TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

TAWARAN PRAKTIKAL DI LADANG KE

Monday, June 30, 2008

Cerita Ikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dah dilepaskan 100 ekor anak ikan keli didlm tangki air poly kami. Alhamdulillah so far blm ada yg mati & nampaknya perut seekor sekor tu buncit semcm je. Rupanya depa pi tibai kalkatu yg jatuh kat dlm tangki air tu. Pehh kecik kecik lagi tu.

Disamping tu kami cuba taburkan cendawan di permukaan air ... so esok nak check samaada depa makan ke tak.

Hari ni tadi hasil cendawan dah mula pulih dpt dlm 14KG. Mmg so far x pernah cukup ada yg call mintak 20KG dan sblm balik tadi ada pulak yg nak sampai 50KG.

Aaaa lupalah pulak Alhamdulillah hari ni tadi dah sambung balik penghantaran hari hari ke kedai mini market berdekatan rumah kami ni. Dulu terhenti sbb pekeje Indon depa tu pehh mengalahkan bos. Setiap kali hantar for sure ada je complaint. Tu yg terus stop tu. Dah 2 kali owner tu talipon mintak kami hantar balik sbb semua yg hantar kat dia hasilnya tu x cantik. Kebetulan pulak pembeli kat kedai tu dah terbiasa dgn hasil cdwn kami. Mmg kami selalunya bagi hasil yg terbaik kat kedai dia tu sbb kedai ni lah 1st customer kami.

Harap harap lepas ni x de lah masalah lagi dgn penghantaran kami ke kedai tersebut. So far kami dah ada lebih kurang 5 pelanggan tetap & setakat hari ni blm dpt lagi memenuhi kesemua permintaan mereka. Insya Allah projek pembesaran sedang giat dijalankan dan harapannya by end of july dah ready dlm 40K bungkah utk production kami.

Bab order 7K bungkah tu dah hampir siap ... so far dah ready dlm 6K. Insya Allah by wedesday ni blh siap kot. Skang ni blh katakan hari hari mengukus botol cdwn. So production daily bungkah cdwn la ni dah mencapai 1K daily. Harapannya pekeja kami dpt bertahan. Byk lagi yg nak kena buat tu.

Oh lupa pulak dah ... tadi tokey abuk kayu call kami. Dia dah inform siang siang by this coming AUG harga abuk kayu getah naik lagi RM30. Baru je bln ni nak RM40. Pehh teruk betullah kesan dr kenaikkan harga minyak ni. Blh katakan semua brg naik hg. ya Allah Limpahkan lah rezekiMu kepada kami.

Sunday, June 29, 2008

Penghantaran Benih & Set Tutup ..... Projek Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .....

Alhamdulillah hari jumaat lepas berjaya fullfill request dr En Malik ( Mutiara Mushroom ). Kebetulan hari tu saya ke VITA & dia mintak saya tlg saya belikan benih utk beliau & kirimkan melalui pos. Ingatkan senang rupanya susah jugak ya ... but its a good experience for me ( kalau ada rezeki lepas ni blh lah supply benih melalui pos pulak )

Nilah antara step yg perlu di lalui ....

1) Masukkan benih benih tu kat dlm kotak.



2) Lepas tu sealkan kotak tu .. nanti terbukak lah pulak



Dekat satu gulung masking tape yg kene guna ... pehh nak kuat punya pasal.

3) Cari ketas minyak ... murah je 60 sen sekeping .... tp kena guna 2 keping sbb kotak ni besar.



4) Balut kotak tadi dgn kertas minyak tu & lekatkan nama & alamta penerima kat kotak tu & ikatkan dgn tali rapia.



Lepas tu terima pulak order utk pembelian set tutup dr Serawak. Dia nak dlm 2K utk dihantar melalui pos laju. Ni pun 1st experience buat kami. Ingat kan blh main hantar cam tu je .... kami just ikat je beg set tutup tu dan tuliskan nama & alamat penerima kat atas beg set tutup tu. Sampai kat POS Malaysia .... haaa ambik kau kena reject.




Rupanya kena buat mcm set tutup tu jugak .. kena masukkan kat dlm kotak dan balut dgn kertas minyak. Puas jugak cari kotak ... bukan sikit ooo nak kena ada dlm 3 4 biji kotak baru blh muat semuanya. So Insya Allah esok dah blh hantar kat depa.


Projek Baru


Alhamdulillah hari ni tadi berjaya juga mendaptkan benih ikan keli. Pehh puas jugak menunggu utk mendaptkannya. Org yg kita janji tu langsung x nampak btg hidung. Janjinya dah dekat 2 minggu tp at the end byk sgt masalahnya. Mcm mcm alasan yg di beri. Bukan apa ingatkan nak tlg org kita tp asyik dok kena kencing je .. sudahnya ambik kat tokey cina. Bila bila masa pun ada. Byk dah experience dgn org kita ni ... sampai bilalah nak tgu utk org kita ni maju dan mampu bersaing dgn bangsa lain kat Malaysia ni.

So first batch ni ( utk testing je ) kami ambik 100 ekor benih ikan keli yg bersaiz 2 inchi. Kebetulan hari tu berborak dgn EN P^LAN^TA kita dan dia ada cerita pasal ikan keli ni. Ikut kata beliau blh je bagi depa ni makan lebihan cdwn kita tu. Harap harap ianya berjaylah ya.

Insya Allah esok anak anak ikan ni akan dilepaskan kat dlm tangki plastik kami yg sblm ni digunakan utk menadah air utk penggunaan rumah cdwn.

Cut & Paste

Assallamualaikum & Salam Sejahtera ...

Just nak luahkan sedikit rasa x pueh hati ... kenkadang kita tgk ada org main cut & paste je daru blog kita dan update kat dlm blog dia org. Bukan x nak share tapi at least give lah some credit to the author as simple as ..... di petik dr http:// blah blah blah .com

Wednesday, June 25, 2008

Request Dr Kawan - Cara Nak Turunkan Harga Minyak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .....

Alhamdulillah hari ni tadi berjaya jugak ke VITA utk membeli benih cendawan tiram kelabu. Syukur juga kita panjangkan kepada Allah sbb harga benih masih maintain walaupun peralatna lain dah naik sekitar 20 ke 30%. Dapat jugak rembat dlm 160 beg. Tu pun dah ramai yg order ... 20 - En Kadir SUT, 15 - En Lan Chini & 50 - En Malik - Mutiara Mushroom. So yg tinggal cuma 75beg je. Alhamdulillah blh lah bertahan utk seminggu. So far kami dah berjaya achieve at least 1K bungkah dlm masa 2 hari. Kenkadang tu sehari 1K pun ada .. Alhamdulillah syukur kepada Allah sbb bukakan hati mereka mereka yg berkerja part time kat tempat kami ni.

Hari ni pulak blah petang tetiba je badan rasa tak sihat .... demam, batuk & selsema. Hari Jumaat ni ada hal nak ke KL sempena hari perpisahan buat memeber lama yg dah nak berhenti keje. So harap harap disembuhkan penyakit yg dihadapi ini ... Amin

Aaa ... pasal tajuk hari ni .. ada seorg member yg hantar SMS dan mintak postkan kat dlm blog ni. Siap call ingatkan utk update hari ni ..... Ni lah proposal dia buat rakyat Malaysia. Tujuan dia simple je ... kita kurangkan segala activity kita dah kalau perlu pun cuba cari alternative. Cth mcm yg kami buat skang ni .. beli benih kongsi kongsi utk jimatkan kos.

Apa yg dia harapkan kat rakyat Malaysia ni utk buat preparation awal utk cuti hujung minggu. Kalau plan nak masak ke, nak buat kenduri ke, nak beli brg brg ke. Make sure do it when u are on your way back to your home on the last working day of the week i.e. most of the time it will be friday lah. So kalau blh hari sabtu dan ahad jgn keluar langsung. Dgn kerjasama semua pihak .... byk activity ekonomi akan menurun sbb permintaan turun dgn drastiknya. Dan dgn tindakkan ini juga akan memaksa perniagaan perniagaan besar utk menurunkan harga barangan kerana permintaan yg semakin menurun. So nak increase kenalah bagi promotion or cut down the price.

Secara x langsung ini akan membuatkan kerajaan berfikir 2 3 kali dlm byk hal yg membabitkan pengguna. Skang ni depa main bubuh je. Kita suka ke tak suka they just do it and when the opportunity come for us to make the judgement ... we will always forget. Kalau blh kita buang sikap MELAYU MUDAH LUPA NI. Kita kena sedar apa hak kita dan jgn sekali kita dikotak katikkan oleh pemerintah tak kira kerajaan mahupun pembangkang. Kita jgn terlalu taksub dgn sesuatu parti shj sbb ada ketikanya kita terpaksa swing atas sbb sbb tertentu demi menentukan hala tuju negara kearah yg kita semua kehendakki bukan apa yg pemerintah kehendakki.

So apa apa pun LU PIKIRLAH SENDIRI .... kalau apa yg aku kata ni salah ... harap maafkan. Mungkin semua ni dtg dr nafsu aku yg jahat.

Tuesday, June 24, 2008

Kucar Kacir

Assalamulaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah hari ni tadi berjaya ke Kuantan Pahang ... bukan apa nak pegi tengok kereta member .... proton saga 1.5M thn 1988. Ingatnya nak beli dan masukkan NGV. Byk sgt perjalanan hari hari dan rasanya dah x mampu nak isi minyak kete. Alternative ... terpaksalah cari kereta proton lama dan masukkan NGV. Insya Allah blh membantu dr segi kos. Dgrnya kalau guna NGV ni cuma 7 sen seKM. Lagi jimat dr motor yg saya dok guna tu.

Tiba di Kuantan dlm pukul 3 ptg ..... sebenarnya kesana tumpang member. Dia ni bawak lori dah menghantar brg kat Kuantan. Lepas turunkan brg dan makan tengahhari barulah dpt tgk kete tu. Alhamdulillah body mmg cantik & dah cat baru .. injin pun cantik jugak dah tukar ke injin baru. Test drive ... power jugak kete ni. Tp cuma dua perkara je interior hancur & harga. Dia letak RM5K. Ingat kalau 3K mmg terus ambik je.

Insya Allah esok nak gi tgk sebiji lagi kat Sbn je. Tp harga yg dia letak tu quite high 6.3K. Dia kate kereta tu terlalu cun ... tu yg kena tgk tu. Rasanya kalau ikut harga tu mmg x mampu nak beli pun. Budget cuma 6K je .. siap pasang NGV.

Alhamdulillah ada seorg sahabat pulak call lewat ptg tadi. Dia kata anak buah dia mmg ada kete proton nak jual tp malangnya gear box ada problem pulak. So dah negotiate dgn dia ... kalau all in siap tukar gear box cost kete tu less than 4K .. Insya Allah kami ambik. Still subject to the condition of the car.

Esok jugak Insya Allah ke VITA lagi. HAri ni tadi dah order dlm 160beg. Ada 3 org yg kirim. En Kadir SUT, En Lan Chini, En Malik ... Mutiara Mushroom. Harap harapnya dptlah ambik lebih sikit. Kami pulak nak pakai x kurang dr 100beg. Ikut apa yg dia org inform td so far harga benih masih stable ... RM3 perbag. Cuma duit minyak je yg sakit. Tu yg pegi beli utk 3 4 org sekali gus so blh share cost minyak tu.

Monday, June 23, 2008

Pening Kepala ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah so far hasil cendawan kami dpt bertahan pengeluaran dlm 20KG everyday. Cuma maybe esok mungkin ada sedikit penurunan. Entah mcm mana pengeluaran hasil utk satu row tu mcm lambat keluar je. Dah inform pembeli utk cari cendawan di tempat lain utk esok.

Semalam baru dapt one new customer yg nak cendawan 15kg once a week. Susah jugak nak plan tu sbb only one day in a week je yg nak extra 15KG. Disamping tu baru dpt jugak another customer mini market ... twice a week ... %kg each time. Harapnnya permintaan ni akan terus meningkat dan pihak kami pula dpt memenuhi permintaan pelanggan.

Kenkadang tu bila ada kekurangan, kami ada jugak membantu pengusha pengusa kita ni dgn membeli hasil mereka. Tp malangnya hasil yg mereka hantar tu boleh katakkan dlm 20 to 30% x blh nak gunakan. Kalau ikutkan hati mmg dah tak nak membantu tp customer kita kena jaga jugak. Kami berharap sgt agar semua pengusha dpt memastikan pengeluaran hasil ladang mereka dan mengunakan tekni tekni yg mmg dah berkesan.

Kebetulan terjumpa satu pengusah ni ... rupanya dia menggunakan surat khabar utk membalut hasil cendawan mereka sebelum disimpan didlnm chiller. Patutlah kenkadang tu nampak cendawan mereka tu agak gelap dan cepat hancur. Saya x pernah jumap teknik ni ... harapnya kalau ada yg pernah guna teknik ni harap dpt berkongsi pengalaman.

Tips

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yg dijanjikan dlm blog sebelum ni, ingin kami share kan serba sedikit tips yg diberikan oleh Pn Normah.

1) Kulat Hijau

Menurut beliau kejadian kulat hijau selepas bungkah matang adalah besar kemungkinannya dtg dr bari-bari. Dia ni jadi mcm agent pengangkutan kepada kulat hijau ni. So berikut adalah langkah langkah yg harus diambil bagi mengatasi masaalah bari bari ni.

1st step ..... Keluarkan semua bungkah yg dah dijangkiti kulat hijau.

2nd step ..... Tinggalkan beberapa bungkah cendawan yg terakhir dr rak yg telahpun dikutip hasilnya. Ensure semua tutup rehat dahpun dipasang kecuali beberapa rumpun cendawan. Menurut beliau kebanyakkan bari bari ni akan lepak kat cendawan yg masih tertinggal tu & mostly bari bari tu sedang dlm process pembiakkan.

3rd step ..... Sembur je rumpun cendawan tu dgn racun perosak mcm fumakilla. mortien, sheiltok dll

4th step .... sebelum tutup rehat dibuka utk penghasilan round seterusnya, bungkah yg disembur dgn racuk perosak td hendaklah dibasuh dgn air.

2) Kulat ored

Pehh mmg hebat Pn Normah ni ... dia blh bau je spora kulat oren ni .... alah tegah kerana biasalah katakan. So menurut belaiu jangkitan kulat oren ni selalunya berlaku dlm 2 minggu pertama selepas benih disuntik.

Cara utk menyelesaikkanya adalah mencucui kawasan yg terkena kulat oren dgn ubat pembasmi kuman i.e. clorox, klorin, detol dll .. pilihlah mana yg sesuai.

Sebelum hasil pertaman .... semua bungkah yg dah dirawat dgn klorin, dettol dll tadi haruslah dibasuhdahulu bungkah tersebut. Bukan basuh one by one ... memadai dgn spray dikawasan yg terkena bahan kawalan.

So berhati hati dgn angin yg senantiasa membawa spora kulat oren ini.

Sunday, June 22, 2008

Lawatan VIP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah akhirnya MAF & Pn Normah berjaya juga sampai ketempat kami ... Terima kasih yg x terhingga kepada MAF kerana membawa bersama Pn Normah.



Sempat juga bergambar dgn MAF & Pn Normah ....



Malangnya pertemuan kali ini begitu singkat kerana kesuntukkan masa disebabkan oleh kelewatan penerbangan MAF ke KLIA. Dari KLIA mereka terus ke RASE dan dlm perjalanan pulang singgah ke tempat kami.

Alhamdulillah dpt juga Pn Normah menurunkan beberapa ilmu kepada kami dlm penjagaan bungkah cendawan didlm jangkamasa yg singkat itu. Insya Allah di lain post kami akan cuba kongsikan dgn pembaca semua.

Thursday, June 19, 2008

Keje ... Keje .... Keje

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah so far dah ready dlm 2K bungkah cdwn utk order ke Kuantan. So far blh dpt dlm 1K for 2 days. Alahmdulillah dpt bantuan dr part timer yg membantu dlm pembuatan bungkah cendawan. Insya Allah by end of this week dan blh siap 4K. Kalu x de aral ingat 5 atau 6hb july ni dah boleh hantar utk 1st batch yg 4K tu dan next week tu pulak blhlah hantar yg 2nd batch.

So every 2 days kena suntik benih .... pehh berpeluh jugak sbb sendiri yg kena buat. Setakat ni blm blh percaya kat org lain dlm menyuntik benih ni. Bukan apa just to make sure quality & tak byk yg rosak. Bab rosak ni mmg adat ... bolehkatakan setiap kali kukus mmg ada yg rosak. Tak taulah kot pengusha lain x de yg rosak langsung.

Kebetulan hari tu ada beli dlm 50beg benih dr VITA .... aduh tgk ada 3 beg yg rosak. Alhamdulillah nampak kalau x nyaya je dekat 200 bungkah kena buang sbb jangkitan kulat. Kebetulan hari tu pun masa beli benih benih tu blm lagi matang so terpaksalah tanggung risiko sbb dah x de benih yg dah matang. Ingat next round kesan nak bawak yg rosak tu .... mana tau kalau ada rezeki depa bg tukar pulak.

Hari ni tadi ambik benih dr En Nawi .... mcm biasa mmg bekalan x mencukupi. Cuma dpt dlm 100 botol je .. tu pun 30 btl En Lan ( Chini Agro ) dah book. SO tinggal dlm 70 botol je. Nampak nya mmg kena ke VITA dlm sehari dua ni.

Tuesday, June 17, 2008

Good News & Cendawan Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ni tadi dpt panggilan dr MARA negeri dan memaklumkan yg cek kami dah ready for collection. Panggilan depa tu actually pada waktu pagi & disebabkan oleh pelbagai kesibukkan so petang tadi baru berkesempatan utk mengambil cek tersebut. Alhamdulillah dgn duit ni blh lah kami kembangkan lagi business cendawan ni.

Tp ada pulak sedikit problem .... kat surat menyurat semuanya ejaan nama betul ... tup tup kat cek pulak salah. Aduh sakitnyalah hati ni. Ingatkan blh je tukar immediately tp malangnya semua pegawai takde so kenalah dtg balik esok. Dahlah minyak naik harga ni ... kang ada pulak yg naik minyak .... sabar .. sabar ... sabar. Peringantan utk diri sendiri tu.

Petang tadi selepas collect cek, terus ke Jaya Jusco S2 ... bukan apa ada terima berita yg salah seorg sahabat kita dr Proniaga Agro ada membuka kedai menjual goreng cendawan. Sambila singgah tu belilah dlm RM2 ... pehh mmg sedap sehingga menjilat jari. Dari pemerhatian kami ramai jugak pelanggan depa ni. Maun dekat 5Kg daily. Apa apa pun kami ucapkan ... Moga Maju Jaya dlm new business ni.

Cuma sedikit sedih sbb x dpt jumpa tokey nya. Yg ada cuma pekerja je. Kebetulan dah nak balik tu baru nampak bayang En Akma kita. Tp dah tak dan nak gi jengok sbb dah lewat sgt ( dlm pukul 5 ptg) ... bukan apa sbb nak ambik anak kat KAFA lah pulak.

Hasil hari ni ada dlm 25KG .... Alhamdulillah

Map to Kulat Enterprise Farm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nilah map utk keladang kami dr Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )

Good Info

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Tips utk mengisi minyak petrol .... Click je lah

Monday, June 16, 2008

Order Baru ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi baru confirm 2 order bungkah cendawan ... kedua duanya di Pahang. Satu di Kuantan & satu lagi di Lepar. Insya Allah total bungkah yg mereka order adalah sebanyak 7000 bungkah. Insya Allah dlm 3 ke 4 minggu lagi penghantaran akan dibuat. Bukan apa kami kalau blh nak tgu dlm 2 minggu dulu. Once x de masalah baru kami hantar. Hantarnya jauh so kena ensure quality.

Alhamdulillah semlm total hasil dlm 25KG dan Insya Allah hari ni blh mencapai 20KG. Bila dah kluar byk ni jadi satu masalah lah pulak ... kebetulan semua prg berlebih pulak pengeluaran depa. Last week jenuh kami call sana sini nak cari cendawan ... semuanya x de belaka. Apa apa pun ni dugaan ....

Design Blog

Blog Designer

Kepada yg berminta utk redesign blog mereka ataupun membuka akaun blog. Boleh menghubungi IEN ....

Tel : 012 5215021

YM ID : ein247

E-Mail Address : ein247@yahoo.com

Bab harga ... rundinglah sendiri dgn beliau.

TQ

Sunday, June 15, 2008

Update Hasil Ladang Kami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi pengeluaran hasil ladang kami telah pun pulih. Kutipan pagi dan petang menjangkau 18KG dan dijangkakan kutipan hari ni sahaja mungkin melebihi 25KG.

Alhamdulillah round ke 3 ni menghasilkan cedawan dlm 80% to 90%. Dan Alhamdulillah hasil yg keluar semuanya cantik cantik. Kembang besar dan mempunyai bentuk yg cantik dan terlalu sedikit hasil yg rijek.

Harapannya hasil yg begini cantik akan berterusan sehingga keanak cucu ... he he he




Ni pulak antara bungkah cendawan yg menunggu masa utk matang



Bungkah Cendawan for Sale

Bungkah Cendawan Berbenih



Kelebihan Bungkah Kami

1) Bungkah yg dijual berusia melebihi 2 minggu dimana risiko jangkitan penyakit adalah kurang.

2) Penggunaan bahan bahan berkualiti tinggi. Kami hanya menggunakan dedak padi gred A yg terbukti memberikan hasil yg baik.

3) Penggunaan benih dr VITA iaitu pengeluar yg begitu dipercayai.

4) Insya Allah mampu mengeluarkan hasil sehingga melebihi 10 kali dgn penjagaan yg betul

5) Tested di ladang kami dan mampu mengeluarkan hasil yg begitu baik

Harga Jualan


1 - 100 RM2.00 perbungkah


101 - 500 RM1.50 perbungkah

501 - 1,000 RM1.30 perbungkah

1,001 - 5,000 RM1.25 perbungkah

5,001 - 10,000 RM1.20 perbungkah

> 10,000 RM1.10 perbungkah



Bagi pembelian melebihi 5,000 bungkah .... training selama sehari adalah diberikan secara percuma

Note : - Harga bungkah tidak termasuk kos pengangkutan.

Friday, June 13, 2008

Tips Jimat Minyak ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah .. hari ni ingat nak share serba sedikit tips bagi penjimatan petrol utk kenderaan yg kita guna boleh katakan hari hari. Tgk ramai yg tension dgn kenaikkan harga minyak ni. Harap ini dpt membantu anda semua .... Insya Allah

1) Ensure tunning enjin berada didalam keadaan yg baik. Tunnig yg x betul boleh mengakibatkan penggunaan petrol berlebihan oleh enjin kereta anda. Mengikut statistik kenaikkan penggunaan petrol ada lah sekitar 4.1%.

2) Penapis udara harulah senantiasa diservise dan perlu ditukar mengikut jadual yg telah diberikan oleh pengeluar kereta anda. Penapis udara yg berkeadaan baik blh membantu penjimatan minyak sekitar 10%.

3) Angin tayar kerta juga haruslah diperhatikan selalu dan mengikut kada yg telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Penjimatan sebanyak 3.3% dapat dinikmati dgn mengikuti kadar ini. Adalah dijangkakan pembaziran petrol sebanyak 0.4% petrol akan berlaku bagi setiap 1psi yg kurang dr standard.

4) Minayk enjin juga memainkan peranan penting didlm menjimatkan penggunaan minyak. Penggunaan minyak enjin yg disyorkan oleh pengeluar blh menjimatkan sekitar 1 ke 2% minyak. Adalah juga diingatkan utk untuk memilih miyak enjin yg mempunyai remark - "Energy Conserving" ... Ianya mampu membantu mengurangkan geseran pd enjin kereta anda.

5) Cara memandu juga blh menyebabkan pembaziran ataupaun membantu dlm menjimatankan minyak. Seperti berlumba, sering gunakan brake & selalu menukar brake boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 33% di lebuhraya & 5% di jalan biasa.

6) Kelajuan yg tinggi juga blh mengakibatkan pembaziran minyak. Rata rata kelajuan melebihi 100KM/hour akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 7 ke 23% bagi setiap 10KM/hour peningkatan kelajuan.

7) Elakkan enjin dibiarkan hidup. Untuk memanaskan kereta, cukup dgn hanya 30 saat sahaja dan mulakan pemanduan perlahan dahulu dan naikkan kelajuan sedikit demi sedikit. Kalau nak berhenti melebihi 1 minit adalah dinasihatkan utk mematikan enjin kereta kerana lebih menjimatkan.

8) Penggunaan cruie control semasa pemnanduan di highway blh membantu dlm menjimatkan penggunaan minyak.

9) Penggunaan gear overdrive akan mengurangkan kadar putaran enjin & ini akan membantu dlm menjimatkan petrol dan mengurangkan beban enjin.

10) Penggunaan roof rack akan menambahkan penggunaan minyak sebanyak 5%

11) Kurangkan tarikan aerodinamik dan tingkatkan penjimatan petrol dgn meletakkan sedikit beban di dlm boot kereta anda.

12) Memabawa beban berat didalam ruang belakang kereta akan meningkatkan penggunaan minyakt sebanyak 1 - 2% bagi setiap 50KG beban.

13) Spark plug harus berada didalam keadaan baik dan harus ditukar mengikut jadual yg telah disediakan oleh pengeluar kenderaan anda.

14) Sila pastikan keadaan ekzos kereta anda berada didlm keadaan baik. Kalau ada kebocorang tu selalunya akan kedengaran.

15) Penggunaan hawa dingin harus dikurangkan & tingkap kereta adalah sebaiknya ditutup dan gunakan setting pengaliran udara masuk sbb beban akan bertambah jika tingkap dibuka.

Dipetik dr Buletin Rakyat - Purnama N9.

New Force

Assala,ualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi ada bantuan dlm 3 org pekerja Bangla. Pinjam sekejap utk membantu dlm pembuatan bungkah cendawan. So hari ni tadi dpt dlm 600 bungkah ... Alhamdulillah. Tanya jugak samaada dia nak continue esok .... nampak dr riak muka tu mmg x nak. Aku pun pelik jugak .. keje buat bungkah ni bukannya susah sgt, tp ramai yg x minat nak keje. Dulu ada jugak part timer yg dtg hari sabtu & ahad .. tp la ni muka pun x nampak. Aduh sakit jugak dibuatnya. Nampaknya kenalah buat outsource. Dah ada yg sanggup so Insya Allah next week start.

Hari ni tadi korek lagi dlm 3 rak cendawan .. ada dlm 3500 bungkah. So Insya Allah next week dah blh 1st production. Pengeluaran hasil skang ni byk terjejas sbb cuaca yg panas terik. Byk cendawan yg mati kekeringan sblm sempat matang. Kalau row yg 1st time bukak tu rasanya dlm 70% kekeringan & mati.

So far dah buat mcm mcm preventive measure tp blm ada yg memberi impak yg baik. Kami daily siram lantai dlm 6 kali setiap 2 jam sekali ... dari pukul 8 pagi hingga ke 6 petang. Kenkadang ditambah pulak dgn spray air di belakang bungkah.

Aaaa ni satu benda yg aku nak share sikit .. so ni just our feedback based on our daily monitoring. Ikut apa yg kami perhatikan ... kalau 1st time bukak tu adalah lebih baik korek dulu biji benih & lepas tu tutup dulu dlm 7 ke 15 hari. Lepas tu baru bukak utk 1st round. Pd pemerhatian kami this is the best way. Kalau kita open je tanpa korek ... byk anak cdwn mati kekeringan & hasil cendawan kurang cantik & ringan .. mcm sponge lah pulak. Nak jual kat org pun x sampai hati. Bab rasa aku x surelah pulak.

Lagi satu perkara yg aku nak sentuh jugak bab pengunaan dedak 2nd grade ni. Rupanya dr survey yg aku buat ... ada jugak pengusha yg menggunakan dedak 2nd grade ni utk pembuatan bungkah cendawan. Sblm bercerita lebih lanjut .... yg aku maksudkan dgn yg 2nd grade ni adalah dedak yg dah dicampur dgn serkam padi .... dia mcm kasar & terasa serkam padinya. Mmg murah sekitar rm0.50 ke rm0.70 seKG.

So feedback yg aku dpt dr pengguna dedak ni adalah jangka hayat bungkah kita tu x lama .. sekitar 4 ke 5 kali hasil sahaja. Kami rasa ada logiknya sbb serkam padi tu adalah one of the media that we can use to cultivate mushroom. So in short serkam hanyalah pengganti abuk kayu dan bukan penganti dedak. Dedak tu amat penting sbb dia adalah baja bagi bungkah cendawan kita. So penggunaan serkam hanyalah penambah media sahaja dan dgn sedikit campuran dedak didlm dedak 2nd grade tadilah yg digunakan oleh misilium cendawan utk pengasilah cendawan tiram.

Harap sapa sapa yg pernah guna dedak 2nd grade ni dpt memberikan feedback anda so that blh kita kongsikan bersama. Dan ada jugak satu trend baru dimana ada pengusha yg nak menjimatkan kos menggunakan dedak 2nd grade ni utk bungkah yg nak dijual. Apa apa pun kita berhati hatilah ya. Ni just feedback kami ... kalau salah harap maafkan.

Wednesday, June 11, 2008

Rumah Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Alhamdulilllah akhirnya cita cita nak tukar design blog ni dah hampir berjaya ... TQ pada IEN kerana membantu dlm redesigning this web page. Mcm masuk rumah baru lah pulak ya. Harap dpt comment dr pembaca blog ni bg manambahbaikkan imej blog ini. Harapannya ianya lebih teratur dan senang bagi pemabaca baru dlm mencari info info tertentu dr blog ini.

Hari ni tadi ada seorg sahabat lama dtg melawat ladang kami. Beliau begitu bersungguh sungguh nak involve dlm pertanian ni. Insya Allah katanya nak pegi kursus dlm next month dan bidang yg beliau pilih adalah penternakkan cacing komersial. Panjag lebar cerita beliau dan berdasarkan perbincangan kami nampaknya penternakkan cacing ni lebih bedaya saing buat masa ni sbb hasilnya blh diexport ke luar negara dan modal yg diperlukkan adalah kecil. Senang cerita dlm 1K pun dah blh start & mampu memberikan hasil yg lebih baik dr cendawan.

Eh jgn salah anggap pulak ... kami so far Insya Allah masih setia dgn bidang cendawan ni walaupun byk dugaan tapi Insya Allah suatu masa nanti boleh berjaya jugak. Tapi apa yg ada dlm pemikiran sekarang ni adalah utk menambahkan projek baru dlm syarikat kami ni. Nampaknya cacing ni blh dijadikan satu projek baru disamping projek utama kami ( cendawan lah ). Ada sedikit keserasian di antara 2 projek ni sbb media dia blh share & mana mana bungkah yg rosak blh humban je kat tempat cacing tu utk dijadikkan makanan cacing. So blh jimat kos dan pembaziran abuk kayu.

Ni semua just an idea at the moment & kalau ada rezeki mmg bercadang nak start dlm next month. So this will be back up to the main project. Kenkadang masa melawat ladang cendawan kenkawan kita tu .. nampaknya perkerja dia org sedikit rileks bila bangsal dah penuh dgn bungkah cendawan. So daripada dia org goyang kaki baik buat second projek dan dia org ni blh jaga sekali.

Kat tempat aku ni ada sedikit problem dgn pekeja bangla ni. Dia org ni slow sgt dlm buat keje. Bayangkan dah dekat 4 bln keje kat tempat kami ni. Hari hari just blh buat sekitar 300 bungkah je. Tak de peningkatan langsung. So kalau ada yg bercadang nak ambik pekeja bangla tu .. pikir pikirlah dulu. Bukan apa nanti buat sakit hati je. Bila kta bising bising barulah naik sikit tu pun masih sekitar 400 bungkah je.

Tuesday, June 10, 2008

Order Barang ... Last kopek Sblm Naik Harga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah hari ni tadi kami dah buat order last kopek sblm kenaikan harga brg brg. Tu pun dapat order setakat apa yg ada dlm poket. Tak byk tp at least blhlah membantu dlm pengurangan kos buat sebln dua ni.

Cuaca 2 3 hari ni agak terik dikawasan kami ni. Walaupun kekerapan penyiraman di lakukan ( setiap 2 jam ) masih x dpt mengurangkan masalah kekeringan cendawan yg baru kluar. Byk jugak cendawan yg terbantut pembesarannya dan kering cam tu je.

Nampaknya kena mula memikirkan pemasangan alatan utk menurunkan suhu rumah cendawan kami ni. Ingat nak buat yg cutom made dulu. Kalau x jadi barulah ikthiar cari teknoology yg mmg dah ada kat pasaran.

Aaaa ... Lupa pulak nak update. Kebetulan pulak smlm terima call dr anak owner tanah. Dia call jusk nak inform yg bapa di dah meninggal since last week. Aduh .. takkan pisang berbuah dua kali kot. Risau jugak kami dibuatnya ... manlah tau tetiba anak dia halau kami pulak. Kan ke kes nyaya tu. Tu lah Alhamdulillah kami ada buat agreement .... kalau owner dah meninggal ... agreement ni masih terpakai ke ?

Hampir terlupa lah pulak. Alhamdulillah hari ni tadi menerima kunjungan dr En Nawi kita. Pengusha benih cendawan di N9 ni. So bebanyak terima kasih sbb meluangkan masa dan share some experience dan comment. Semuanya amat kami hargaii. Dan Insya Allah akau kami cuba implement sebyk yg mungkin.

Monday, June 9, 2008

Perang Naik Harga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi pengeluaran hasil dah mula pulih. So far kutipan hasil pagi pun dah ada dlm 7.1KG. Harap harap blh dpt dlm 15KG hari ni.

Kebetulan pulak hari ni tadi survey harga bahan bahan pembuatan bungkah cendawan. Pehh semuanya dah mula naik harga. Harga abuk kayu getah dah naik RM100 utk satu lori 3tan. Set tutup pulak dah nak naik ... tp dia tak berani nak kata berapa yg naik. Terhimpit jugak kita ni ya. Tu belum lagi plastik & dedak padi. Tenaga kerja pun sekurang kurang nya kena pikirkan jugak ... kos taraf hidup yg semakin meningkat ni. So kenalah jugak review gaji pekerja .... dugaan dugaan.

Rata rata pengusha dah naikkan harga cendawan dari 50 sen sehingga ke RM1 bagi setiap kilo cendawan segar. Kos pembuatan bungkah dah pun naik dan ada pengusha tgh berkira kira utk menaikkan harga bungkah siap benih pada harga RM1.40. Ramai yg dah mula merungut dgn kos yg semakin hari semakin naik. Tp muka jabatan pertanian langsung x nampak pun. At least dtglah jenguk jeguk kita kat ladang ni dan cuba selami masalah yg kita hadapi ni. Sedih jugak sbb dgr kat tempat lain Jabatan Pertanian begitu memberi sokongan dlm bidang cendawan ni. Malang sungguh bagi kami di daerah Seremban ni ... bukan kata sokongan, muka pun x pernah nampak.

Nak kata kat Seremban ni byk sgt pertanian, tak nampak pulak. Apa lah keje hari hari pegawai yg dipertangunjawabkan oleh kerajaan utk memantau petani petani seperti kita ni. Kami harap mmg dia org ni tersgtlah busynya sehingga tak de masa nak melawat para petani seperti kami ni. Kalau x ... sedihlah jugak sbb kebanyakkan tu adalah org Melayu Islam yg percaya kepada Allah dimana rezeki yg kita cari tu harusnya dtg dr rezeki yg halal. Kalau x menjalankan tugas seperti yg diamanahkan oleh kerajaan maka blh jatuh haram hasil yg dia dpt hari hari sbb x menjalankan tugas yg telah pun diamanahkan kepada mereka.

Harap harap berkat usha yg berpanjangan ni di redhai oleh Allah dan memberi jalan kepada kita semua yg berusha mencari jln yg lurus. Kami pun kalau blh mmg x nak naikkan apa apa hasil atau produk dr syarikat kami ni. Tengoklah setakat mana kami mampu bertahan.

Bukan tujuan kami ni nak mematahkan semangat para petani semua .. tp apa yg penting kita perlu cari alternatif dan peluang peluang baru bg produk cendawan ni. Pasaran cendawan segar semakin hari semakin sempit sbb semakin hari semakin rami yg nak menceburinya. Dan harga sudah menjadi kurang stabil sbb peperangan harga dr kalangan pengusha sediri bagi memastikan pasaran. So idea baru harus dis untik kedlm industri cendawan ni supaya ia mampu utk dipasarkan sehingga ke luar negara ... Insya Allah

Sunday, June 8, 2008

Crisis Hasil ....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi dpt kutip sekitar 6KG je. Aku pun tgh risau jugak ni & tengah study kat mana silapnya. Takkan impact sampai 2 hari sbb 1 day tak open ? Pelik jugaklah. Tapi ada kemungkinan sbb chain reaction impact kot. So hasil esok akan mencerminkan samada ni chain reaction impact atau kami mumpunyai masalah lain. Budget based on daily open, we should be getting at least 20KG daily. Tapi apa apa pun tu just perancangan kita .. yg tentukan hanyalah Allah.

Ni ingat nak mintak tolong sikit .... sapa sapa yg ada idea utk produk hiliran dan harapanya sanggup utk berkongsi teknologi pembuatannya harap dpt menghubungi kami. Bukan apa .. hajat kami ni kalau blh nak pegi jauh di samping membantu rakan rakan yg mengushakan tanaman cendawan ni. Org kita ni ramai yg mempunyai masalah dari segi pemasaran. So kalau kita blh capture market yg besar .. Insya Allah kita boleh kongsi reramai.

Alkisah ... dua minggu lepas rupanya ada seorg sahabat kita pengusha cendawan telah total lost dlm 100KG sbb x de pasaran dan kawalan kluar masuk cendawan yg lemah. Dgr ceritanya beliau kebetulan bercuti dlm 2 3 hari so diambil alih oleh rakan niaga beliau yg kurang arif bab cendawan ni. Alahamdulillah belaiu telah bangkit dan menyusun semual strategi pemasaran dan kluar masuk hasil cendawan bagi mengelakkan pembaziran ....

Saturday, June 7, 2008

Dugaan ... Hasil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah smlm dpt order dlm 65KG, tp malangnya cuma dpt supply dlm 45KG je. Puas jugak call sana sini utk dptkan bantuan bagi memenuhi permintaan dr pelanggan kami. Tu lah kenkadang pelik jugak, ada yg call mintak tlg carikan pasaran tp bila kita ada tempat nak hantar dia org pulak x blh nak bagi. Ni lah dia dugaan.

Hari ni same thing happend again permintaan dlm 25KG tapi kebetulaan pulak hasil kami cuma ada dlm 9.5KG je pulak. Sebenarnya dah suspect ada sedikit problem dgn bukak tutup . Tapi x berapa nampak sbb baru je naikkan jumlah bungkah open hari hari tu yg a bit confuse. Rupanya ada 1 day yg bangla tu x bukak dan kebetulan pulak hari ni lah sepatutnya hasil tu blh tuai.

Puas mencari tp mcm biasa x de response yg baik dr pengusha di sekitar tempat kami. Ada yg bagi no HP ... bila hantar SMS langsung x jawab. Apa apa pun ni semua just dugaan dr Allah. Insya Allah one day kami harap semua permintaan pelanggan akan dapat di penuhi permintaanya.

Tp kenkadang a bit pelik sbb ada masa tu permintaan pulak kurang tp hasil kita pulak byk. Pening lah pulak kepala kat mana nak hantar. Tu lah dia lumrah hidup kat dunia ni. Mcm laut ada pasang surutnya ..... yg penting harap semua ni jadi iktibar untuk kita lebih berjaya dimasa hadapan .... Insya Allah

Thursday, June 5, 2008

Slow Down ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni hasil dari ladang kami masih maintained above 20KG daily. Rasanya dlm next week kami akan cuba increase to above 30KG daily. Ada sedikit kelembapan pd market cedawan dlm seminggu 2 ni. Maybe sbb masih dlm cuti sekolah kot dan ramai yg bercuti dan balik kampung. Disamping tu pulak ... byk kenduri kawin ... so ramai yg x masak sbb ada makanan free.

So far hari ni je ada sedikit penurunan dlm pembelian cendawan dr ladang kami. So hari ni hanya berjaya jual dlm 10KG. Ni x berapa membimbangkan kami sbb esok Insya Allah dah ada yg order sehingga 20KG. So harapannya blh clearkan semua stok yg ada.

Pihak kami masih lagi mencari pasaran baru cendawan ... rupanya ramai pengusha kat Sbn ni menghadapi masalah dlm penjualan hasil ladang mereka. So mana mana ada kekurangan supply harap dpt hubungi kami. Bukan apa ni dpt membantu rakan rakan kita yg menghadapi masalah dlm pemasaran produk mereka.

Wednesday, June 4, 2008

Terkejut .... Hadiah yg x disangka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Pehh bukan main terkejut kami dgn berita kenaikkan harga minyak hari ni ... Rasanya ni kira 1st dlm sejarah kot naik sekali rap 78sen. Aku pun x berapa paham siapalah punya idea ni. Tp yg aku pasti mesti x de org yg berani nak buat bantahan mcm kat negara luar. Susah jugaklah ya sbb apa yg dia org decide kita sebagai pengguna x blh nak buat apa apa ... just kena follow je. Sampai bila aku pun x tau.

Sebagai seorg pengguna aku nak jugak lahirkan perasaan x puas hati ... bukan apa bagi aku subsidi minyak tu terlalu penting bagi kita rakyat jelata ni. Org yg buat decission ni mmg senang sbb dia org mmg dah ada byk duit pun ... kalau x pun minyak mmg gomen yg bayar utk mereka sbb status mereka dlm gomen.

Bagi aku simple je ... dgn kenaikan minyak ni akan ada impact yg terlalu tinggi kepada semua org ... kecuali segelintir yg mmg dah terlalu kaya atau berkedudukan tinggi dlm kerajaan. Pulak tu naiknya terlalu tinggi sehingga 78sen dan disel sehingga RM1. Sudah tentu aku anggarkan kenaikkan harga pengangkutan akan naik x kurang dr 30%. Ni merupakan kenaikan kos yg x langsung kepada semua produk dlm negara ni. So high possibility semua barang akan naik harga sekurang kurang nya dlm 10%. Dan dengan ini semakin ramai lagi org yg jatuh miskin dan byk co yg gulung tikar sbb kos operasi yg terlalu tinggi.

Baqgi kita pengusha cendawan pulak .. harga cendawan mungkin tak akan berubah sbb persaingan yg begitu besar sbb semakin hari semakin ramai yg nak menceburinya. Dismaping tu perlatan pembuatan bungkah mungkin akan naik sbb semuanya memerlukan pengangkutan ( yg for sure guna minyak petrol atau disel ) utk ssmpai ke end user. Nak hantar cendawan pun jadi masalah sbb kos kita dah naik dlm 40%. So apa akan jadi pd industri kita ni ?????

Aku pun pelik lah jugak apa agaknya peranan kerajaan dlm hal ni. Aku sebagai contoh dah dekat 2 blh mendaftar diri ke Jabatan Pertanian .. sehingga ke hari ni batang hidung pun x pernah nampak. Sibuk sangat ke dia org ni ??? Aku tgk pengusha besar besar je jadi perhatian depa dan semua peruntukkan jatuh kat tangan dia org je. Bila kita tanya .. semuanya x de. Satu lagi bab pemasaran ni .... jd org gila dibuatnya. Ke FAMA dia org tolak ... ke Jabatan Pertanian dia org tolak. Aduhh sampai bilalah ushawan melayu nak berjaya didlm negara org mulayu yg perintah.

Oklah ... aku pun x nak cerita panjang panjang nanti takut disalah anggap .. x pasal pasal aku pulak yg kena tahan dek polis ... dah la mcm mcm dugaan yg dtg.

Apa apa pun ni just pendapat aku je ... kami meminta maaf jika ada apa apa yg x betul disini. So gunakanlah akal fikiran kau org utk pilh yg mana betul dan yg mana salah. Kalau ada apa apa yg aku tulis tu x betul ... harap maafkan.

Tuesday, June 3, 2008

Ke Vita dan ke Rembau N9

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Alhamdulillah hari ni tadi production dlm 34.7KG dan Alhamdulillah semuanya habis terjual. Ni baru je balik dari hantar dlm 14.7KG. 1st time hantar cendawan dlm pukul 11mlm. Nak urgent katanya. Ingatkan nak simpan utk stock esok.


Hari ni pulak sedikit busy .. buat beberapa lawatan sbb nak survey market cendawan. Bukan apa ingatkan nak jadikan tempat kami ni mcm pust pengumpulan hasil cendawan & ni menyenagkan semua pembeli ... just cari kat satu tempat je. Skang ni byk issue sbb x blh nak maintain pengeluaran. So harapanya ni dpt membantu industri cendawan di N9.

1st Lawatan ke VITA

Ni lah beberapa cendawan yg di tanam oleh VITA .... malangnya byk yg blm kluar lagi so cuma 3 je yg dpt ambik ...







Balik dr Vita kami singgah di tempat En Nawi utk beli benih cendawan. Bukan apa kita kena support jugak pengusha kita.

2nd - Projek Cendawan di Kundur ( sorry x ingat nama co nya )

Ni dia tempat kukus kawan kita ni .... boleh muat dlm 3600 bungkah sekali kukus. Pehh besar gila.



Konsep tempat kukus dia ni lain sikit. Nilah dia tempat air dimasak & wap disalurkan direct kedalam tempat kukus. So far blm pernah jumpa style mcm ni.



Ni pulak kat dlm bilik suntik ... so dia dah siapkan mcm rail. So kluar dr bilik kukus terus je tolak masuk ke bilik suntik guna rail ni.



Dari bilik suntik rail tadi di sambungkan ke luar bilik suntik so ... lepas suntik bakul tu terus je di tolak keluar melalui rail tersebut.



Cuba tgk ni ... punyalah byk bungkah cendawan yg dah siap .. cuma tgu masa utk di kukus.



Nilah dia pust processing bagging dia org ... complete view.



So far dia org ada 4 biji rumah cendawan ... satu permandangan yg begitu menarik. Rumah cendawan terletak di lereng bukit.





Pandangan didlm rumah cendawan .....



Aaaa ... satu lagi update pasal loan kami. Alhamdulillah di kesibukkan hari ni tadi sempat jugak singgah di pejabat MARA daerah Sbn. Dekat pukul 4.30ptg samapainya. Alhamdulillah dia org mmg tgu kedatangan kami. So siap je chop dia terus bagi kat kami agreement utk dibuat stamping. Harap harap next week dah blh dpt duit pinjaman ni.

Monday, June 2, 2008

Liputan Lawatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah so far berjaya melawat 3 pengusha cendawan .... satu di Negeri Sembilan & dua lagi di Pahang.

Ni lawatan pertama kami di Paroi N9. Pengushanya En Hisham.

Nampaknya rumah cendawan beliau ni mmg well plan & keadaan di dlm rumah cendawn belaiu mmg terasa sejuk. Lantai just gunakan pasir & batu kerikil & atap pulak dia gunakan atap nipah je.











Lawatan Ke 2 pulak kat Felda Lepar Pahang.

Baru nak mula projek cendawan dia org ni. So far dah siap 1 rumah cendawan. Depa ni pun guna jugak atap nipah .... cuma risau kalau bocor je sbb nampak dr bawah mcm ada byk bocor ... mungkin salah pasang kot. Tp bangsal dia org tu mmg nampak kemas.

Satu lagi dia org ni buat rak guna kayu 1 x 2 ... so kami dah bagi opinion kami yg rak tu tak blh nak bertahan dan dia org kena tukar sekurnag kurangnya kena guna kayu 2 x 3. Bukan apa cuma takut roboh pulak nanti.







Nampaknya hasil dr bungkah baru kami dah mula menampakkan hasil. SO far hari sabtu lepas ada dlm 14KG .... Ahad ... 22KG & Hari ni tadi ada dekat 15KG. Tu pun kami x bukak byk .. bukan apa cuma takut blm ada market lagi. Insya Allah ... harapannya dlm seminggu 2 ni dah dpt new market & kepada pengusha berdekatan dgn kami .. kalau ada shortage bekalan blhlah hubungi kami.

 
Kulat Enterprise © 2008 | Best View With Firefox,IE7 or Higher