TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Saturday, November 29, 2008

Teknik lama baru implement

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni berkesempatan jugak utk update blog ni setelah sekian lama x berupdate. Bukan apa ada sedikit perubahan yg menyebabkan masa semakin terhad.

Apa apa pun so far Alhamdulillah semuanya masih bergerak seperti biasa.

Ladang kami skang ni dah nak masuk pusingan kedua bungkah cdwn. Bungkah sblm ni blh mengeluarkan hasil melebihi 10 pusingan ( ALhamdulillah ). Yg agak pelik selepas pemukaran kepada bungkah baru kami dapati byk bungkah yg terkena penyakit. Kalau ikutkan rumah tu dah dirawat dgn detol & pembersihan menggunkan water jet.

Mungkin ianya disbbkan oleh persekitaran yg dah tercemar. Kebanyakkan bungkah akan rosak selepas 4 5 hari dibuka. Panik jugak mula mula sbb takut bungkah yg kami jual pun mengalami masalah yg sama. Puas call sana dan sini ... Alhamdulillah semuanya Ok dan hasil begitu memberansangkan dan jumlah yg rosak less than 1%.

So caonfirmlah persekitaran yg kurang baik. Sebagai langkah kawan kami dah x menggunakan tutup rehat. Terus gunakan suratkhabar so mulutu bungkah x akan terdedah sama sekali. Bila hasil dah dikutip terus tutup balik dgn kertas. So far Alhamdulillah nampak perubahan yg ketara semakin kurang bungkah yg rosak sbb jarang terdedah.

Lagi satu kita dah x perlu nak jaga proses buka dan tutup. Hari hari just chk setiap rak dan kutip hasil. Siap kutip buat pembersihan & tutup semula dgn kertas surat khabar.

Satu je keburukkan yg kami kesan buat masa ini .... hasil cdwn tu kurang cantik maybe sbb dia kena push suratkhabar tu kot.

So harapnnya kengkawan yg pernah ada experience mengunakan teknik ni harap dpt share pengalaman. Mungkin ni bukan cara yg terbaik so harap dpt tunjuk ajar.

Hari ni tadi sempat singgah di Semenyih sbb nak beli benih cdwn. Kawan tgk lagi sempoi, habis neck dibukanya & mcm mcm seranggan yg kawan jump berterbangan. Apek tu buat dek je. Peliklah jugak. Hasil nampak byk tp bentuk cdwn dia kurang cantik. So far kat kawasan N9 skang ni x ada masalah dr segi pemasaran. Sbb semua yg keluar mmg x pernah cukup. Harapnya berterusan.

Tp the bad side ... sbb hasil x pernah cukup so tak de lah yg sibuk nak buat produk hiliran mcm di tempat tempat lain sbb semuanya berada didlm comfort zone.

Thursday, November 6, 2008

Penggunaan Haze & Yg sewaktunya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah projek di S2 dah pun siap dan dekat 10,000 bungkah dah pun dimuatkan didalam rumah kedai tersebut. Sebanyak 10,000 bungkah masih lagi dlm pembikinan. Setakat yg dah di hantar ada dlm 6,000 bungkah yg dah matang dan semlm kami dah pun mulakan production utk 1,000 bungkah. Insya Allah akan kami rekordkan prestasi pengeluaran cdwn di tapak baru ni.

Ni kawan nak sentuh sikit pasal penggunaan peralatan haze & yg sewaktu dgnnya didlm rumah cendawan. Dulu kami x berani nak tegur cara terbuka tp demi utk kebaikkan semua kami nak share pandangan kami berkenaan pengunaan haze ni didlm rumah cdwn.

1st of all kenapa kami x gunakkan haze dan gunakan sprinkler adalah utk menggurangkan risiko penyakit kepada bungkah bungkah cdwn kami. Mcm ni ... haze ni function dia adalah utk menghasilkan partikel partikel air yg kecil seperti kabus. Bila ianya menjadi kecil mudahlah ianya berterbangan didlm rumah cdwn. Ingat perkara basic ... kalau terlalu byk air maka high possibility bungkah terkena penyakit kulat hijau. So perkara sama berlaku partikel partikel kecil air ni berterbangan dan masuk kedlm bungkah cdwn semasa bungkah dibuka utk penghasilan cdwn.

Dulu kawan ada tertengok MYTHBUSTER dia ada buat ujikaji pasal kulat. Dia buat testing kat dlm bilik air dan di luar bilik air. Rupanya dlm udara kita ni byk berterbangan virus virus & spora spora kulat yg tak baik. So bila partikel air ni berterbangan maka spora spora tadi pun terlekat lah pada air tersebut .... so secara x langsung kita actually merangsang pembiakkan kulat atau menyemai benih kulat hijau yg x kita ingini didlm bungkah cdwn kita.

Tujuan utama kita adalah utk menyejukkan rumah cdwn dan meningkatkan kelembapan didlm rumah cdwn kita. Mmg kita akan dpt semua tu tapi risikonya amat tinggi. So ni just pendapat kami je ... adalah baiknya menggunakan water sprinkler di luar rumah cdwn kita. Risiko tu dpt dikawal sbb air tu x akan memasukki rumah cdwn kita dan disamping tu ianya membantu mengurangkan kepanasan rumah cdwn kita.

Ok sebelum mengundur diri ... kami nak mintak maaf jika apa yg kami sarankan diatas tidak berasas atau tiada kebenarannya.

Adios

Sunday, November 2, 2008

Dah Siap Pasang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni kami berjaya memasang water sprinkler di atas bumbung rumah cendawan kami. Kebetulan pulak lepas je pasang tu tup tup hujan pulak turun. So kenalah tgu hujan berhenti dulu barulah blh test.

Ok nilah serba sedikit gambar yg kami sempat ambik tadi .... harap ianya dpt membantu rakan rakan yg nak buat dimasa akan dtg. Anyway TQ pada Cdwn 915 yg telah memberi tunjuk ajar kepada kami.

Nilah dia sprinkler tu bila dah ditekatkan pada poly pipe. Kenalah drill dulu guna mata satu hun. Lepas tu tekan je ... Insya Allah menjadi.



Kami jarakkan bagi setiap sprinkler dgn yg lain sejauh 6 kaki. So total sprinkler yg kami pasang adalah sebyk 13 biji.



Nampak x air yg keluar dr sprinkler tu ... coverage dlm 3 kaki radius.





Kena naikkan dlm 2 kaki so that dia boleh cover wider area. Harapnya gambar ni memberi gambaran jelas struktur sprinkler tu diatas atap rumah cdwn kami tu.

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher