TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Thursday, August 28, 2008

Benih Benih Benih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah so far masih dpt mengekalkan prestasi pengeluaran bungkah dlm 4K bungkah bagi setiap minggu. Skang ni timbul pulak masalah baru ... benih pulak susah nak dapat. En Nawi kita ni pulak entah apa sal ... asyik kehabisan benih je. Booking pun masih blm dapat dan asyik delay je. Ikut call ptg tadi ... Insya Allah hari Isnin ni baru blh dpt ... itupun cuma 100 botol je. Aduh, pening jugak kepala dibuatnya.

Hasil Alhamdulillah so far masih dpt bertahan .. cuma permintaan dr pelanggan tu kenkadang x dpt nak dipenuhi. Hari ni tadi ada kedai tu nak 5KG .. dpt hantar dlm 3KG je. Dah janji kat towkey tu kalau x de aral top up lagi 2KG tu esok.

Ni dah nak dekat bln puasa ... tak tau lah cam ne pasaran cdwn masa bln puasa ni. Harap harapnya x de perubahanlah.

Anyway dikesempatan ini Kulat Enterprise ingin mengucapkan .... SELAMAT BERPUASA

Adios ....

Wednesday, August 27, 2008

Forum GCM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah & big thanks to Em Amree ( Cendawan915 ) didalam penghasilan forum utk GC M. E-mail telahpun dihantar kepada semua ahli yg hadir oada tempohhari. Adalah diharapkan agar ianya dpt di warwarkan kepada semua pengusha cdwn yg berminat utk menyertai kita agar mendaftarkan diri sebagai ahli forum.

Dengan ini semua cerita, isu, masalah, comment, suggestion berkenaan dgn GCM haruslah di tablekan didalam forum GCM ini. Bukan apa .. just to make sure kita berada dibawah satu bumbung. So senang nak jaga. Harap semua paham .. x nak nanti ada yg salah faham.

Insya Allah next step kita tunggu pula blog utk GCM & penelitian dokument berkenaan dgn penubuhan persatuan.

Adios ...

Tuesday, August 26, 2008

Hujan oh hujan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah berberapa hari kebelakangan ini mmg blh katakan setiap hari ada je hujan .... mmg pembawa rahmat kepada sekalian umat. Hasil cendawan dah mula pulih dan pasaran pun dah bertambah baik. Dan dapat satu lagi kedai utk di supply hari hari.

So far hasil kami masih di sekitar 20KG setiap hari. Yg peliknya blh katakan hari hari bukak dlm 800++ bungkah. Kalau ikut teori patutnya blh dpt paling kurang dlm 30KG perday dlm keadaan cuaca sekarang ni. Entahlah apa lagi masalahnya.

Hari ni tadi dlm pukul 3ptg meronda di Seremban nak cari pejabat penubuhan persatuan. Tanya kat member yg pernah buat sblm ni ... dia pun bagi direction. Sampai sampai tgk office tu dah berpidah .. kemana ? Tak tau lah pulak .. so kenalah bertanya kesana dan kemari lagi. Hajat mmg nak settlekan isu borang ni secepat mungkin. Bukan apa at least blh di sharekan dgn semua bakal ahli GCM.

Monday, August 25, 2008

Next Action

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah so far nampaknya perjumpaan yg lepas telah pun mendapat liputan yg agak meluasa di kalangan blogger cendawan. Alhamdulillah nampaknya ramai yg dah mula sedar akan keperluan utk berpersatuan dan bersama dibawah satu bumbung. Namun x dihairankan jugak ada segelintir yg masih x setuju ... apa apa pun kita cuba buat yg terbaik demi kebaikkan dan kesinambungan perniagaan yg kita sama sama ceburi ini.

Aaaa ... lupa pulak, kalau nak tgk lebih byk gambar semasa perjumpaan tersebut sila layari ..... http://www.flickr.com/photos/gogsard/sets/72157606924105521/ Ihsan dr Cendawan915. TQ En Amree.

Insya Allah jika x ada aral melintang kami akan ke pejabat penubuhan persatuan esok. Harap harapnya x delah sebarang masalah. Insya Allah kami akan cuba update sebarang aktiviti yg telah diambil dan end resultnya sekali.

KE Farm Update


Alhamdulillah hasil cendawan kami semakin hari semakin meningkat .. sama naik dgn keadann cuaca yg semakin baik. Hari ni jugak byk pengusha sekitar Seremban ni dok calling each other ... ada cdwn extra ni ... nak ke ? Mcm biasa dengar je kan .. Insya Allah kalau kita dah ada persatuan nnt ... semua ni kita akan cuba atasi bersama.

Rasanay lambakkan cendawan bermusin ni perlu di atasi dgn segera dan perlunya dibangunkan satu industri hiliran di Seremban ini bagi menampung lambakkan bermusin ini. So far setau kami mmg belum ada yg serious buat produk hiliran cdwn di sekitar N9 ni.

Harapnya ada pengusha cdwn di Malaysian ni yg sanggup berkongsi pengalaman dgn kami .. tak pun bersama sama dgn kami utk mebina industri hiliran di N9 ni. Rasanya prospek begitu baik .. masakan ada pengusha yg x mampu pun nak memenuhi supply bagi produk hiliran yg dikeluarkan.

Moga ada yg berani nak menyahut cabaran ini .... byk lagi ruang dlm produk hiliran di N9 no. Dulu puas kami kesana kemari ... terheggeh sana terheggeh sini nak minta bantuan so far blm ada hasil. Contack pengusha ... hantar e-mail kat chef terkenal dan mcm mcm lagi. Insya Allah one day berkat usha dan bantuan kengkawan kita akn berjaya ......

Adios

Sunday, August 24, 2008

Perjumpaan Gabungan Cendawan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita menjayakan perjumpaan diantara pengusha pengusha cendawan di Malaysia ini. Walapun tak berapa ramai tp Alhamdulillah ianya dapat mencapai matlamat asal perjumpaan ini. Berikut adalah perserta perserta yg telah hadir pada perjumpaan hari ini ....

1) Khairul Amree ( Cendawan 915 )
2) Mohd Faisol Ismail ( Ayne )
3) Syed Osman Abadi ( Cendawan Sg Udang )
4) A Bakar - Burn ( Cdwn Melaka )
5) Supaat Basrin ( Permai Desa )
6) Kadir ( KJ Mushroom )
7) Hakim ( S Two Mushroom )
8) Rais ( Impian Mushroom )
9) Azman ( Tuna Alam )
10) Lan Chini ( Chini Agro )
11) Azlan ( P^LAN^TA )
12) Nazelan ( Cdwn Melaka )
13) Jaafar ( TJ APO )
14) Abdul Rashid ( Uda3900304 )
15) Mansor Sujak ( Aytam )
16) Muhammad Rizal ( Warisan Putri )
17) Ramle Alwi ( Kulat Enterprise )

Beberapa perkara telah pun dibincangkan secara mendalam didalam perjumpaan ini seperti masaalah kulat hijau, kulat oren, kulat hitam, serangan bari bari, serangan hama dll. Antara perkara yg telah di sarankan didalam perbincangan ini adalah ...

1) Penjagaan ventilation didalam rumah cendawan
2) Benih haruslah bermutu tinggi
3) Tempoh peram terbaik adalah selama 60 hari keatas
4) Penjagaan kebersihan juga harus diutamakan di ladang cendawan terutama sewaktu menyuntik benih.

Juga telah di highlight tentang kulat hitam &^ oren yg kurang impactnya kepada botol cendawan. Hasil Insya Allah akan tetap keluara dlm kebanyakkan kes yg terkena kulat oren dan hitam. Pengunaan clorox adalah terbaik dlm mengawal serangan ini.

Rupanya ramai yg mempunyai masalah berkaitan dgn serangan penyakit ini dan boleh dikatakan dlm 80% masa digunakan dlm membincangkan permasalahan serangan penyakit terhadap bungkah cendawan.

Di samping perkara di atas, perserta juga telah sebulat suara bersetuju untuk penubuhan sebuah persatuan di peringkan negara dengan nama Gabungan Cendawan Malaysia atau singkatannya GCM. Manakala semua persatuan cendawan negeri akan bernaung dibawah persatuan negara ini.

Sebuah laman blog akan dibina khas untuk GCM dimana semua program program yg berkaitan dengan persatuan akan dimuatkan didalam laman blog ini. Disamping itu, sebuah forum jugak akan dibina untuk persatuan bagi membincangkan isu isu berkaitan dgn penubuhan perstauan, penyakit, promosi dsb.

Pelbagai aspek pemasaran juga telah dibincangkan bagi mensatbilkan harga pasaran cendawan dimana makenisma tertentu akan di bincangkan didalam pertemuan akan dtg. Memandangkan waktu yg begitu singkat .. perjumpaan ini telah ditamatkan pada pukul 6 petang. Insya Allah perjumpaan seterusnya akan dibuat didalam bulan Syawal bersempena dgn sambutan hari raya.

Berikuta adalah beberapa keping gambar yg sempat diamabil semasa perjumpaan ini ....

Kudapan




Pehh Tengah Minum Pun Serious Berbincang




Tengah Serious Berbincang



Gambar bersama sebelum bersurai



Harapan dr kami agar semua yg hadir berpuas hati dgn perjumpaan hari ni. Segala salah & silap harap maafkan. Insya Allah berjumpa lagi di next meeting di tempat yg sama di dlm blh Syawal. Perbincangan lebih lanjut dlm penubuhan persatuaan akan menjadi topik utama pada perjumpaan yg akan dtg.

Thursday, August 21, 2008

CONFIRMED

Asssalamulaikum & Salam Sejahtera ....

Please be informed that 2day ... Kami received call from MARA Seremban. Katanya .... Semua ushawan under MARA adalah diminta untuk menghadiri GERAK USHAWAN yg akan diadakan di PD pada 23 & 24 hb ni. Ini adalah permintaan khas dr Pengarah Negeri. Kalau blh, tlg dtg pada 23hb sbb Dato Noh Omar akan membuat perasmian & nak lihat sendiri ushawan MARA di N( ni.

So disbbkan oleh perkara diatas ... dengan ini kami menetapkan ( mcm nak tetapkan hari raya lah pulak ) bahawa perjumpaan GCM akan dilangsungkan seperti berikut ...

Date : 24th August 2008

Time : 2 pm to 5 pm

Venue : Kulat Enterprise


Agenda ....

1) Sesi Suai Kenal

2) Masalah Tanaman Cendawan

3) Bekalan Alatan .... Mostly Abuk Kayu Getah & Benih

4) Penetapan harga ... cendawan segar, bungkah, produk hiliran dll

5) Keseragaman module dlm kursus dll yg berkaitan

6) Set up utk Task Force Team

7) Penetapan Kekerapaan Perjumpaan GCSM ( Nanti blh tukar nama ni kalau x agree )

8) Next meeting ... date ... venue etc

9) Penutupan


So agenda kat atas ni cuma proposal je ... blh ditambah dan dikurangkan yg mana x relevant. Yg penting kita cuma ada 3 jam je. So kena prioritize.

Please provide all yr feedback by end of tomorrow .... TQ

Utk rujukkan .. MAP ke KE



Adios ....

Wednesday, August 20, 2008

Update .. GCSM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah so far yg dah confirm ....

1) FAF
2) Sunnur
3) Chini Agro
4) Ayne
5) CM
6) Bangi Mushroom
7) KJ MUshroom
8) Cendawan 915


Lastly nak tanya kalau tukar date ke 24hb ni ok tak ? Kalau Ok mungkin TAA & Permai Desa blh join sekali.

Bachok Agrotech ..... tak sure jd join ke tak sbb dia propose buat kat MAHA.

Sorry kalau kami kesibukkan utk menghantar SMS harap posting ni dpt membantu. Masalah kekering dgn bangsal kami tu .. so kena take good care .. byk effect pd hasil cdwn kami. Harap semua faham ...

Terima Kasih juga kepada member member siber yg menolong dlm mewar warkan perjumpaan ini.

TQ

Adios ...

Sunday, August 17, 2008

Update ... Perjumpaan GCSM

Assalamulaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah sofar dah ada feedback pasal gathering yg kita nak buat ni. So far yg dah confirm ...

1) Ayne .... JOHOR
2) Cendawan 915 ..... KLANG
3) Cdwn Melaka ( 2 org ) .... MELAKA

Yg masih x confirm sbb conflic dgn date

1) TAA .... PERAK / SHAH ALAM
2) Permai Desa ... TJG KARANG / PJ

Satu lagi issue yg dibangkitkan adalah tempat persidangan kita ni. Ada yg request buat kat KL ... Just to be in the safe side. Blh sapa sapa yg volunteer utk menjadi penganjur di KL ?

So far nampak mcm kurang sambutan tp kami berharap kita still proceed with our earlier plan. Yg penting kita get to know first dan plan utk hala tuju GCSM ni. Aku setuju jugak dgn proposal AYNE tu .. tp masalahnya utk invite nama nama besar dlm industri cdwn ni maybe makan masa. Insya Allah next round kita blh cuba invite dia org utk turut sama bantu kita.

At least dlm perjumpaan ni blh kita start share experience and try to identify most issue yg di hadapi oleh ushawan cdwn ni. Insya Allah after that aku akan cuba dptkan tips tips yg ada kat dlm blog blog ushawan cdwn kita ni utk dicompilekan kat dlm satu blog agar dpt dikongsikan kepada semua bakal ushawan maupun yg dah jadi ushawan cdwn ni.

Nak buat semua guna tulang empat kerat ni mmg x terdaya .. so sokongan dr semua amat dihargai ... Kalau ada rezeki nnt kita cuba tubuhkan beberapa team yg mana akan diangotai oleh beberapa org ushawan. Setiap team akan mempunyai subject yg tertentu .... cth Team R & D, Team Pemasaran, Team Produk Hiliran, Team Operation dll. Team - team ni akan concentrate in only one subject and share their finding kat semua ahli GCSM.

Adios .... KE

Saturday, August 16, 2008

Perjumpaan ... Geng Cendawan

PERJUMPAAN GENG CENDAWAN SE_MALAYSIA

VENUE : KL or N9 - Seremban

DATE : 23rd August 2008

TIME : 2pm to 5pm

Untuk menyertai perjumpaan ini, please provide yr details in the comment area. Details yg diperlukan seperti berikut ...

1) Nama
2) Co Name or Called Name
3) E-Maill Address
4) Web Address
5) Contact No

Note :-

1) If possible please also include your proposal for the items which need to be included as part of the discussion.
2) For those who are concern on secrecy, please e-mail yr details via my e-mail kulatenterprise@yahoo.com
3) Perjumpaan scheduled lepas pukul 2 sbb lepas waktu lunch, so penganjur x perlu provide lunch .... he he he. Insya Allah minum petang akan disediakan oleh pihak penganjur.

Friday, August 15, 2008

Perjumpaan Geng Cendawan Se-Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah so far ada juga respond dr posting semalam. Mcm ramai yg berminat nak join tp tak sure in actual fact berapa ramai yg akan dtg. Ok dikesempatan ini nak mintak pendapat kengkawan semua ... bab ...

Bila nak buat ? .. Ikut Aku ASAP

Kat mana ? ... Tmpt kami pun ok jugak

Bagi pendapat aku 4 the first perjumpaan ni kita buat mcm sesi suai kenal dulu. So that kita blh jugak berkenalan & mungkin dr mukim yg sama tp x pernah berjumpa so this is the right place utk kita bersua muka.

From there kita start discuss dan outline apa yg kita nak buat lepas ni. At the same time kita blh start compile all the data pertaining to semua ushawan cendawan serata Malaysia ni.

Ok ... kepada sesiapa yg berminat please provide yr proposal on the date & venue for this 1st meet up. Tlg sertakan sekali nama, alamat, contact number, e-mail address & web address kalau ada. Bukan apa nnt senang nak communicate via e-mail once we have confirmed all the necessary. Kalau x de smabutan pun kita cuba buat dulu utk 2 3 org yg dah setuju setakat ni.

Adioss ....

Eh lupa pulak ....

Esok lepas maghrib ada perjumpaan dgn Ketua Unit PPK daerah Seremban. Ada discusion pasal meet up dgn wakil rakyat pada 28hb ni.

Alhamdulillah & Insya Allah we have been selected to be part of the 10 representative from PPK daerah Seremban untuk perjumpaan dgn wakil rakyat pd 28hb August kelak. Harapannya adalah serba sedikit berita gembira untuk kita semua ....

Thursday, August 14, 2008

Patah Semangat ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi dah settle issue pasal Streamyx. Rupanya semua ni sbb modem kami ni. Dah rosak .. kenkadang ok .. kenkadang sakit. Alhamdulillah hari ni tadi dah beli yg baru .. tu yg dapat post hari ni.

Ok lah kita ke main topik hari ini ... PATAH SEMANGAT. Bukan nak bermain dgn api .... tp off late ni aku mula perasan yg ramai dah mula menjauhkan diri dari cendawan ni. Sbb apa ? Tepuk dada tanyalah selera. Tak kurang jugak yg dah mula shift their activities dr pengusha tanaman cendawan kepada ... penjual bungkah cdwn .... jual peralatan cdwn ... penganjur kursus dan mcm mcm lagi. Risik punya risik .... rumah cdwn byk ... tp kosong je. Hasil pun bawah 5KG je sehari.

Ni just pendapat aku je .... kita semua pengusha kena bersatu dlm menyelesaikan masalah yg kita hadapi ini. Org kat luar sana ramai yg gelakkan kita. Agan agan taik minyak je. Dari pengalaman ... byk sebenarnya onak dan duri dlm perniagaan cendawan ni. Dengar mcm senang tp byk problemnya. So untuk mengatasi masalah ni kita semua kena duduk semeja ... maybe dln setahun 2 kali ke. At least kita blh share experience dan bantu membantu sesama kita. Hidup kita ni perlukan org lain sbb tu ALLAH turunkan kita kat dunia ni utk saling bantu membantu.

Kita jangan bunuh membunuh tp bantu membantu demi utk kejayaan semua org. Ramai pengusha yg kedekut ilmu .. apa yg dia org dapat aku pun tak tau. Kalau ilmu yg berguna tu dan di implementkan oleh org lain kan kita dpt pahala. Dlm Islam ni semuanya senany .. x de yg susah. Kita je yg menyusahkan.

Aku harap kita semua dpt bersatu atas satu wadah yg sama ..... berjaya sebagai ushawan cendawan. Ni jgn gah dr kaca mata org je ... tp kat dlm ... hancur. Sblm ni aku mmg ada syorkan utk kita tubuhkan persatuan .. tp malangnya x de sambutan. Sekali lagi hari ini aku berharap .. kalau x dpt buat persatuan pun .. kita cuba adakan semacam gathering. Kita pilih tempat yg sesuai utk satu perjumpaan sesama ushawan cendawan. Kat situ kita cuba rongkaikan segala masalah yg kita hadapi kalau kita x dpt selesaikan kita bawa ketengah ... buat satu letter biar semua org sain. Barulah nampak kesunggunhan kita.

Mmg benda ni susah nak buat ... tp what choice do we have ? Ni je yg kita blh buat at least this can be the first step for the betterment of this industry. Aku pun ada jugak kenkadang hantar e-mail dan bertanyakan masalah pada senior senior cdwn ni. Tp mcm biasa depa pun busy jugak mcm kita.

Adios ..... Insya Allah nnati kita tgk respond dr kengkawan atas proposal ni ...

Tuesday, August 12, 2008

Iklan Sikit ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

1) LATIHAN PRAKTIKAL DI FARM KE




2) GATED & GUARDED APARTMENT - GREEN VILLE DI BANGI ( DEKAT SGT DGN UKM )



Good investment sbb harga sewa yg baik sbb ramai student. Jarak dr UKM ke GV ni cuma sepelaungan je.

KALAU BERMINAT HUBUNGI SAYA RAMLE 012 3535 181

Cerita Je

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni teringat lah pulak kisah last week. Kebetulan pulak kat farm kami tu ada beberapa batang pokok rambutan. So adalah jugak yg kami bawak balik. Kebetulan hari tu tengah makan sebiji tu. Bisalah masukkan kesemua buah rambutan tu dan kopek isi lepas tu buangkan je bijinya. Masa kat dlm mulut tu terasa biji dia lain macam je. Tu yg puask menilik ... rupanya ada tulisan ALLAH kat atas biji rambutan tu. Puas jugak tilik ... ikut mata kami mmg betul. Satu je kesilapan kami .. terlupa nak ambik gambar. So semalam masa nak update blog, teringatlah pulak nak ambik gambar dan post kat dlm blog ni. Simpan kat dlm drawer kat tengah rumah .... puaslah mencari .. akhirnya frust x jumpa jugak. Entahlah adalah sebabnya tu. Kalu x blhlah kami sharekan dgn pengunjung blog ini. Tak de rezeki agaknya.

Monday, August 11, 2008

Tawaran Praktikal di Ladang KE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah kami dah pun bersiap sedik utk meneyediakan latihan praktikal pada bakal ushawan cendawan. Harap harap teman seperjuangan dpt membantu dlm mempromosi tawaran latihan praktikal ni di laman web masing masing. Segala bantuan yg bakal diberikan kami ucapkan ribuan terima kasih moga Allah mempermudahkan segala yg dikerjakan .... Amin

Click pada imej utk mendapatkan data yg lebih jelas ....

Cacing at Work ..... Soft Launch

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah blog cacing kami dah nak siap ... masih membeggar lagi. Kalau ada yg nak bagi pendapat tu sila layari .... http://cacingatwork.blogspot.com.

Alhamdulillah semlm dah mula start semai anak benih cili besar. Guna baja kompos cacing je. Ramai yg kata lagi cepat naiknya kalau just guna baja kompos. Tak banyak pun yg disemai cuma dlm 53 anak benih je. Insya Allah kami akan cuba update perkembangannya nanti ...



Aaaa ... hari tu kami ada menyertai secara tak langsung dlm karnival Jabatan Pertanian di Ampangan Seremban. Just letakkan sampli dan phampelette yg sempoi je. Kebetulan ada kawan yg dpt satu meja. Dia pulak jual cendawan goreng.





Ni pulak adalah tempat cacing yg kami beli kat Courts. Kebetulan terjumpa kat tempat jualan lelong depat. RUpanya ada sedikit kerosakkan. Bodek punya bodek dpt dlm RM80. Blh tahanlah jugak. Insya Allah blh masuk dlm 1KG cacing bg setiap satu bekas tu.



Minta maaflah pd kengkawan semua sbb skang ni susah btl nak dptkan line streamyx dan kalau dpt pun bila pagi pagi camni. Kita pulak pepagi ni sibuk je .... tu yg x sempat nak update blog ni mcm selalu.

Thursday, August 7, 2008

Idea Baru ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi dpt bersembang dgn seorg rakan di kawasan perumahan kami ni. RUpanya dlm senyap senyap dia dah buat projek tanaman cili padi & cili besar. Dekat 3 ekar tanah yg dia pajak.

Lepas tu terus berkobar kobar lah pulak nak buat projek tanaman cili besar ( tak kan nak buat blog baru kot .... kuang kuang kuang ). Kar tapak projek kami tu actually ada lagi kawasan lapang dlm setengah ekar. Dulu mmg dah plan nak buat projek cili ni tp tersangkut sbb takut modal yg diperlukan tu tinggi.

Lepas bercerita dgn kawan tu ... nampaknya takde lah besar sgt modalnya. Kalau kena caranya x lebih dr RM200. Byk lagi kayu kayu dan netting yg masih ada lebihan dr pembuatan rak dan rumah cdwn. Tu yg rasanya tak berapa byk modal. Kebetulan bersembang tadi terus je kami order benih cili besar .... 100gram RM30. Blh lah start dlm seminggu dua lagi.

Elok jugak tu ... bila dah start projek cacing nanti dah tak gaduh pasal baja sbb dah ada production sendiri. Lepas tu ada jugak yg inform x perlu nak guna racun perosak sbb blh gunakan air peraman najis kambing sbg racun semulajadi. Harap harap projek yg ni jugak menjadi kenyataan .

Bukannya kami ni tamak dan semuanya nak buat. Bukan apa ... kita kenalah gunakan segala kawasan yg ada dan jgn biarkan kosong x digunakan .. itukan pembaziran. Disamping tu blhlah dpt serba sedikit hasil sampingan bg menampung overhead yg semakin tinggi ni. Kalau nak seribu daya kalau x nak tu .... Lu sendirilah pikir

Tuesday, August 5, 2008

Jenuh Menunggu .... Sorrylah ya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni berkelapangan utk update blog kami ni. Mintak maaf sbb lama x update sbb sibuk dlm pembikinana 2 blog baru. Satu utk cacing ... ( Cacing @ work ) ... dan satu lagi utk blog ex student dulu. Tu yg agak busy sampai x sempat nak update blog ni. Buka setakat tu je ... byk jugak aktivity yg berjalan kata tapak projek kami ni. Insya Allah dlm seminggu dua lagi kami akan announce blog baru kami ni.

Pehh byk jugak duit yg terbang dlm 3 4 bln ni sbb nak mengejar masa utk memenuhkan semua rak rak kami. So far Alhamdulillah dah ada dekat 30K bungkah. Mcm x de beza je kan ... bukan apa kami dlm seminggu dua ni tgh buat cleaning up kat rumah rumah cdwn kami. Insya Allah dlm end of next week all 3 rumah cendawan akan dipenuhi oleh bungkah bungkah cdwn.

Nampaknya kami kena lebih strong dan tabah dlm percaturan dlm bidang cdwn ni. Dah buat full time ni baru nampak byk benda yg nak kena lalui. Budget nak buat dlm 20K bungkah every month. Nampak mcm mudah je tp modal yg nak kena keluar tu byk bro ... upah buat, benih, gas, abuk kayu, dedak, kapur, plastik & set tutup. Nak menunggu semua rak penuh .... mau lagi sebln dua. Yg penting at the same time kena ensure production cdwn tip toputk support cost yg semakin meningkat. Kalau salah percaturan maun makan pasir dibuatnya.

At the same time kami juga tengah rancak membuat planning utk projek cacing. Cuab buat kecil kecilan dulu. Kalau ada potential .... bolehlah dibesarkan. Harap kengkawan semua dpt medoakan agar kami berjaya dlm bidang ini .... TQ

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher