pun x tahu.

Disebabkan oleh hujan yg begitu lebat perjalanan kami terpaksa ditunda. Kalau x silap dlm pukul 7.30 ptg baru bergerak ke Kuantan.

Alhamdulillah sampai di Kuantan dekat pukul 11 mlm. Dlm kegelapan mlm tu dpt jugak melawat tapak projek kawan kita di Kuantan ni. Kami di bawa oleh Pn Hani pengusha baru ke tapak projek sifu beliau. Kalau x silap dah lebih 2 tahun mengushakan projek cendawan tiram ni di Kuantan, Pahang.

Ni serba sedikit gambar yg dpt kami kongsikan ....





Blh tahan jugak hasil yg keluar ...



Beberapa findings yg kami dpt dr lawatan ini ...

1) Menurut pengusha ini ... bunkah kecil atau besar masih mengeluarkan hasil yg sama byk. So harap yg pernah ada experince bungkah kecil dan besar harap dpt berikan comment anda. Bagi saya ... kalau mengikut logik akal bungkah besar sepatutnya mengeluarkan hasil lebih baik. Tapi nampaknya logik akal ni tertolak mengikut experence pengusha ini.

2) Kelegaan diantara rak ... agak kecil. Rasanya ada dlm 2 kaki. Selalunya best practice dlm 3 kaki. So menurut beliau setakat ini pengeluaran adalah dlm range yg munasabah.

3) Rak management ... rupanya ramai pengusa yg mengikut ragam bungkah cendawan. Keluar hasil .. tutup dan asingkan ke rak lain. Ini just pendapat kami je dan ini juga yg kami share dgn pengusha di sana.

Dlm pengeluaran cendwan komersial. Kita perlu mengajar bungkah supaya mengikut jadual open & close kita. So maximum adalah 7 hari utk penghasilan cendawan. Dan kalau ada bungkah yg x mengeluarkan hasil adalah baik jika semuanya di tutup pada hari ke 7. Insya Allah dlm round yg seterusnya cendwan akan keluar.

Ni pulak ole ole yb di berikan opleh Pn Hani ... Katanya produk ni mmg popular di Kuantan.

Tepung Mengoreng Cendawan



Ni pulak hasilnya selepas digoreng .... Mmg sedap dan rangup. Berbaloi kalau beli.



Dalam pukul 1 pagi kami betolak balik ke Chini .... Alhamdulillah selamat sampai di Chini pada pukul 3 pagi.

Ni pulak adalah lawatan kami ke Chini Agro. Berjumpa En Lan dirumahnya dlm pukul 3.40ptg.

Nilah dia lori yg kami gunakan utk menghantar bahan pembuatan cendwan ni ... dlm lori tu ada dekat 50K set tutup cendwan.



Ni pulak gambar tapak projek Chini Agro ... Ada dua bijik rumah cendwan.



Ada pulak yg inter fram masa ambik gambar ( Anak sulung kami )



Nilah dia pengusha kita En Lan ....



Yg dpt kami share ...

1) Ada juga pengusah yg membiarkan dibawah rak tidak bersimen ... ni salah satu cara utk melembabkan suasana ... so tanah tu disiram air. So walk area semuanya bersimen. Tapi tulah ... tak sure pulak impact dr segi penyakit cendwan sbb ada potential utk serangan virus dr tanah.

2) Penggunaan buluh utk membuat rak cendwan. So En Lan jugak percaya bahawa penggunaan buluh sebagai rak boleh meningkatkan kerosakkan bungkah cendwan. So sapa sapa yg baru nak buat rak tu ... pikir pikirkanlah ya.

So far ni sahaja yg dpt kami kongsikan bersama pengunjung bolg kami ni dan .... he he he ada sedikit marketing info ...

Harap dpt menghubungi kami utk mendapatkan peralatan pembuatan bungkah cendawan ... Insya Allah di samping menghantar bekalan blh jugak kita berkongsi pengalaman dan idea.

Apa apa pun ... jutaan terima kasih kepada Impian Mushroon, Pn Hani & Chini Agro atas sambutan dan sokongan anda ... Hanya Allah je yg dpt membalasnya.

Monday, April 14, 2008

Penat ... Letih & Mengantuk ... But Its Worth It

Alhamdulillah ... tour kami berjalan lancar seperti yg dirancangkan. Tp cuma sedikit kelewatan ( ke byk ). Hujan lebat pulak pada hari kami turun ke Johor ... so delay dekat 2 jam di sana. Insya Allah details dan gambar akan kami upload mlm ini.

Anyway TQ very much pada Impian Mushroom, Chini Agro & Cikgu Hani atas sambutan yg diberikan. Insya Allah panjang umur kita ketemu lagi. Kalau ada kesilapan pada tutur kata harap dpt maafkan.

So bilalah pulak org Johor & Kuantan nak turun ke Seremban ye ? Kalau ada masa tu jemputlah ketempat kami pula. Kawasan kami ni berdekatan dgn ... RASE, SUT, Mentah dan 2 3 lagi pengusha.

Pada semua yg mendoakan perjalanan kami ini ... kami ucapkan berbyk terima kasih.

Friday, April 11, 2008

Besar Tapak Tangan

Assalamualaikum ... Alhamdulillah semlm dpt satu cendawan terbesar setakat ni. Actually mlm sblm tu ada chat dgn En Planta kita ... dia cerita kat tempat dia cendawan yg kluar besar besar tapak tangah. Terkejut jugak kawan sbb x pernah tgk sebesar tu. Tp Alhamdilillah dpt jugak tgk kat tempat kami ... Cuba tgk ni ...



Lepas tu dok belek belek dekat tepi office nampak pulak kat salah satu pasu bunga. Ambik kau kluar dua kelopak besar besar dan tebal tebal. Tp takut pulak nak ambik & makan ... takut kotor je sbb dia duduk kat atas lantai ... cuba tgk ni



Pelik jugaklah kan ingatkan cendawan tiram ni sensitive ... tp nampak gayanya mcm ok je kalau tanam kat tanah. Harap CM blh buat experiment dgn mengunakan method terbaru ni.

Ha satu lagi update, hari tu signboard kami dah siap dan gambar dia ada kat last post. Alhamdulillah semlm berjaya pasang sign board tu kat luar tapak projek kami. Ni dia ...



Sorrylah nampak semak sangat kat luar tapak projek tu ... bukan apa blm ada masa nak meracun rumput kat luar tapak projek kami tu.

Signboard satu lagi tadi tengah pasang kat jln besar menuju ke tapalk projek kami. Insya Allah in the next post kami akan sertakan gambar signboard yg kedua. Signboard ni lain sikit ... So tunggu ...

Aaa satu lagi. Hari ni Alhamdulillah palstik pp kami akhirnya siap. Pg tadi pegi collect kat kilang. Total ada dekat 500KG. Merangkak jugak kete nak membawaknya.

Lupa pulak satu lagi message penting. Insya Allah esok kami akan membuat trip ke Johor & Pahang utk lawatan ke tapak projek member member pengusha cendawan. Tujuan kami adalah ...

1) Sharing experince & best practice.
2) Potensi benih yg dihasilkan dikawasan yg dilawati. Jika baik ... Insya Allah blh di bawa ke pasaran pengusha cendawan di lain lain negri.
3) Melihat lihat potensi kerjasama antara pengusha cendawan
4) Mengeratkan silaturrahim di antara pengusha cendawan
5) Memanjangkan potensi business kami utk supply bahan mentah kepada pengusha cendawan pd harga yg berpatutan.
6) Dan lain lain lagi ..... berdasarkan imeginasi anda ...

Harap lawatan ini akan membuahkan hasil .... Amin ...\

Dan oleh sbb sbb ini ... blog ini tidak akan mempunyai sebarang update dlm masa 2 hari i.e. 12 & 13 April 2008.

Insya Allah kami akan cuba utk memberikan serba sedikit findings yg dpt kami simpulkan dr lawatan ini kepada pembacan blog ini. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kami utk terus memberikan maklumat & update berkenaan projek kami kepada pengujung blog ini .... Amin

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher